View My Stats

Monday, 22 April 2013

Pendakian Gunung Irau, Cameron Highlands, Pahang


PENDAKIAN GUNUNG IRAU, 
CAMERON HIGHLANDS, PAHANG
29.9.2012 (SABTU)

Selepas berehat panjang sempena bulan puasa dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri, Unit Kembara Alam, Kelab Kebajikan dan Sukan AADK Kembali meneruskan aktivitinya. Program pada kali ini ialah program pendakian menawan puncak Gunung Irau di Cameron Highlands, Pahang. Buat pertama kalinya Unit Kembara Alam menggabungkan program pendakian dan program Jalan-jalan ke Cameron Highlands bagi peserta yang tidak mendaki Gunung Irau.

Semua peserta bertolak dengan bas jabatan dari Ibu Pejabat AADK jam 5.30 petang pada 28.9.2012 (Jumaat). Dalam perjalanan peserta berehat untuk makan dan sembahyang di R&R Tapah. Semua peserta selamat sampai di Cameron Highlands pada jam 11.00 malam. Kami pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brinchang untuk lapor diri dan memaklumkan aktiviti pendakian pada esok pagi.

Semua peserta mendaki Gunung Irau menginap di Rumah Rehat Pejabat Hutan Cameron Highlands yang dipanggil rumah kuning. Suhu yang agak sejuk dapat dirasakan semasa menginap di rumah rehat itu. Di pejabat hutan tersebut terdapat juga Camp Site iaitu tapak perkhemahan Sungai Pauh yang boleh menampung sehingga 300 orang peserta dalam satu-satu masa.

Tapak perkhemahan Sungai Pauh mempunyai kemudahan yang agak baik. Bila masuk sahaja ke kawasan kem, suasana nyaman dan dingin mula terasa. Malah jika mulut berasap semasa bercakap adalah perkara biasa di sini, tambahan lagi di waktu pagi. Di sini juga disediakan pelbagai kemudahan seperti tandas, bilik mandi, surau, gazebo dan tempat bbq, selain tapak khemah. Bekalan elektrik juga disediakan di surau dan gazebo di situ.
Related image
Image result for kem sungai pauh
Related image
Related image

Hari kedua, 29.9.2012 (Sabtu), semua peserta mendaki Gunung Irau bangun pada jam 6.00 pagi untuk sembahyang subuh dan kemas diri. Sejurus kemudian pada jam 7.00 pagi, kenderaan dari pejabat renjer datang untuk menjemput peserta dan menghantar ke pintu masuk Gunung Irau. Selepas membeli sarapan dan makan tengahari secara “packing”, pergerakan ke Gunung Irau pun bermula.

Pintu masuk Gunung Irau adalah terletak berhampiran dengan puncak Gunung Brinchang dengan jalannya yang agak kecil dan berliku-liku. Dalam perjalanan tersebut, semua peserta akan dapat melihat keindahan dan kedamaian ladang teh Boh, Sungai Palas iaitu ladang teh terbesar di Cameron Highlands. Peserta juga disajikan dengan permandangan ladang-ladang sayur yang begitu subur dan segar. Peserta sampai di pintu masuk gunung Irau pada jam 7.40 pagi.
Gunung Irau juga dikenali sebagai MOSSY FOREST kerana keadaan hutannya yang agak berlumut dan cantik. Gunung ini mempunyai ketinggian 6,924 kaki @ 2,110 meter dari aras laut. Semua peserta merasakan seolah-olah masuk ke dunia khayalan dengan panorama hutannya yang unik dan misteri. Ada juga dikalangan pendaki-pendaki menggelarkan hutan ini sebagai hutan Lord Of The Rings


Untuk mendaki Gunung Irau, peserta hendaklah memohon permit dari pejabat Hutan Raub/Cameron Highlands dengan membuat surat permohonan mendaki Gunung Irau. Alamatnya ialah Pejabat Hutan Daerah Raub/Cameron Highlands, Rotan Tunggal, 27600 Raub, Pahang. No. Telefon : 09-3551060. Boleh menghubungi pejabat hutan disana untuk mengetahui cara-cara untuk mendapatkan permit mendaki. Bayaran permit ialah sebanyak RM5.00 seorang. Selepas mendapat permit, pendaki hendaklah melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Brinchang untuk memaklumkan aktiviti pendakian sehari sebelum aktiviti mendaki dijalankan berserta dengan salinan permit mendaki bagi tujuan keselamatan. Yang penting kita mendaki secara sah dan dalam pengetahuan renjer dan juga pihak polis.

