View My Stats

Thursday, 18 April 2013

Pendakian Gunung Stong, Dabong, Kelantan


PENDAKIAN DAN PERKHEMAHAN GUNUNG STONG
DABONG, KELANTAN 
7 OKTOBER 2011 (JUMAAT) - 9 OKTOBER 2011 (AHAD) 

Selepas berhenti rehat selama 2 bulan sempena bulan puasa dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri, Unit Kembara Alam AADK,  Kelab Kebajikan dan Sukan AADK kembali memeruskan aktiviti pendakian. Kali ini puncak gunung yang akan ditawan ialah Gunung Stong di Dabong, Kelantan. 

Gunung Stong terletak di Dabong, Kelantan iaitu di Daerah Kuala Krai Selatan. Gunung ini mempunyai ketinggian 4,664 kaki (1,421 meter) dari aras laut. Gunung ini merupakan gunung yang amat popular di kalangan pendaki dari seluruh Malaysia. Tarikan utama yang terdapat di gunung ini ialah air terjun Jelawang setinggi 303 meter dari aras laut dan merupakan air terjun tertinggi di Asia Tenggara. 
Image result for air terjun jelawang

Untuk program pada kali ini seramai 21 peserta mengambil bahagian iaitu 17 peserta lelaki dan 4 peserta wanita. 7.10.2011-Jumaat, semua peserta bertolak dengan bas dari Ibu Pejabat AADK pada jam 6.00 petang. Dalam perjalanan kami berhenti rehat untuk makan dan sembahyang serta membeli barang keperluan. Selepas menempuh perjalanan yang agak jauh semua peserta selama tiba di Gunung Stong State Park pada jam 4.00 pagi. 

Semua peserta tidur dalam bas dan ada juga peserta keluar menghirup udara segar di sekitar kawasan tersebut. Terdapat kemudahan yang agak lengkap di Gunung Stong State Park seperti chalet, surau, bilik air dan lain-lain. Orang ramai boleh menyewa chalet dengan harga yang berpatutan.

 Tempat untuk parking bas dan kereta juga agak luas, so tak jadi masalah untuk letak kenderaan. Sedikit bayaran dikenakan untuk meletakkan kenderaan di kawasan itu. Orang ramai sentiasa datang untuk beriadah di kaki gunung Stong untuk mandi air terjun disamping aktiviti mendaki gunung. Terdapat juga gerai-gerai makanan di kampung yang berdekatan untuk kemudahan orang ramai membeli makanan.
Related image
Image result for stong state park resort
Related image

Ada juga pendaki yang datang ke Gunung Stong dengan menaiki keretapi. Stesyen untuk turun ialah di stesyen keretapi Dabong. Untuk ke Dabong mereka akan naik dari stesyen keretapi Gemas, N. Sembilan dan akan mengambil masa lebih kurang 7-8 jam. Untuk harga tambang dan masa perjalanan boleh layari : www.ktmb.com.my

Bila dah sampai di stesyen KTMB Dabong, mereka akan telefon GUIDE yang ada menyediakan pengangkutan (Boleh bincang dengan GUIDE). Ada juga yang naik teksi untuk ke Gunung Stong State Park. Jarak dari stesyen KTMB Dabong ke Gunung Stong State Park lebih kurang 8 km dan jika naik kenderaan lebih kurang 15 minit sahaja.
stesen keretapi dabong
3 - dabong

8.10.2011-Sabtu, selepas sembahyang subuh, tepat jam 7.00 pagi, ketibaan GUIDE iaitu Nik Ramzi (Nombor HP : 012-9211923 - boleh call utk hiking Gunung Stong) yang akan memandu arah peserta untuk mendaki Gunung Stong. GUIDE telah menguruskan permit mendaki dari pejabat Hutan Tanah Merah dan urusan menghantar senarai nama ke balai polis Dabong. 

Bayaran GUIDE yang dikenakan ialah sebanyak RM20.00 untuk setiap peserta. Selepas menjamu selera dengan nasi berlauk bungkus, taklimat dan senaman ringan diadakan. Sebelum memulakan pendakian, bacaan doa diadakan yang diketuai oleh Sarjan Ismail. GUIDE Gunung Stong : Bob : 019-9791099 - Persatuan Malim Gunung Kelantan, Hafiz : 016-2124923 - Baha Advanture Team.  Boleh call mereka untuk sebarang pertanyaan mendaki gunung Stong seperti permit, bayaran GUIDE dan lain-lain.

Pendakian bermula pada jam 8.00 pagi dari Gunung Stong State Park ke Campsite iaitu Kem Baha. Permulaan trek pendakian yang agak mencanak dan keadaan trek yang basah dan berlumpur ekoran hujan yang sentiasa turun dan agak berkabus. Terdapat marking di trek dan trek pendakian terang dan jelas. Semua peserta selamat sampai di Kem Baha pada jam 9.20 pagi iaitu kira-kira 1 jam 20 minit pendakian dengan jarak lebih kurang 3.5 km dan perlu mendaftar dengan Baha Advanture Team iaitu pasukan yang menjaga Gunung Stong.


Untuk ke tapak perkhemahan di Kem Baha, peserta terpaksa melintasi sebuah air terjun yang besar. Semua peserta bergotong-royong untuk menyediakan khemah. Khemah dan keperluan makan kami bawa sendiri. Tapak perkhemahan adalah berdekatan dengan sebuah pondok iaitu surau terbuka yang dijadikan tempat sembahyang. Pembahagian tugas telah dilakukan dan terdapat peserta yang akan menjadi tukang masak bagi menyediakan juadah yang enak untuk peserta yang lain. 

Selepas menyediakan khemah dan bersarapan ringkas, pendakian ke puncak Gunung Stong bermula pada jam 10.30 pagi di ketuai oleh Pokecik dari Baha Advanture Team bermula dari Kem Baha. Di kem Baha terdapat pondok-pondok kecil yang boleh disewa unuk penginapan dari Baha Advanture Team.

Pendakian ke puncak gunung Stong agak memenatkan kerana terpaksa berdepan dengan trek yang sentiasa mencanak hingga ke puncak dan keadaan trek yang agak berlumpur akibat hujan yang sentiasa turun. Terdapat beberapa check point iaitu check point Sungai Rantai, Gua Bongor, Sang Kelembai dan Permatang sebelum tiba di puncak Gunung Stong.

Semasa di check point Sang Kelembai, terdapat peserta yang terdengar bunyi suara gajah dari sebelah gunung yang lain. Bunyi suara gajah itu agak kuat dan menurut GUIDE, kawasan sekitar berhampiran dengan gunung Stong memang menjadi tempat laluan gajah liar. 

Semua peserta selamat tiba di puncak Gunung Stong pada jam 2.30 petang iaitu setelah 4 jam pendakian dari Kem Baha dengan jarak pendakian lebih kurang 7.5 km. Puncak Gunung Stong adalah merupakan satu batu yang amat besar. So dalam bahasa inggeris batu adalah stone, jadi orang kelantan panggil stone tu sebagai stong. Begitulah gunung ini mendapat nama, GUIDE petah bercerita...


Sejurus tiba di puncak, hujan yang lebat mula turun dan melanda semua peserta. Selepas hujan berhenti, tiba-tiba cuaca menjadi cerah. Dari puncak gunung Stong peserta dapat melihat puncak gunung Terra, Gunung Beriut, Gunung Baha, Gunung Ayam dan lain-lain. Menurut kata GUIDE terdapat 7 puncak yang bersebelahan dengan gunung Stong dan untuk menawan 7 puncak tersebut memakan masa selama 6 hari 5 malam. 
Image result for pemandangan dari puncak gunung stong

Selepas bergambar kenang-kenangan di puncak, tiba-tiba ROCKY memunculkan diri. ROCKY yang begitu jinak dan amat mengemari biskut coklat. Memang seronok melihat gelagat ROCKY yang suka makan di tapak tangan peserta. (ROCKY - seekor tupai yang jinak)

Pendakian turun dari Puncak Gunung Stong ke Kem Baha bermula jam 3.30 petang. Semasa pendakian turun, hujan kembali turun dengan lebatnya. Keadaan trek menjadi amat licin dan semua peserta terpaksa berjalan dengan berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan. Semua peserta selamat tiba di Kem Baha pada jam 6.30 petang iaitu kira-kira 3 jam dan ada juga peserta yang sampai awal. 

Selepas melintasi air terjun besar untuk ke campsite, tiba-tiba kepala air muncul dari atas air terjun tersebut akibat hujan lebat yang melanda. Sungguh dahsyat melihat kuasa kepala air yang akan menghanyutkan apa saja yang berada di laluannya. Teringat akan kesan tsunami yang melanda negara Jepun sedikit masa dulu yang boleh menghanyutkan apa-apa saja dengan kuasa air yang begitu kuat. 

Setelah kemas diri di campsite dan sembahyang, peserta menjamu selera dengan hidangan yang enak dan lazat dari peserta yang bertugas sebagai tukang masak. Selepas makan dan kekenyangan, semua peserta tidur awal kerana kepenatan dan cuaca yang sejuk kerana hujan masih lagi turun. Dalam catatan kebanyakan peserta tidur sebelum jam 9.00 malam akibat keletihan dalam kedinginan udara yang segar dan bersih.
Related image
Related image

Hari terakhir, 9 Oktober 2011-Ahad, peserta bangun seawal jam 6.00 pagi untuk kemas diri dan sembahyang. Selepas itu kami bercadang untuk melihat sunrise. Disebabkan keadaan yang agak berkabus, sunrise tidak dapat dilihat dengan jelas. Selepas bersarapan, program diteruskan dengan menjelajah 7 tingkat air terjun Jelawang dan telaga tujuh. Sesungguhnya begitu cantik sekali air terjun yang terdapat di Jelawang dengan air yang sejuk dan jernih. Peserta juga boleh melihat pertembungan air terjun Gunung Ayam dan Gunung Stong yang membentuk air terjun Jelawang. 

Selepas menjelajah air terjun Jelawang, semua peserta bergotong royong mengemas khemah dan peralatan lain untuk pendakian turun. Pendakian turun dari Kem Baha ke Stong State Park bermula pada jam 11.00 pagi. Sebelum turun kami semua bergambar kenang-kenangan di sekitar gunung Stong. Kami juga sempat bergambar berlatarbelakang air terjun Jelawang iaitu air terjun tertinggi di Malaysia. Semua peserta selamat sampai di bawah iaitu di Gunung Stong State Park pada jam 2.00 petang, lebih kurang 3 jam pendakian turun coz lebih banyak berhenti untuk bergambar dan mandi air terjun...😊😊😊😊

Selepas kemas diri dan sembahyang, semua peserta bersalam dengan GUIDE dan mengucapkan selamat tinggal kepada Gunung Stong. Semua peserta menaiki bas dan meninggalkan gunung Stong pada jam 3.00 petang. 

Sesungguhnya untuk menawan Puncak gunung Stong, seseorang itu memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang padu. Keadaan trek pendakian yang sentiasa mencanak hingga ke puncak, trek yang sentiasa basah dan berlumpur di samping hujan yang sentiasa turun semasa pendakian, menambahkan lagi cabaran kepada semua peserta. Apa-apa pun ucapan tahniah kepada semua peserta yang begitu komited, saling berkerjasama dan tolong menolong dalam menawan puncak gunung Stong dengan jarak pendakian lebih kurang 14 km pergi dan balik….SYABAS semua.  

22 comments:

  1. Hello,

    My friends and I are interested to visit Gunung Stong National Park.

    Do you have the contact no. of any mountain guide who can bring us up the mountain?

    Can you kindly pass me the contact via email: tzhiyang@yahoo.com?

    Thank you very much.

    Best Regards,
    Zhi Yang

    ReplyDelete
    Replies
    1. To Zhi...where zhi from? i can bring zhi to Gunung Stong National Park. email me detail at nik_ok2020@yahoo.com

      Delete
  2. Salam.. ble x bgtau brpa budget utk bt prgrm ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ain..saya bagi no HP guide gunung stong iaitu Nik Ramzi...nanti Ain tepon dia kay untuk maklumat lanjut...dulu masa saya pergi guide ni yang kami ambil : GUIDE GUNUNG STONG : NIK RAMZI no HP dia 012-9211923 tq

      Delete
  3. wasalam, ain bajet untuk bayaran guide ialah RM20.00 seorang...

    ReplyDelete
  4. Salam Pok Nik, boleh saya nak tau cara untuk mendaki gunung stong dalam kumpulan 3-4 orang? Saya berminat untuk tau info lebih lanjut. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa salam en megat...sorry lambat reply...saya bagi no HP guide gunung stong iaitu Nik Ramzi...nanti en megat tepon dia kay untuk maklumat lanjut...dulu masa saya pergi guide ni yang kami ambil : GUIDE GUNUNG STONG : NIK RAMZI no HP dia 012-9211923 tq

      Delete
  5. salam, nak tanya ni, pendakian gunung stong perlu memohon permit ke?
    kalau bertolak dari selangor ke dabong perlukan berapa jam agaknya?

    ReplyDelete
  6. tumpang tny..lauan ke Air terjun dgn laluan ke puncak stong laluan yg sama ke?

    ReplyDelete
  7. tumpang tny..lauan ke Air terjun dgn laluan ke puncak stong laluan yg sama ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam najwa..sorry lambat reply...

      Betul tu...laluan air terjun ke puncak gunung stong ikut trek pendakian yang sama....nanti guide akan bawa pergi...cantik sgt..

      Delete
  8. Salam poknik..ada contact utk guide tu lagi tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa salam Ikhwan...sorry lambat reply...

      Contact En. Hafiz GUIDE Gunung Stong (016-2124923)

      Delete
  9. Wow... Menarik sungguh pengalaman yang saudara nukilkan.
    Terima kasih kerana berkongsi pengalaman. 😊

    ReplyDelete
  10. asalam nak tnye kalau kita nak pergi berdaki dalam 4 org mcmtu brpe byaran stiap seorang dah khemah di sediakan ke?

    ReplyDelete
  11. asalam nak tnye kalau kita nak pergi berdaki dalam 4 org mcmtu brpe byaran stiap seorang dah khemah di sediakan ke?

    ReplyDelete
  12. asalam nak tnye kalau kita nak pergi berdaki dalam 4 org mcmtu brpe byaran stiap seorang dah khemah di sediakan ke?

    ReplyDelete
  13. Salam. Boleh ke nak daki Gunung ni akhir tahun ni? Ada masa-masa tutup seperti gunung-gunung di negeri lain tak?

    ReplyDelete
  14. Salam..ada lagi x buat pd tahun 2017 ni..bgaimana agaknya cuaca bln 11 ni msti hujan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa Salam Fir....boleh contact GUIDE Gunung Stong untuk lebih info
      Contact En. Hafiz GUIDE Gunung Stong (016-2124923)

      Delete