View My Stats

Thursday, 18 April 2013

Pendakian Gunung Rajah, Bentong, Pahang


PENDAKIAN DAN PERKHEMAHAN GUNUNG RAJAH
BENTONG, PAHANG 
22 JULAI 2011 (JUMAAT) – 24 JULAI 2011 (AHAD) 

Unit Kembara Alam, Kelab Kebajikan dan Sukan AADK telah mengadakan program Pemantapan Jatidiri AADK iaitu Program Pendakian dan Perkhemahan di Gunung Rajah, Bentong, Pahang. Progam ini telah diadakan pada 22.7.2011 (Jumaat) hingga 24.7.2011 (Ahad). Seramai 13 orang peserta telah mengambil bahagian iaitu 7 peserta lelaki dan 6 peserta wanita. 

Gunung Rajah mempunyai ketinggian 5,526 kaki (1,684 meter) dari aras laut. Ia merupakan jajaran banjaran Titiwangsa dan terletak di Pusat Rekreasi Chamang iaitu kawasan air terjun yang popular di daerah Bentong. Ia sering dikunjungi oleh orang ramai untuk mandi-manda dan bersantai bersama keluarga. Flora dan fauna seperti pokok periuk kera dan orkid hutan banyak terdapat di Gunung Rajah. 
Related image
Image result for air terjun chamang

Untuk mendaki gunung Rajah hendaklah mendapatkan permit mendaki dari pejabat Hutan Daerah Bentong dengan menulis surat permohonan kepada pejabat Hutan tersebut. Selepas itu pejabat Hutan Daerah Bentong akan membalas surat untuk kebenaran mendaki gunung Rajah dengan permit mendaki gunung. 

Alamat : Pejabat Hutan Daerah Bentong, JKR 241, Jalan Bukit 28700 Bentong Pahang. No. Telefon : 09-2221039. Bayaran permit ialah RM5.00 (Lima ringgit sahaja) untuk seorang peserta. Kita mendaki secara sah dan dalam pengetahuan renjer jika berlaku apa-apa kecemasan. Boleh juga tanya mereka untuk perkhidmatan GUIDE Gunung Rajah..nanti mereka akan bagi contact number GUIDE..bayaran GUIDE tu nanti boleh bincang dengan GUIDE tersebut.

Update : Pejabat Perhutanan Negeri Pahang telah menyediakan tempahan mendaki gunung secara online. Maklumat lanjut boleh klik pada pautan berikut. http://forestry.pahang.gov.my/index.php/perlesenan-permit/mendaki-gunung

Semua peserta bertolak dari Ibu Pejabat AADK pada 22.7.2011 (Jumaat) jam 7.00 malam dan berhenti rehat untuk makan, sembahyang dan membeli barang keperluan di R&R Genting Sempah. Selepas itu semua peserta meneruskan perjalanan dan melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) daerah Bentong. 

Tepat jam 12.00 tengah malam semua peserta selamat sampai di Pusat Rekresai Chamang. Terdengar deruan air terjun yang mendamaikan dalam kepekatan malam yang kelam. Setelah memeriksa peralatan mendaki seperti head lamp, kasut dan lain-lain pendakian Gunung Rajah pun bermula. 

Pendakian bermula pada jam 12.10 tengah malam pada 23.7.2011 (Sabtu) yang diketuai oleh GUIDE En. Zulhisyam dengan mendaki bukit di belakang pejabat renjer untuk menuju ke trek balak yang luas. Dari trek balak pendaki akan melalui empangan hidro Chamang, rumah orang asli sebelum tiba di pintu masuk Gunung Rajah. Ketika melintasi perkampungan orang asli, terdapat banyak anjing yang membuat salakan kepada pendaki namun tidak mengejar pendaki. 

Image result for mendaki gunung rajah

Dari pintu masuk Gunung Rajah, pendaki akan mula melalui trek yang sempit dan agak becak. Disebabkan kami mendaki pada waktu malam, kami hanya boleh agak trek yang dilalui naik dan turun serta ada juga yang mencanak. 1 jam perjalanan pendaki tiba di Sungai Chagar atau sungai Y dan terpaksa melintasi sungai tersebut untuk menyambung pendakian. Halangan untuk melintasi sungai tersebut agak mencabar di mana pendaki perlu berjalan di atas batu besar yang licin di malam yang gelap untuk ke seberang sungai. Berkat kerjasama dari semua, halangan tersebut dapat di atasi dengan selamat. 
Image result for mendaki gunung rajah
Image result for mendaki gunung rajah

Selepas melepasi sungai Chagar atau Sungai Y pendaki meneruskan perjalanan untuk ke Campsite Lata Naning dan tiba pada jam 6.10 pagi iaitu setelah berjalan selama 6 jam dengan jarak lebih kurang 7 km. Akibat keletihan semua pendaki tertidur di atas batu besar yang datar di Lata Naning. Walapun keletihan, semua pendaki merasa tenang dan damai mendegar deruan air terjun dan merasai kesejukan dan kesegaran air terjun di Lata Naning. Semua peserta kemas diri dan sembahyang subuh.
Image result for mendaki gunung rajah
Related image
Image result for mendaki gunung rajah

Selepas berehat seketika dan menjamah sarapan, pendakian ke puncak Gunung Rajah dari campsite Lata Naning bermula pada jam 8.30 pagi walaupun dalam keadaan mengantuk dan keletihan. 2 orang pendaki tidak turut serta dan akan bertugas untuk menyediakan makanan kepada pendaki. Cuaca yang agak baik pada permulaan pendakian dan pendaki akan melalui Kem Hijau dan Kem Permatang. Setelah tiba di Kem Permatang, pendaki akan dapat melihat puncak Gunung Rajah yang masih tinggi dan jauh.  

Image result for mendaki gunung rajah

Related image

Dari Kem Permatang pendaki akan melalui kaki gunung rajah dan akan berdepan dengan cabaran iaitu memanjat batu 90 darjah. Sekali lagi hasil dari kerja sepasukan dan sikap tolong menolong, semua pendaki dapat melepasi halangan dengan selamat. Ketika hampir tiba ke puncak, tiba-tiba hujan turun dengan lebat dan angin bertiup kencang. Cuaca sejuk melanda semua pendaki dan dalam keadaan mengigil kesejukan. Semua pendaki selamat tiba di puncak Gunung Rajah pada jam 2.15 petang iaitu 5 jam 45 minit pendakian dengan jarak pendakian lebih kurang 9 km. Disebabkan oleh hujan yang lebat permandangan tidak dapat dilihat kerana keadaan kabus yang amat tebal. Nampak putih aje..

Setelah bergambar kenangan dan mengalas perut, pendakian turun dari puncak gunung rajah ke campsite Lata Naning bermula jam 3.30 petang. Pendaki di minta untuk tidak menggunakan lampu suluh lebih kurang 35 minit iaitu selepas jam 7.30 malam ketika hampir tiba di camsite Lata Naning dan melakukan pendakian dalaam keadaan gelap gelita. Ini bertujuan supaya pendaki lebih berhati-hati dan menanam semangat yang jitu dalam mengharungi trek yang kelam. 
Image result for mendaki gunung rajah

Semua pendaki selamat tiba di camsite Lata Naning pada jam 8.00 malam iaitu 4 jam 30 minit pendakian turun. Sampai saja di Lata Naming, pendaki dihidangkan dengan makan malam yang lazat dan enak oleh peserta yang bertugas untuk menyediakan masakan. Selepas menjamu selera, kemas diri dan sembahyang,  semua peserta tidur dengan nyenyak dalam khemah ditemani kedinginan malam sehingga menusuk tulang...sejuk sungguh... 

Hari terakhir 24.7.2011 (Ahad), semua peserta bangun sewal jam 6.00 pagi untuk kemas diri dan sembahyang. Selepas itu bergotong- royong menyediakan sarapan. Ada peserta menggunakan peluang yang ada untuk mandi dan merasai kesejukan air terjun Lata Naning. Setelah mengemas barang keperluan dan khemah, pendakian keluar untuk kembali ke Pusat Rekreasi Chamang bermula jam 10.30 pagi. 

Sepanjang pendakian keluar pendaki disajikan dengan permandangan yang indah iaitu deruan air terjun yang mendamaikan. Betapa besarnya kuasa Yang Maha Esa mencipta keindahan alam ini. Kami juga akan melalui rumah orang asli yang terdapat di trek balak semasa perjalanan balik. Semua peserta selamat sampai ke Pusat Rekreasi Chamang pada jam 3.30 petang iaitu 5 jam pendakian keluar setelah mengharungi hujan yang lebat semasa pendakian keluar. Selepas kemas diri, peserta singgah di Rumah Komuniti Bentong untuk menikmati jamuan buah durian tajaan AADK daerah Bentong. 

Sesungguhnya pendakian Gunung Rajah amat menguji ketahanan fizikal dan mental pendaki. Trek pendakian yang panjang serta jauh, terpaksa mengharungi sungai, membuat pendakian batu 90 darjah, mendaki pada waktu malam yang gelap dan kelam amat mencabar ketahanan semua pendaki. Keseluruhan pendakian mengambil masa lebih kurang 22 jam dengan jarak lebih kurang 32 km pendakian naik dan turun untuk menawan puncak Gunung Rajah. Namun hasil kerjasama dan semangat berpasukan, segala halangan ini dapat diatasi dengan selamat dan penuh dengan komitmen. 

Perasaan bangga juga tersemat dihati melihat pendaki yang baru menyertai pendakian berjaya mengharungi segala cabaran dan halangan untuk menawan puncak Gunung Rajah…….SYABAS SEMUA….  

6 comments:

  1. sepanjang perjlanan ke puncak, ada sungai kn?

    ReplyDelete
  2. sepanjang perjlanan ke puncak, ada sungai kn?

    ReplyDelete
  3. Sharifah..bermula dari starting Air Terjun Chamang kita akan lalui aliran air terjun yang cantik. Ada campsite iaitu Lata Naning dan permatang. Selalunya orang camping kat Lata Naning kerana ada air terjun yang sejuk dan segar....selamat mendaki....

    ReplyDelete
  4. Tertelan air liur baca cerita Gunung Rajah nie. Memang mencabar sungguh.. Ingat kan boleh naik day trip.. Mau 3 hari 2 malam untuk naik Gunung Rajah nie..

    By the way.. banyak tak Water Point kita boleh minum??

    Salam Kenal juga :D - http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/kembara-england-part-6-camden-town.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq...sebenarnya gunung rajah boleh buat daypack tapi nak kena masuk betul2 waktu pagi coz jarak gunung tu agak jauh...saya buat 3 hari 2 malam untuk santai dan rileks...kat sana waterpoint banyak,..tapi on the way nak sampai puncak ada last water point dan lepas tu dah tak ada punca air....

      Delete