Selepas bersarapan ringkas, semua peserta memulakan pendakian dari pintu masuk Gunung Irau pada jam 8.15 pagi yang diketuai oleh GUIDE Saiful Onni. Untuk program pada kali ini seramai 5 peserta lelaki dan 5 peserta wanita yang mengambil bahagian.

CHECK POINT SATU - Permulaan trek Gunung Irau adalah dengan menuruni anak tangga kayu yang telah dibina oleh Pejabat Hutan Cameron Highlands iaitu disebelah papan tanda MOSSY FOREST. Selepas tangga terakhir anda mula memasuki trek Gunung Irau alam semula jadi. Dari anak tangga terakhir untuk ke Cek point satu anda akan menjumpai papan tanda 800 meter. Laluan ke cekpoint satu ini tidak la sukar kerana trek ini menurun dan panjang. Trek gunung Irau adalah sempadan diantara negeri Pahang dan Perak, jadi disepanjang trek, pendaki akan berjumpa dengan batu sempadan negeri Pahang dan Perak.
Related image
Image result for gunung irau

Image result for gunung irau

Terdapat beberapa pemandangan pokok-pokok yang berlumut yang cantik. Suhu dikawasan ini juga sedikit sejuk dan laluan jelas kelihatan. Laluan Trek terdapat beberapa kawasan yang berlumpur, tengok macam tanah keras tetapi jika tersalah pijak boleh tenggelam sehingga paras lutut. Lumpur ini terbentuk disebabkan kawasan lembab dan ditutupi dengan daun-daun kayu. Jadi sebelum melangkah dan memijak terlebih dahulu anda gunakan tongkat untuk mencocok tanah tersebut bagi menguji ketelusan tanah tersebut. Setelah anda melepasi cekpoint satu anda mula mendaki.

CHECK POINT 2 - Setelah anda mendaki dari cek point satu setelah beberapa lama anda akan bertemu dengan papan tanda cekpoint 2 iaitu papan tanda yang berlabel Gunung Irau 0.95km. Bermakna anda sudah berjalan sejauh 1.4km dari Trek Mula Gunung Irau. Kami semua terpegun dengan keindahan alam semula jadi di sepanjang trek pendakian, macam masuk ke dunia yang lain. Dari papan tanda ini anda akan mendaki naik lagi untuk menuju ke Puncak Mini Irau (Anak Irau).

CHECK POINT 3 - Mini Irau atau juga dikenali sebagai Anak Irau merupakan puncak palsu (False Peak). Puncak ini merupakan pertengahan untuk ke Puncak Irau. Biasanya para pendaki akan berhenti seketika di Mini Irau ini untuk rehat dan makan. Kawasan Mini Irau ni lapang dan boleh buat champ Site. terdapat 2 bahagian. Bahagian depan tempat lalu lalang tak sesuai kalau nak pasang khemah sebab orang akan merentasi kawasan tersebut. Lokasi yang sesuai pasang kemah adalah kawasan belakang yang rata dan terlindung pokok, Biasanya orang akan camping disini. Dari mini Irau ini anda mula menurun dan akan menaik untuk ke Puncak Irau.

Image result for gunung irau

Related image

Related image
Related image

CHECK POINT 4 - Di cek point ini terdapat pemandangan hutan mossy yang amat cantik sekali. Terasa betapa kerdilnya diri ini melihat keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa. Sebelum sampai ke cekpoint ini Anda akan melalui sebatang pokok yang telah senget dan menyerupai seakan2 Kanopi. Jika berdiri atas pokok tu dan bergambar nampak seperti kita berada di atas kanopi pokok dengan latar belakang yang cantik.

