View My Stats

Tuesday 23 April 2013

Pendakian Gunung Berembun, Cameron Highlands, Pahang


PENDAKIAN GUNUNG BEREMBUN
CAMERON HIGHLANDS, PAHANG
16.3.2013 (SABTU) 

 Aktiviti Kembara Alam kembali lagi. Sempena Hari Wanita sedunia dan program 1Million Women Purple Walk, pendaki-pendaki wanita Ibu pejabat AADK telah menyahut cabaran untuk membuktikan yang wanita juga boleh menakluk puncak Gunung. 

Program pendakian pada kali ini ialah pendakian untuk menakluk puncak Gunung Berembun, Cameron Highlands yang mempunyai ketinggian 6,924 kaki @ 2,110 meter dari aras laut. 


Program ini telah diadakan pada 16.3.2013 (Sabtu). Peserta bertolak dari ibu pejabat AADK pada 15.3.2013 (Jumaat) petang dan selamat sampai di Cameron Highlands pada jam 10.00 malam dan terus melaporkan diri di Balai Polis Tanah Rata, Cameron Highlands. 

Peserta mendaki Gunung Berembun menginap di Rumah Rehat Pejabat Hutan Cameron Highlands. Suhu yang agak sejuk dapat dirasakan semasa menginap di rumah rehat itu. Di pejabat hutan tersebut terdapat Camp Site iaitu tapak perkhemahan Sungai Pauh yang boleh menampung sehingga 300 orang peserta dalam satu-satu masa. 

Tapak perkhemahan Sungai Pauh mempunyai kemudahan yang agak baik. Bila masuk sahaja ke kawasan kem, suasana nyaman dan dingin mula terasa. Malah jika mulut berasap semasa bercakap adalah perkara biasa di sini, tambahan lagi di waktu pagi. Di sini juga disediakan pelbagai kemudahan seperti tandas, bilik mandi, surau, gazebo dan tempat bbq, selain tapak khemah. Bekalan elektrik juga disediakan di surau dan gazebo di situ.
Related image
Image result for kem sungai pauh
Related image
Related image

Hari kedua, 16.3.2013 (Sabtu), semua peserta mendaki Gunung Berembun bangun pada jam 6.00 pagi untuk sembahyang subuh dan kemas diri. Selepas bersarapan pagi, pendakian Gunung Berembun Cameron Highlands bermula pada jam 8.45 pagi. Pendakian bermula di belakang camp site Sungai Pauh iaitu melalui Jungle Walk No. 6 dan terpaksa melalui kawasan berlopak di permulaan treknya. Saya sendiri yang menjadi GUIDE untuk pendakian ini.

Checkpoint 2 iaitu Persinggahan PLB berada kira-kira 2 km di hadapan. Semua peserta selamat sampai di Persinggahan PLB dalam masa 1 jam setengah . Di sini terdapat satu bangsal yang sesuai untuk rehatkan diri buat seketika. Di sini juga terdapat simpang untuk turun ke Mardi melalui Jungle Walk No. 5. Terdapat banyak papan tanda arah untuk memudahkan pendaki sepanjang trek pendakian. 

Pendakian ke puncak bermula dari persinggahan PLB. Selepas itu trek mula mencanak dan sedikit meletihkan. Sebelum betul-betul sampai di puncak, kami tertipu oleh cahaya silau seakan sampai di puncak padahal bukan pun, sebanyak dua kali pula kena macam tu. Akhirnya pukul 11.45 pagi barulah kami sampai di puncak Gunung Berembun iaitu kira-kira 3 jam pendakian dengan jarak pendakian naik lebih kurang 6 km.

Di puncak Gunung Berembun terdapat sebuah “beriut” iaitu pondok besi penanda Jabatan Hutan. Pemandangan dari puncak tidaklah begitu luas, hanya satu arah sahaja anda boleh lihat pemandangan rumah-rumah, ladang teh, ladang sayur-sayuran dan sebagainya. Dari puncak gunung Berembun ini, pendaki-pendaki boleh melihat puncak Gunung Brinchang dan puncak gunung Irau yang berdiri teguh membentuk banjaran Titiwangsa. 










Kira-kira sejam di puncak untuk berehat, makan tengahari dan bergambar kenangan, pendakian turun bermula jam 12.45 tengahari. Pendakian turun adalah mengikut trek yang lain yang terdapat 2 simpang di puncak Gunung Berembun. Kira-kira 10 minit perjalanan turun, kami bersua dengan dua lagi simpang, satu ke Air Terjun Robinson (Jungle Walk No. 8) dan satu lagi ke Mardi melalui Jungle Walk No. 7. Kami pilih untuk melalui Mardi. 

Sebelum hampir sampai ke MARDI Cameron Highlands, trek pendakian penuh dengan semak yang agak tebal. Kadang-kadang pendaki boleh kehilangan trek kerana banyak tumbuhan yang menutup trek pendakian turun. Walaubagaimanapun hasil dari pengalaman dan kerjasama, pendaki-pendaki berjaya turun dan menyusuri ladang strawberi dan teh MARDI untuk ke penghujung trek pendakian iaitu di Pejabat MARDI dengan jarak pendakian turun lebih kurang 5 km. Kenderaan datang jemput kami di Pejabat MARDI untuk balik ke penginapan di Pejabat Hutan Cameron Highlands.

Perasaan bangga tersemat dihati melihat kegigihan pendaki wanita AADK menakluk Gunung Berembun Cameron Highlands. Segala halangan dan rintangan berjaya diatasi mereka untuk pendakian ke puncak dan pendakian turun melalui trek yang penuh dengan cabaran dengan jarak keseluruhan lebih kurang 11 km. Sesungguhnya pendaki-pendaki wanita AADK telah menunjukkan inspirasi kejayaan selaras dengan semangat 1Million Women Purple walk…TAHNIAH PENDAKI WANITA IBU PEJABAT AADK…  

Program pendakian pada tahun 2013 adalah untuk latihan persediaan bagi pendakian Gunung Kinabalu pada bulan Oktober 2013 nanti....



5 comments:

  1. nanti turun kat blakang mardi kan n start hike dr mane ek

    ReplyDelete
  2. start hiking dari kem sg pauh pejabat hutan cameron utk program pada 6/11

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf,ada gunakan khidmat guider tak ?

      Delete
    2. Boleh guna, kalau boleh guide sendiri pun takpa. Untuk guide boleh contact nom ni, 0137447891

      Delete
  3. TEBING TINGGI BACKPACKER(fb)
    Mount guider services (TG9624)
    Will arrange:
    -forestry permit
    -police report
    -nature guider licenced
    -walkie talkie
    -emergency kit(basic)

    ANDY
    017-9997790
    whataps/sms/cal

    ReplyDelete