View My Stats

Tuesday 25 February 2014

Jalan-Jalan Ke Bandung, Indonesia

Bercuti jap, Jalan-Jalan ke Bandung, Indonesia
26.2.2014 (Rabu) hingga 1.3.2014 (Sabtu)
Nanti saya akan update bila dah balik Malaysia nanti....

Wednesday 19 February 2014

Khasiat Daun Inai

Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis adalah sejenis pokok yang mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi terutamanya bahagian daunnya. Pokok inai yang mempunyai banyak ranting ini mendapat namanya daripada perkataan Arab 'Hina' yang bermaksud ubat. 

Daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang sememangnya terdapat dalam asid henotanik akan bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan rambut. Minyak daripada biji inai mengandungi behenik, arasidik, sterik, palmitik, asid oleik dan linoleik. 

Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutamanya pada daunnya. Selama berkurun kurun lamanya inai telah digunakan untuk tujuan perubatan. Salah satu kegunaan utama inai adalah sebagai agen penyejuk. 

Inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit. 

Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang. 

Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang. Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala. 

Air daun inai baik sebagai bahan astringen yang boleh mengecutkan tisu-tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan. 

Malah, penyakit-penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal. 

Bagi kulit pokok inai, ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis atau lebih dikenali sebagai sakit kuning yang selalu dihadapi oleh bayi-bayi yang baru lahir dan hati yang membengkak. Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit. Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas. Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepada.

Monday 17 February 2014

Kubis Mampu Elak Barah

Tahukah anda bahawa kubis mengandungi banyak zat di dalamnya dan baik untuk kesihatan tubuh badan terutamanya bagi mengelakkan penyakit kanser.

Pelbagai khasiat antikanser yang terkandung dalam sayuran ini iaitu klorofil, vitamin E dan C. kandungan sulfur di dalam kubis juga membantu membuang sisa alkohol dalam darah.


Kubis juga baik digunakan untuk mengubati penyakit kulit iaitu dengan mengisar daun kubis kemudian dilumur ke kulit bermasalah. Bagi perubatan dalaman, kubis bolhe mengubati penyakit kanser dengan mengamalkan pengambilan sayuran ini sama ada dimasak atau dimakan mentah sebagai ulam. 

Antara manfaat kubis ialah menurunkan risiko gangguan jantung dan angina ahmar, mengurangkan risiko kanser usus besar, penyembuhan bisul dan meningkatkan sistem pencernaan. Kubis juga berguna untuk menurunkan kadar kolesterol.

Wednesday 12 February 2014

Kebaikan Beras Perang

Terdapat dua jenis beras iaitu beras putih dan beras perang. Kebiasaanya, nasi putih dimasak menggunakan beras putih. Hal ini kerana beras putih lebih lembut dan cepat dimasak Bagaimanapun jika nasi dimasak menggunakan beras perang, lebih banyak zat akan diperolehi.

Jika dilihat dari segi luaran, beras perang sama saja dengan beras biasa, tetapi apa yang membezakannya adalah beras perang tidak dibuang selaput kulit yang meliputi beras itu. Oleh sebab itu, kebanyakan anda lebih menyukai beras biasa kerana ia lembut dan cepat dimasak, berbanding beras perang yang mempunyai tekstur agak kasar. 
Ia dinamakan beras perang kerana beras terbabit belum ditapis dan diproses seperti beras putih yang sudah diproses dan dibuang kulitnya. Bahagian yang dibuang itulah terkandung pelbagai nutrisi yang sememangnya diperlukan badan. Ini termasuk serat, protein, magnesium, manganese dan zink iaitu antara nutrisi yang terbuang semasa proses penapisan. 

Beras perang membuat anda berasa lebih cepat kenyang dan membantu untuk mengambil makanan dengan jumlah yang kecil. Ini dapat membantu proses berdiet kerana kandungan serat yang terkandung di dalamnya membuatkan proses penghadaman menjadi lebih mudah. 

Bagi penghidap kencing manis, beras perang sememangnya menu terbaik bagi menggantikan beras putih yang sentiasa menjadi sajian anda. Ini kerana beras perang dapat membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah. Ia membebaskan gula secara perlahan berbanding beras putih. 

