View My Stats

Friday 26 April 2013

Sukan AADK Tahun 2013

Kejohanan Sukan AADK tahun 2013 telah diadakan dengan meriah dan jayanya. Kejohanan ini telah diadakan pada 25.1.2013 (Jumaat) - 27.1.2013 (Ahad), bertempat di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor. Kejohanan ini mendapat kerjasama dari pihak pengurusan UPM dan Pusat Sukan UPM dalam melancarkan perjalanan kejohanan.

Sebanyak 13 kontinjen telah mengambil bahagian dalam kejohanan (kecuali AADK Sabah dan Sarawak) ini dimana Ketua Kontinjennya adalah dikalangan Pengarah AADK Negeri. Majlis perasmian Sukan AADK telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato' Sri Abdul Rahim Bin Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri pada 25.1.2013 (Jumaat), jam 3.00 petang bertempat di Stadium UPM Serdang, Selangor.

Sebanyak 12 acara telah dipertandingkan pada kejohanan ini iaitu :-

1) Dart Campuran (SL, SW, BC)
2) Karom (SL, SW, BC)
3) Ping-pong (SL, SW, BL, BW, BC)
4) Badminton (SL, SW, BL, BW, BC)
5) Bola Sepak 9 sebelah
6) Bola Jaring
7) FUTSAL Lelaki
8) FUTSAL Wanita
9) Sepak Takraw
10) Bola Tampar Lelaki
11) Gusti Lengan Lelaki
12) Gusti Lengan Wanita

Seramai 1,200 orang warga kerja AADK telah berkumpul dan bertanding pada kejohanan kali ini dengan objektif untuk merapatkan hubungan silaturahim dan semangat kekitaan dikalangan semuia warga kerja AADK. 

Pasukan juara adalah seperti berikut :-

1) Juara Keseluruhan - AADK Kedah (2 pingat emas, 2 perak, 1 gangsa)  
2) Perbarisan terbaik - AADK Perak
3) Olahragawan - Mohd Zaidi Bin Abas (AADK N. Sembilan - Gusti Lengan Lelaki)
4) Olahragawati - Shirley Anak Medos (AADK Selangor - FUTSAL Wanita)


Upacara penyampian hadiah dan perasmian penutup Kejohanan Sukan AADK tahun 2013 telah disempurnakan oleh Y.Bhg Puan Sri Dato' Zuraidah Binti Haji Mohamed, Ketua Pengarah AADK merangkap Yang Dipertua Kelab Kebajikan dan Sukan AADK pada 26.1.2013 (Sabtu), jam 4.00 petang, bertempat di Dewan Putra 2, UPM Serdang.


Secara kesimpulan amat gembira dan seronok dapat melihat warga kerja AADK berkumpul sebagai satu keluarga yang besar. Semangat kesukanan yang tinggi telah dipamerkan oleh semua pasukan yang bertanding dan mereka bermain dalam keadaan yang penuh ceria dan kemesraan. Pusat Sukan UPM amat mengkagumi sifat kekeluargaan yang ditunjukkan oleh semua warga AADK, bermain mengikut peraturan permainan dengan disiplin yang cukup tinggi dan menghormati antara satu sama lain...syabas semua. Semoga kita berjumpa lagi di lain edisi... 

KEPUTUSAN RASMI
SUKAN AADK TAHUN 2013


BIL.

NAMA ACARA
NAMA PASUKAN YANG MENANG (AADK)

JOHAN
PINGAT EMAS

NAIB JOHAN
PINGAT PERAK

TEMPAT KETIGA
PINGAT GANGSA

TEMPAT KEEMPAT
1.
DART
WPKL
SELANGOR
PAHANG
TERENGGANU
2.
 KAROM
KEDAH
HQ
TERENGGANU
PENANG
3.
PING-PONG
SELANGOR
TERENGGANU
PAHANG
WPKL
4.
BADMINTON
PERAK
PAHANG
SELANGOR
TERENGGANU
5.
BOLA SEPAK 9 SEBELAH
PENANG
PAHANG
PERAK
WPKL
6.
BOLA JARING
PAHANG
KEDAH
JOHOR
PERAK
7.
FUTSAL LELAKI
KEDAH
TERENGGANU
HQ
MELAKA
8.
FUTSAL WANITA
SELANGOR
PENANG
TERENGGANU
JOHOR
9.
SEPAK TAKRAW
JOHOR
KEDAH
PERLIS
PAHANG
10.
BOLA TAMPAR LELAKI
PENANG
PERAK
PAHANG
MELAKA
11.
GUSTI LENGAN WANITA
WPKL
JOHOR
SELANGOR
PERLIS
12.
GUSTI LENGAN LELAKI
NEGERI SEMBILAN
HQ
KEDAH
SELANGOR

KEDUDUKAN PASUKAN KESELURUHAN


KEDUDUKAN


NAMA PASUKAN

JUMLAH PINGAT


EMAS

PERAK

GANGSA

JOHAN
KESELURUHAN
KEDAH
2
2
1

NAIB JOHAN
SELANGOR
2
1
2

KE-TIGA
PULAU PINANG
2
1
0

KE-EMPAT
WPKL
2
0
0

KE-LIMA
PAHANG
1
2
3

KE-ENAM
PERAK
1
1
1
JOHOR
1
1
1

KE-TUJUH
NEGERI SEMBILAN
1
0
0

KE-LAPAN
TERENGGANU
0
2
2

KE-SEMBILAN
HQ
0
2
1

KE-SEPULUH
PERLIS
0
0
1

KE-SEBELAS


MELAKA
0
0
0
KELANTAN
0
0
0












No comments:

Post a Comment