View My Stats

Tuesday, 23 April 2013

Tips-tips Mendaki Gunung

Tindakan utama yang perlu diambil oleh seorang pendaki gunung :
(Nota : petikan dari blog rakan-rakan)

1.       Mengenal pasti tahap kesihatan badan.
2.       Mengenal pasti peralatan yang perlu di bawa semasa mendaki.
3.       Mengenal pasti lokasi dan keadaan tempat yang ingin didaki.
4.       Mengenal pasti latar belakang pihak yang menguruskan aktiviti mendaki.
5.       Mengenal pasti jurupandu untuk aktiviti mendaki.
6.       Memohon kebanaran dari pihak berwajib.
7.       Memberi tahu rakan bahawa anda akan melakukan aktivi mendaki.
8.       Mengatahui cara “packing” bag yang betul.
9.       Menyiapkan persiapan mental dan fizikal yang secukupnya.
10.   Mengenal pasti pihak yang perlu dihubungi sekiranya berlaku permasalahan dalam mendaki.


1.       Mengenal pasti tahap kesihatan badan :
-          Kondusi badan sesuai untuk aktiviti mendaki.
-          Sihat tubuh badan sebelum melakukan aktiviti mendaki.
-          Sekiranya mempunyai penyakit kronik, pastikan anda mendapat pemeriksaan dari pihak 
           hospital sebelum di benarkan untuk melakukan aktiviti mendaki.


2.       Mengenal pasti peralatan yang perlu di bawa semasa mendaki :
-          Haversack (bag mendaki)
-          Sleeping bag
-          Mattress (alas tempat tidur)
-          Head lamp
-          Kasut yang sesuai untuk aktiviti mendaki 
-          Baju hujan
-          1st aid kit
-          Khemah (Fly,ground,tali,khemah iqlu)
-          Peralatan mandi (meminimumkan kuantiti peralatan mandi.)
-          Peralatan memasak (Stove @ dapur, gas, coking set, pisau,sudu,garpu,senduk,pinggan
-          Pakaian (pakaian trekking, pakaian tidur, pakaian solat)
-          Pakaian sampingan (Tuala, baju sejuk, dan lain-lain
-          Plastik sampah
-          Bag menyimpan peralatan penting (hand phone,bag duit,dll – beg kalis air
-          Battery lebih (sesuai dengan jenis battery untuk head lamp)
-          Selipar (digunakan ketika di tapak perkhemahan.)
-          Parang
-          Peralatan menghidupkan api (lighter,mancis,fire starter)
-          Kelengkapan peribadi (ubat gigi, berus gigi, syampoo,)
-          Makanan secukupnya (Nasi dan lauk - bawa siap atau dimasak, coklat dan lain-lain)
-          Air Minuman secukupnya (Mineral water, air isotonik 100 plus dan lain-lain)


3.       Mengenal pasti lokasi dan keadaan tempat yang ingin didaki :
-          Nama gunung yang hendak di daki.
-          Lokasi terperinci tempat yang ingin didaki.
-          Tentatif perjalanan pendaki yang pernah melakukan aktiviti di kawasan tersebut.
-          Jenis bentuk muka bumi kawasan tersebut.(water point,ketinggian,tapak perkhemahan)
-          Keadaan cuaca ketika aktiviti mendaki dan di tempat mendaki.
-          Pihak berkuasa yang mengeluarkan permit mendaki
-          Insuran peserta wajib diambil


4.       Mengenal pasti latar belakang pihak yang menguruskan aktiviti mendaki:
-          Kelab atau pihak berniaga.
-          Testimonial pengurusan trip mendaki.


5.       Mengenal pasti jurupandu untuk aktiviti mendaki:
-          Berpengalaman dalam aktiviti mendaki.
-          Mahir pada kawasan aktiviti mendaki.


6.       Memohon kebenaran dari pihak berwajib :
-          Ibu bapa.
-          Jabatan hutan kawasan mendaki.
-          Pihak polis kawasan mendaki.


7.       Memberi tahu rakan bahawa anda akan melakukan aktiviti mendaki :
-          Rakan rapat atau individu yang tidak menyertai aktiviti mendaki.
-          Memberitahu lokasi aktiviti mendaki.
-          Memberitahu tarikh dan tempoh masa aktiviti mendaki.
-          Memberitahu nama atau identity pihak pengurusan aktiviti mendaki.
-          Berpesan agar memberitahu pihak berwajib sekiranya berlaku masalah.
           (tidak pulang pada masa yang sepatutnya)


8.       Mengetahui cara “packing” bag yang betul :
-          Peralatan dibungkus dalam bag plastic terlebih dahulu. (mengelakan basah)
-          Peralatan personal disimpan pada compartment bawah bag (sleeping bag,pakaian,pakaian
            sampingan)
-          Head lamp,baju hujan diletak kan pada bahagian yang mudah diambil.
-          Kedudukan air di simpan pada 3/4bahagian bag.
-          Elakkan mengantung barang di bahagian luar bag.


9.       Menyiapkan persiapan mental dan fizikal yang secukupnya :
-          Mental yang padu akan memudahkan kita mengikuti aktiviti mendaki.
-          Melakukan latihan fizikal sebelum memulakan aktiviti mendaki (jogging dll)


10.     Menghubungi pihak berkuasa juka ada masalah semasa mendaki :
-         Nombor Telefon Jabatan Hutan yang meluluskan permit mendaki
-         Nombor Telefon Balai Polis berhampiran
-         Nombor telefon JPA3 berhampiran

2 comments: