View My Stats

Tuesday, 23 April 2013

Jalan-jalan ke Cameron Highlands, Pahang


PROGRAM JALAN-JALAN KE CAMERON HIGHLANDS
28.9.2012 (JUMAAT) – 30.9.2012 (AHAD) 

 Buat pertama kalinya Unit Kembara Alam, Kelab Kebajikan dan Sukan AADK menggabungkan program pendakian Gunung Irau dan program Jalan-jalan ke Cameron Highlands bagi peserta yang tidak mendaki Gunung Irau. Program ini dirangka untuk merapatkan hubungan kekeluargaan di kalangan pegawai dan kakitangan AADK disamping bercuti bersama keluarga. Ianya dapat melapangkan fikiran dan merehatkan minda dengan melawat ke tempat-tempat menarik yang terdapat di Cameron Highlands.

Semua peserta bertolak dengan bas jabatan dari Ibu Pejabat AADK jam 5.30 petang pada 28.9.2012 (Jumaat). Dalam perjalanan peserta berehat untuk makan dan sembahyang di R&R Tapah. Semua peserta selamat sampai di Cameron Highlands pada jam 10.00 malam. 

Semua peserta Jalan-jalan ke Cameron Highlands menginap di Hotel Chua Gin iaitu hotel bajet yang terletak di dalam pekan Brinchang. Hotel ini agak strategik kerana terletak di tengah-tengah Bandar Brinchang dan mempunyai kemudahan kedai makan yang berdekatan, super market dan yang paling penting dekat dengan pasar malam Brinchang. Seramai 28 orang peserta yang menyertai program jalan-jalan ini. 

Hari pertama lawatan, 29.9.2012 (Sabtu), peserta melawat ladang Teh Bharat di Tanah Rata, yang diketuai oleh Puan Fadilah Binti Johari. Peserta tidak melepaskan peluang untuk minum di café yang telah disediakan sambil menikmati permandangan ladang teh yang hijau dan segar sejauh mata memandang. Peserta juga membeli teh yang dijual di tempat tersebut. Yang uniknya pelbagai rasa teh dapat dibeli iaitu teh perasa strawberry, teh perasa oren dan lain-lain. Sebelum meninggalkan ladang teh Bahrat, semua peserta turun ke ladang teh untuk bergambar kenang-kenangan. 

Selesai melawat ladang the Bharat, peserta jalan-jalan pergi ke Agro Teknologi Park, MARDI. Pejabat MARDI Cameron Highlands berkonsepkan reka bentuk Inggeris klasik dan disini pihak MARDI menjalankan penyelidikan tentang tanam-tanaman untuk dibangunkan sebagai satu model di Cameron Highlands. Peserta tidak melepaskan peluang untuk menjelajah di sekitar kawasan MARDI tersebut.

Seterusnya semua peserta pergi ke KHM Strawberry Farm di Tanah Rata. Peserta dapat melihat teknologi penanaman buah strawberry yang begitu efisyen. Ada juga peserta yang membeli buah strawberry di tempat tersebut. Semua peserta pulang ke hotel penginapan pada jam 3.00 petang untuk berehat. 

Pada sebelah malamnya semua peserta pergi ke Pasar Malam pekan Brinchang yang berdekatan dengan hotel penginapan peserta. Apa lagi…macam-macam yang dibeli oleh peserta. Yang uniknya semua hasil jualan di pasar malam ini adalah di taman di kawasan sekitar seperti sayuran segar, pokok-pokok bunga, buah-buahan, teh pelbagai rasa, barangan cenderahati dan lain-lain. 

Memang tak menang tangan melihat peserta AADK membeli belah di pasar malam tersebut sehingga ada yang terpaksa berulang-alik beberapa kali untuk menghantar barang ke hotel penginapan. 

Hari terakhir 39.9.2012 (Ahad), selepas semua selesai bersarapan, semua peserta mendaftar keluar dari hotel penginapan pada jam 10.00 pagi. Dalam perjalanan balik lawatan diteruskan iaitu dengan melawat Cactus Point. Cactus Point merupakan tempat jualan cactus. Perlbagai jenis cactus terdapat di tempat ini dan menawarkan harga yang berpatutan. 

Tidak lengkap lawatan ke Cameron Highlands jika tidak singgah di Kea Farm iaitu tempat jualan setempat bagi semua barangan yang terdapat di Cameron Highlands. Macam-macam yang dibeli oleh peserta AADK seperti jagung, buah strawberry, barangan cenderahati iaitu bantal strawberry dan lain-lain. Aada juga peserta yang pergi ke Raju Hill Srtawberry Farm untuk membeli buah strawberry segar untuk di bawa pulang. 

Secara kesimpulannya perasaan yang amat gembira dapat melihat keluarga AADK berkumpul dan menjalinkan kemesraan di antara satu sama lain. Mereka menggunakan peluang ini untuk merapatkan hubungan di antara ahli keluarga di samping bercuti dalam suasana yang mesra dan harmoni. Jumpa lagi di lain program











































No comments:

Post a Comment