View My Stats

Wednesday, 2 October 2013

Makanan Ringan Yang Mesra Kulit

Diet yang sihat memainkan peranan yang penting untuk mendapatkan kulit yang sihat dan berseri. Terdapat beberapa jenis snek yang mesra kulit yang membantu kulit anda untuk kelihatan hebat dan baik. Snek atau makanan ringan sangat lazat dan menarik tetapi jika anda seorang yang suka mengunyah, berhati-hati dalam memilih snek anda. Ia adalah sangat penting untuk memilih snek yang membekalkan anda dengan nutrien dan vitamin yang secukupnya. Mari kita lihat beberapa snek mesra kult yang boleh boleh memperbaiki kulit anda dari dalam. 

1. Telur
Telur rebus sangat kaya dengan protein serta mudah dan cepat untuk disediakan pada bila-bila masa. Ia antara makanan terbaik yang sangat rendah kalori, tetapi pada masa yang sama sangat berkhasiat. Putih telur mengandungi protein, yang mana memudahkan pertumbuhan kolagen. Kolagen adalah penting untuk kesihatan kulit anda , kerana ia menggalakkan daya tahan pada kulit. Telur juga mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin A yang bermanfaat untuk kulit dan pertumbuhan, serta vitamin E, yang menghalang pengoksidaan sel-sel dalam tubuh badan. 

2. Buah strawberi & beri biru
Buah beri adalah makanan ringan yang sempurna pada siang hari atau waktu malam kerana ia mengandungi sejumlah besar vitamin C, yang mana pengantioksidaan semulajadi terbesar. Buah strawberi sangat menakjubkan kerana mereka membantu kulit menjadi lembut dan licin. Selain itu, ia juga mengandungi asid salisilik, yang mana sesuai untuk kulit yang mempunyai masalah jerawat serta boleh mencerahkan pigmentasi kulit. Makan strawberi segar juga akan memutihkan gigi anda dan mengekalkan nafas segar. 

3. Coklat gelap
Mmmm ... Snek lazat ini meningkatkan tekstur dan rupa kulit anda, dan juga menyumbang dalam perlindungan daripada sinaran matahari. Kajian telah menunjukkan bahawa coklat gelap membantu kita untuk mempunyai kulit licin dan lembap. Koko sangat tinggi dalam antioksidan, yang mana juga bertanggungjawab untuk mempunyai kulit yang berseri. 

4. Kekacang
Diet yang sihat dan seimbang mengandungi kekacang mempunyai keupayaan untuk mengurangkan kedutan dan mengurangkan garis-garis halus di muka. Kacang 'walnut', badam, 'pistachio' dan kacang hazel sangat kaya dengan asid lemak omega-3 dan vitamin E yang baik untuk kesihatan kulit anda. Kekacang juga baik dalam mencegah beberapa penyakit seperti kanser atau penyakit kencing manis . 

5. Keledek
Keledek kaya dengan sumber vitamin C dan vitamin A, yang penting untuk kulit yang sihat dan berseri. Vitamin A membantu pembaharuan sel-sel dan melambatkan proses penuaan. Jadikan keledek sebagai snek harian, ia pasti akan membantu anda untuk mencapai kulit yang hebat, licin dan berseri.

No comments:

Post a Comment