Related image
Image result for gunung irau

Setelah melepasi cek point 4 anda akan jumpa papan tanda Angsi Trekker. Selepas beberapa meter anda akan jumpa pulak papan tanda Petronas, Kalau jumpa papan tanda ini maka anda sudah dekat dah nak sampai puncak. Setelah melepasi papan tanda Angsi Trekker anda akan melalui satu lereng cerun yang sangat curam. Ia seperti seolah-olah bekas tanah runtuh dimana tiada pokok-pokok yang ada hanya lalang. So Kalau tergelincir maka anda akan tergelunsur terus kebawah, jika tidak bergolek maka anda masih ada harapan terselamat. Jadi berhati-hati di kawasan ini terutama apa bila hujan atau semasa gelap. Sebaiknya anda jangan lalu langsung ditepi curam ini. lalu saja di bahagian atas sikit.
Image result for gunung irau

Semua peserta selamat tiba di puncak Gunung Irau pada jam 2.00 petang iaitu selepas hampir 6 jam pendakian dengan jarak pendakian lebih kurang 4 km. Untuk sampai ke Puncak Irau, pendaki akan melalui trek yang mempunyai batu sempadan negeri Perak dan Pahang. Di Puncak Irau anda akan temui satu pencawang Kecil. Tak pasti pulak saya pemancar apa. 

Kawasan puncak tidak la terlalu besar, boleh muat sekitar 10 khemah sahaja. Dari puncak gunung Irau, pendaki akan dapat melihat pernandangan banjaran gunung yang terbentang luas di depan mata. Cuaca sejuk ditambah lagi tiupan angin. Selepas berehat untuk makan dan bergambar kenang-kenangan, pendakian turun dari puncak Gunung Irau bermula pada jam 2.30 petang.


Dalam perjalanan turun dari puncak Gunung Irau terdapat seorang peserta yang mengalami kekejangan otot disebabkan keadaan suhu yang sejuk dan trek pendakian yang sentiasa lembab dan basah. Berkat kerjasama dari semua peserta dan renjer yang bertugas, semua peserta selamat keluar dari Gunung Irau pada jam 7.30 malam. Secara keseluruhan semua peserta berjalan sejauh 8 km pergi dan balik bagi menakluk Gunung Irau.

Secara kesimpulannya, Gunung Irau merupakan gunung yang cantik seolah-olah kita memasuki dunia fantasi yang begitu indah sekali. Untuk menakluk Gunung Irau, seseorang itu hendaklah mempunyai kekuatan mental dan fizikal. Keadaan trek yang becak dan basah, suhu yang sentiasa dingin dan sejuk menambahkan lagi cabaran kepada semua peserta. Apa yang membanggakan ialah semua peserta AADK yang mendaki gunung ini adalah peserta yang sudah dilatih dan dibentuk serta berpengalaman untuk menghadapi apa-apa cabaran dan halangan tidak kira mendaki pada waktu siang atau pada waktu malam. Sesungguhnya rasa bangga yang jelas terbayang kerana dapat mencapai objjektif program ini dengan menpamerkan semangat berpasukan yang tinggi…..SYABAS SEMUA….

9 comments:

  1. yeahh, kami team BDS pun dah berjaya tawan Irau. tahniah semua ! :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah....but gunung tu memang cantik....

    ReplyDelete
  3. u all daytrip @ overnight kat peak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahloy..kami buat daytrip sahaja coz kat peak gunung Irau tak ada punca air...but gunung tu really beauty....

      Delete
  4. TEBING TINGGI BACKPACK
    MOUNT GUIDE SERVICE
    ALL OVER CAMERON MOUNT
    ANDY 017-9997790

    ReplyDelete
  5. betul ke gunung irau akan ditutup selama setahun? boleh saya tahu bila?

    ReplyDelete
  6. Assalam..trek irau ni mmg dah ada marking trek dia ke?misalnya takut org akn sesat,naik ikut lain,trn ikut lain sbb tak jumpa jln...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Shafiq...trek dah ada marking dan trek gunung Irau terang dan jelas serta x banyak simpang...

      Delete