View My Stats

Tuesday 5 March 2019

Mimpi Doa Seekor Kucing

Mimpi doa seekor kucing
Ibu seorang pemuda dirawat di hospital
Image result for cat family
وأدخلت للعناية المركزه
Ibunya dirawat di ICU
وفي يوم من الأيام صارحه الأطباء
Beberapa hari kemudian doktor berterus terang kepadanya
بأن حال والدته ميؤوس منها وأنها في أي لحظة تفارق 
Keadaan ibunya tiada harapan sembuh dan boleh meninggal dunia bila2 masa
وخرج من عند أمه هائما على وجهه 
Pemuda itu meninggalkan hospital dengan air muka yg sedih mengenang sakit ibunya
وفي طريق عودته لزيارة والدته
Dalam perjalanan utk melawat ibunya sekali lagi
وقف في محطة البنزين 
Pemuda itu berhenti di stesen minyak 
وهو ينتظر العامل ليضع البنزين
في سيارته 
Sedang dia menunggu atendan mengisi minyak
رأى تحت قطعة كرتون قطة قد ولدت قططا صغارا 
Pemuda itu terpandang seekor kucing beranak beberapa ekor anak berteduh dibawah kotak
وهم لا يستطيعون المشي
Kucing itu kelihatan tak mampu berjalan
فتساءل!!!!!
Dia termenung sejenak tertanya2...
من يأتي لهم بالطعام وهم في هذه الحال؟
فدخل للبقالة
Siapakah yg akan bagi kucing itu makan dalam keadaan begitu, dan pemuda itu masuk ke kedai barangan dalam stesyen minyak
واشترى تونة
Dibelikannya setin tuna
وفتح العلبة ووضعها للقطة 
وانصرف للمستشفى
Dibukannya tin tuna itu utk diberi kepada kucing tadi dan meneruskan perjalanannya ke hospital
وعندما قدم للعناية مكان تنويم أ
Sebaik sahaja masuk ke bilik ICU
لم يجدها على سريرها فوقع ما في يده فزعا 
Alangkah terperanjatnya dia apabila ibunya tiada dikatil ICU itu dan tergamam sehingga jatuh benda yg dipegangnya
فاسترجع وسأل الممرضة*
Dia bergegas lari utk bertanya kepada nurse bertugas
أين فلانة؟ 
Di mana ibuku.?
فقالت تحسنت حالتها فأخرجناها للغرفة المجاورة 
Nurse itu berkata: Ibumu sudah beransur pulih dan kami pindahkannya ke wad biasa
فذهب إليها 
Pemuda itu terus mendapatkan ibunya
فوجدها قد أفاقت من غيبوبتها 
Yg ketika itu dalam keadaan sudah sedar dari komanya
فسلم عليها وقبلها فسألها
Dia bersalam dan mencium ibunya sambil bertanya apa terjadi
فقالت أنها رأت وهي مغمى عليها 
Ibunya memberitahu ketika dalam keadaan tidak sedar dikatil
قطة وأولادها رافعين أيديهم يدعون الله لها 
Ibunya melihat kucing dan anak2nya menadah tangan ke arah langit sambil berdoa memohon ibunya disembuhkan segera
فتعجب الشاب 
Pemuda itu terkejut mendengar apa yg diceritakan ibunya
فسبحان من وسعت رحمته كل شيء
*Maha suci Allah Tuhan yg rahmatnya meliputi setiap sesuatu.
سبحان الله الصدقةدفعت بلاء بإذن الله
Segala puji utk Allah, sedekah jariah melepaskan kita daripada penderitaan, dengan izin Allah.
(داووا مرضاكم بالصدقه) 
(Sembuhkan penyakitmu dengan melakukan sedekah)
هذه فقط علبة تونه والرسول صلى الله عليه واله وسلم قال: ( إتقوا النار ولو بشق تمره)
Itu hanya setin tuna. Rasulullah SAW bersabda: (Lindungi diri kamu daripada panas api neraka walaupun dengan separuh tamar)
سبحان الله ألا تريد أن تكون جوادا
Subhana Allah Jadikan ini tindakan kamu utk menjadi seorang yg pemurah
حتى لو كنت مشغولا أرسل هذه الرسالة الى أكثر أصحابك"
Walaupun anda sibuk,sila forwardkan rencana ini kepada seramai yg mungkin sahabat2 mu..!
(لاإله إلا الله)
? "يارب فرج هم من ينشره"
Ya Allah! Engkau ringankanlah beban kepada sesiapa saja yg berkongsi kisah ini.

Tuesday 26 February 2019

8 Perkampungan Tercantik Di Dunia

CANTIKNYA KEINDAHAN CIPTAAN YANG MAHA ESA

Semua orang pasti mempunyai pandangan dan kenangan tersendiri bagaimana rasanya apabila berada di kawasan perkampungan. Tidak kiralah sama ada perkampungan itu berada di dalam atau luar negeri, kesemuanya pasti memiliki persamaan seperti udara yang menyegarkan, pepohon hijau yang menyejukkan mata dan suasana aman permai yang dapat meredakan segala tekanan daripada hiruk-pikuk tinggal di bandar.
Jika anda inginkan kelainan apabila melancong ke negara lain dan mencari kedamaian, bolehlah cuba berkunjung ke 8 destinasti perkampungan berikut yang merupakan antara desa tercantik dan paling indah dalam dunia:

1. Desa Hallstatt, Austria

kampung desa paling indah cantik di dunia austria hallstatt
Hallstatt merupakan sebuah kawasan desa pelancongan di pinggir barat Tasik Hallstatt, Gmunden, Austria. Kawasan yang terkenal dengan keindahan panorama ini berkeluasan 60 km persegi dan menjadi salah satu tarikan utama pelancong yang datang ke Austria. Di perkampungan ini, terdapat kurang daripada 1,000 orang penduduk dan alam semula jadi masih dipelihara, menjadikan kampung ini begitu tenang dan selesa untuk beristirahat. Dari kampung ini juga anda dapat melihat sendiri Gunung Alps yang memukau pandangan.