Malah, kandungan serat yang tinggi dapat membantu mencegah penyakit kanser usus, dan juga dapat menyah bahan yang tidak diperlukan dan toksin daripada melekat pada usus.  Oleh itu, jika anda ingin menjaga kesihatan anda atau keluarga anda, amalkan pengambilan beras perang dalam menu seharian anda.

Tuesday 11 February 2014

Anggur Baik Untuk Tubuh Badan

Pasti ramai yang tidak tahu akan khasiat yang ada pada buah anggur bukan? Anggur atau nama saintifiknya Citrus Paradisi ini kaya dengan vitamin C, vitamin A, B1, B2, dan mempunyai kalori yang rendah. 
Anggur mengandungi 80 peratus air adalah sumber yang bagus bagi kalium, dan mempunyai phytonutrient iaitu bahan aktif yang melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung. 
Anggur juga mempunyai antioksida, dimana kandungan antioksida yang berupaya untuk meneutralkan radikal bebas. Oleh itu, pengambilan anggur sangat digalakkan berikutan kandungan antioksidanya yang tinggi. 

Dalam satu kajian yang dilakukan tentang proses metabolik untuk menghadam makanan tanpa antioksida, kecuali lemak, karbohidrat dan protien boleh mengakibatkan kemerosotan pada tahap kemampuan antioksida di dalam darah. Namun ia boleh dielakkan dengan mengambil buah-buhan yang mengandungi antioksida yang tinggi seperti buah anggur. 
Tidak dapat dinafikan lagi kelebihan yang terdapat pada buah anggur ini, dan bukan itu sahaja kelebihan yang ada pada anggur, antara kelebihan yang ada pada buah anggur ialah : 

1. Boleh menghilangkan bau mulut yang busuk.
2. Mencairkan lendir atau kahak di dalam tekak. 
3. Menghilangkan rasa lenguh dan letih. 
4. Menghilangkan perasaan marah. 
5. Menguningkan warna kulit (menjadikan kulit lebih gebu) 
6. Menguatkan daya ingatan dan kecerdasan otak. 
7. Mampu menyembuhkan batuk-batuk. 
8. Menghilangkan rasa pedih / sakit pada buah pinggang dan pundi kencing. 
9. Menguatkan usus dan melembutkan makanan supaya ia mudah hadam. 
10. Menguatkan hati dan jantung. 
Jadi selepas ini jadikan penggambilan buah anggur ini sebagai amalan pemakanan seharian anda untuk menikmati khasiat-khasiat yang terdapat pada buah anggur ini.

Monday 10 February 2014

Pendaki Jerman Maut Jatuh Gunung Kinabalu

10 Februari 2014 (Isnin), Ranau – Seorang pelancong wanita warga Jerman maut apabila terjatuh dari puncak Gunung Kinabalu, di sini, jam 6.30 pagi tadi. Mangsa bernama Victoria Paulsen berusia 22 tahun yang sedang menuntut di Universiti Xiamen, China kini dalam proses dibawa turun ke Timpohon.
Difahamkan, mangsa bersama beberapa rakannya dikatakan sedang menunggu matahari terbit di puncak Gunung Kinabalu dan dikatakan jatuh dari salah satu  puncak di gunung itu yang dikenali sebagai 'Low Peak' pada ketinggian dianggarkan 30 meter. Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim mengesahkan kejadian itu dan usaha membawa mangsa turun sedang dijalankan.


Beliau berkata operasi mengeluarkan mayat dilakukan pihak Taman-Taman Sabah sebaik laporan diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau pada kira-kira pukul 7 pagi.

"Mayat mangsa berjaya dibawa keluar pada jam 6 petang dan kini ditempatkan di rumah mayat di Hospital Ranau sementara menunggu post mortem," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. Abdul Rahman berkata pihaknya akan berhubung dengan pihak kedutaan Jerman untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Seksyen Perlindungan dan Penguatkuasaan Taman-Taman Sabah Thomas Yussop berkata mangsa dipercayai berada di luar kawasan garisan selamat untuk mengambil gambar matahari terbit dan tergelincir jatuh ke dalam gaung yang berbatu. "Mangsa dipercayai mengalami kecederaan teruk di kepala dan kaki dan punca kejadian sebenar masih disiasat, " katanya.


