View My Stats

Thursday 25 April 2013

Jom Candat Sotong di Kuala Terengganu

Unit Kembara Alam, Kelab Kebajikan dan Sukan AADK akan mengadakan program CANDAT SOTONG di Kuala Terengganu dengan kerjasama AADK Daerah Kuala Terengganu. Cadangan tarikh ialah pada 18 Mei 2013 (Sabtu) iaitu selepas PRU 13. Kepada warga kerja Ibu Pejabat AADK yang berminat untuk menyertai program ini, tunggu pengumuman rasmi nanti kay..


Fakta Ringkas CANDAT SOTONG

1. Aktiviti candat sotong amat popular di Negeri Terengganu. Pertandingan candat sotong sering diadakan secara besar-besaran untuk menarik pelancong.

2. Bulan April, Mei, dan Jun adalah masa yang sesuai untuk mencadat sotong kerana pada masa ini dikatakan musim sotong membiak.

3. Untuk mencadat sotong tidak memerlukan umpan. Sejenis mata kail khas digunakan untuk menarik perhatian sotong dan melekat di mata kail tersebut.

4. Mencadat dilakukan pada waktu malam. Bot yang dinaiki akan diterangi oleh cahaya "sport light" dan dipancarkan terus ke laut. Sotong-sotong akan tertarik dengan cahaya lampu tersebut.

5. Kalau kena lubuk yang baik, tak menang tangan untuk melayani sotong. Yang paling best bila dapat sahaja sorong terus masak seperti merebus atau membakar. Akan terasa kesegaran dan rasa manis sotong itu apabila kita makan sotong tersebut.

6. Kepada yang mabuk laut, kena makan pil tahan mabuk. Kebiasaan lubuk sotong terletak 3 atau 4 jam perjalanan dari jeti.

Kaedah mencadat sotong (Gambar A-D). Hendaklah tarik dan lepas joran beberapa kali agar mata kali itu bergerak untuk menarik perhatian sotong.


Tiada umpan digunakan untuk mencadat sotong. mata kail khas digunakan untuk aktiviti ini.

No comments:

Post a Comment