View My Stats

Thursday, 25 April 2013

Universal Studio Singapura

Selain dari aktiviti pendakian gunung, blog ini juga adalah untuk berkongsi pengalaman tentang lawatan-lawatan ke tempat menarik samada di dalam atau di luar negara. Kali ini pengalaman yang ingin dikongsi bersama ialah lawatan ke Universal Studio Singapura


Universal Studio Singapura (USS) telah dibuka dengan rasminya pada 20 Mei 2011. Mempunyai keluasan kira-kira  20 ekar dan terbahagi kepada beberapa segmen dalam taman tema tersebut. Antara segmen yang terdapat dalam dalam USS ialah Hollywood, New York, Acient Egypt, The Lost World dan lain-lain


Pada 28.4.2012, Sabtu, jam 6.15 pagi, saya bersama rombongan seramai 13 orang menaiki AirAsia dari LCCT dan menuju ke Changi Airport, Singapura. Penerbangan hanya mengambil masa selama 45 minit sahaja. Selepas pemeriksaan imigresen, kami menaiki MRT dari Changi Airport ke stesyen MRT Kallang untuk ke penginapan iaitu Ideal Backpacker Hostel Geylang Road. Apa yang saya perhatikan, negara Singapura mempunyai sistem pengangkutan MRT yang amat baik dan sistem MRTnya dapat menghubungkan hampir keseluruhan pulau Singapura itu. Kebanyakan penduduk Singapura menggunakan kemudahan LRT dan MRT ini untuk destinasi masing-masing.


Sebaik sahaja meninggalkan beg di hostel, kami menaiki MRT untuk ke USS. Untuk menaiki MRT, seseorang hendaklah membeli kad dan memilih stesyen mana yang hendak dituju dengan bayaran yang telah ditetapkan. Tiket USS telah dibeli secara online dengan harga sebanyak S74 dollar Singapura (RM178.00- dewasa) manakala untuk kanak-kanak 4 tahun hingga 12 tahun harga ialah S54 dollar Singapura (RM130.00) dan akan mendapat baucer makanan dan cenderahati sebanyak S10 dollar Singapura.


Pada hunjung minggu, USS dibuka bermula jam 9.00 pagi dan ditutup pada jam 7.00 petang. Pertama kali masuk ke USS, perasaan amat teruja kerana begitu banyak tempat yang hendak dijelajahi. Rasa macam tak cukup 1 hari untuk mengunjungi semua segmen tempat yang terdapat di USS tersebut.

Tempat yang perlu dikunjungi oleh pelawat ialah :-
1) Transformer 4D Ride
2) Naik Roller Cooster
3) Istana Shrek
4) Mandagascar Ride
5) Lost World dan lain-lain tempat yang semuanya menarik...


Sebelum meninggalkan USS, pengunjung bolehlah membeli cenderahati yang terdapat di USS seperti baju t-shirt, pelekat peti ais, payung, patung permainan dan lain-lain. Tempat ini memang amat sesuai untuk beriadah bersama keluarga. Untuk maklumat lanjut bolehlah melayari website USS seperti berikut :-
http://www.rwsentosa.com





No comments:

Post a Comment