Nota : Saya telah mendaki gunung Kinabalu sebanyak 2 kali. Puncak Gunung Kinabalu amat merbahaya kerana keadaan puncaknya yang agak kecil dan sempit. Selalunya pada waktu pagi antara jam 5.00 pagi hingga 6.30 pagi, sudah ramai pendaki yang sampai dan bersesak-sesak di puncak tersebut untuk melihat matahari terbit dan bergambar kenangan.
Hanya terdapat tali dari wayar besi yang dijadikan pagar dan menjadi penghalang antara puncak gunung dengan gaung ditepinya yang tinggi dan pastinya jika terjatuh dari gaung tersebut, pendaki akan jatuh dari tempat tinggi (lebih kurang 35 meter atau 115 kaki atau lebih kurang 4 tingkat bangunan) terus ke atas batu. Jadi nasihat saya, semasa berada di puncak gunung KInabalu, jangan keluar dari kawasan pagar keselamatan tersebut dan jangan terlalu ghairah untuk bergambar di tempat-tempat bahaya seperti di kawasan cerun di puncak bagi mengelakkan kemalangan. iKUT ARAHAN DARI GUIDE SENTIASA...
Ini adalah puncak gunung Kinabalu yang dikenali sebagai Low Peak. Puncaknya kecil dan agak sempit untuk memuatkan ramai pendaki dalam satu masa

Pendakian terakhir sebelum sampai ke puncak Gunung Kinabalu. Kena berhati-hati kerana treknya yang berbatu dan ramai pendaki yang turun dan naik

Inilah keadaan di puncak Gunung KInabalu. Terdapat papan tanda dan dibelakang papan tanda tersebut adalah gaung yang sangat tinggi dan dalam. Hanya terdapat  wayar yang dijadikan sebagai pagar pemisah antara puncak dengan gaung tersebut. Betul-betul bahaya dan anda harus sentiasa berhati-hati kerana jika anda tergelincir, anda akan jatuh dari puncak terus ke dalam gaung yang berbatu dan tinggi. Harapan untuk hidup agak tipis kerana gaungnya yang agak tinggi dan dalam serta berbatu. Kena betul-betul be careful (KENA SENTIASA JAGA KESELAMATAN) masa kat puncak Gunung Kinabalu tu dan JANGAN KELUAR DARI KAWASAN PAGAR TERSEBUT.

Tuesday 4 February 2014

Khasiat Ulam Pokok Beluntas

*Pokok beluntas yang enak dibuat ulam ini mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan iaitu daunnya boleh dimakan begitu sahaja dan dibuat ulam ketika menikmati nasi.
*Beluntas mempunyai khasiat yang boleh menjadi penawar berak berdarah bagi mereka yang mempunyai masalah penghadaman. Manakala daunnya pula boleh merawat wanita yang mempunyai masalah keputihan.
*Selain itu, serbuk beluntas pula boleh digunakan untuk merawat demam dan selsema iaitu mencampurkannya dengan sedikit air dan diminum.
*Serbuk beluntas juga dapat meredakan ulser, lebam dan bengkak di sekitar badan, *manakala jus daun beluntas juga boleh dijadikan pelawas kencing.
Dalam pada itu, bagi mereka yang mahu kelihatan muda, air rebusan daun ini juga berguna.

Sunday 2 February 2014

Jalanraya Paling Menakutkan di China

Heaven-Linking Avenue, juga dikenali sebagai Big Gate Road, di Gunung Tianmen di Hunan, China telah dikenali sebagai jalan "paling berbahaya" di China. Bermula dari 200 meter di bawah paras laut jalan bas mencapai 1300 meter di atas paras laut menjadikan jumlah 99 selekoh maut sepanjang jalan. Ianya mengambil masa selama lapan tahun untuk di selesai dengan kerja bermula pada tahun 1998, dan tamat pada tahun 2006.
Jika jalan raya adalah sedikit terlalu menakutkan untuk anda, terdapat satu alternatif. Sebuah kereta kabel dari Bandar Zhangjiajie ke puncak Gunung Tianmen. Cableway adalah 7455 meter panjang yang menjadikan ia sebagai keperluan rakyat Cina, laluan atau talian kabel yang terpanjang di dunia.