2. Simiane-La-Rotonde, Perancis

kampung desa paling indah cantik di dunia simiane la rotonde france
Segala yang anda inginkan untuk menenangkan fikiran terdapat di perkampungan nan indah ini. Dimulakan dengan langit yang biru, hamparan padang lavender hinggalah ke kawasan pergunungan yang berdiri megah, kesemuanya amat sukar dilupakan begitu sahaja. Selain itu, di sini juga terletaknya sebuah kubu bersejarah yang dibina pada abad ke-12 iaitu Château des Agoult yang kini merupakan salah satu daya tarikan kampung yang berada di Provence, Perancis ini.

3. Alberobello, Itali

kampung desa paling indah cantik di dunia itali alberobello
Terletak di daerah Apulia, Itali, desa yang diberi nama Alberobello ini amat istimewa. Hal ini demikian kerana selain memiliki panorama memukau, udara yang bersih dan suasana yang tenteram, Alberobello juga telah menjadi salah satu destinasi wajib dilawati bagi pelancong yang mengembara ke Itali. Hampir 1,400 bangunan di sini mempunyai bentuk yang sangat unik dengan dinding yang diperbuat daripada batu kapur dan bumbung dari susunan batuan berbentuk kon. Pemandangan di sini pasti akan membuatkan anda jatuh hati.

4. Monsanto, Portugal

kampung desa paling indah cantik di dunia monsanto portugal
Unik, mungkin itulah perkataan paling tepat untuk menggambarkan perkampungan ini. Ini disebabkan anda akan berasa hairan sama ada tembok di sini diperbuat daripada batu atau batu yang terbuat daripada tembok. Rumah-rumah di perkampungan yang terletak di lereng bukit granit ini memang sengaja dibuat begitu. Walaupun mempunyai jalan yang sempit dan curam, desa yang berada 114 kilometer dari Lisbon ini tetap menjadi destinasi pilihan pelancong yang datang ke Portugal.

5. Uchisar, Turki

kampung desa paling indah cantik di dunia uchisar turki
Terdapat banyak kampung di daerah ini, akan tetapi Uchisar menjadi salah satu desa yang masih berpenghuni. Desa ini begitu unik dan menghairankan disebabkan pemandangan panoramanya yang hanya dihiasi dengan hamparan berbatu. Uniknya, bukan sahaja rumah-rumah dibuat menggunakan batu, malah hotel, kedai-kedai dan restoran di kampung ini juga dibina daripada batu.

6. Teres Longji, China

kampung desa paling indah cantik di dunia longji teres
Kampung yang indah ini terletak di utara Guilin, Guangxi, selatan China. Untuk sampai ke tempat ini, anda memerlukan kira-kira dua jam perjalanan dari pusat bandar. Teres ini sebenarnya terletak di antara tiga kampung iaitu Kampung Ping'an, Kampung Jinkeng dan Kampung Guzhuang yang dianggarkan wujud sejak 650 tahun yang lalu. Tempat yang menakjubkan ini setiap tahun dapat menarik ramai pelancong untuk datang. Adakah anda salah seorang daripada mereka?

7. Giethoorn, Belanda

kampung desa paling indah cantik di dunia giethoorn belanda
Terletak di utara Belanda, Giethoorn Village juga sering disebut sebagai "Dutch Venice". Ini kerana di kampung ini tidak terdapat sebarang jalan untuk dilewati kenderaan bermotor dan penduduk kampung sendiri hanya memanfaatkan laluan sempit, jambatan, sungai dan bot kecil sebagai medium pengangkutan. Bagi pelancong yang ingin melawat, mereka terpaksa meninggalkan kenderaannya di luar kampung dan meneruskan perjalanan menaiki perahu. Tanpa asap daripada kenderaan bermotor, pasti udara di kampung yang indah ini sangat menyegarkan, bukan?

8. Bibury, England

kampung desa paling indah cantik di dunia bibury
Dibina kira-kira 1,000 tahun yang lalu, kampung Bibury nampaknya mencerminkan masa lampau. Ini disebabkan hampir kesemua bangunan dan landskap di kampung ini tidak berubah sama sekali. Malah, kini, beberapa sudut dan bangunan di kampung ini telah diambil alih oleh kerajaan British untuk menjaga keasliannya. Seolah-olah masuk ke dalam mesin masa, keindahan kampung yang terletak di Costwolds, Cirencester, England ini juga sering digunakan sebagai lokasi penggambaran filem bertema abad ke-19.
Bukan sahaja menyeronokkan sebagai lokasi percutian, kampung-kampung yang paling indah di dunia ini juga boleh menjadi contoh untuk generasi muda bahawa kebersihan dan keindahan alam sebenarnya penting untuk masa depan kita bersama.