View My Stats
Showing posts with label LAGU DAN IKLAN HARI RAYA. Show all posts
Showing posts with label LAGU DAN IKLAN HARI RAYA. Show all posts

Saturday, 27 July 2013

JAHIT - Iklan Hari Raya Petronas 2013

Iklan Hari Raya dari Petronas pada tahun 2013 ini mengisahkan kegigihan seorang ibu mencari rezeki dengan menjahit bagi menampung perbelanjaan anaknya yang masih belajar. Semoga kita mendapat serba sedikit pengajaran dari iklan ini...selamat menonton
"hargailah pengorbanan ibu dalam membesarkan kita"
TANPA MEREKA SIAPALAH KITA

Wednesday, 24 July 2013

Nostalgia Lagu Raya

Dah masuk 15 hari kita semua berpuasa...cepatnya masa berlalu pergi...dan sudah semestinya kemeriahan hari raya Aidil Fitri mula terasa..di atas permintaan kawan-kawan yang nak lagu raya walaupun banyak lagu yang best-best, saya letakkan lagu nie dulu kay....kalau ada request nanti saya upload kemudian.....semoga terhibur

Suasana Hari Raya (Anuar dan Elina)

Indahnya Beraya di Desa (Azlina Aziz)

Sepasang Kurung Biru (Khairil Johari Johar)

Ku pohon restu ayah dan bonda (Mamat)

Dengang Perantau (P. Ramlee)

Pulanglah (Aishah)

Lebaran ini (Ajai, Raihan & Friends)

Selamat Hari Raya (Saloma)

Satu Hari di Hari Raya (M. Nasir)

Selamat Hari Raya (ahmad Jais)

Sesuci Lebaran (Siti Nurhaliza)

Friday, 19 July 2013

Iklan Hari Raya Petronas - Sayangilah Ibubapa kita...

Ayah dan ibu.....Bertuahnya kita kerana dikurniakan mereka yang mana sejak kita lahir hinggalah ke saat ini, merekalah insan yang benar-benar menyayangi kita tanpa mengharapkan sebarang ganjaran, hadiah, penghargaan dan sebagainya. Mereka dengan ikhlasnya menjaga dan membesarkan kita walaupun dengan penuh kesusahan dan kepayahan.

Tanpa memikirkan kepenatan yang terpaksa dihadapi, ayah gigih dan tabah keluar berkerja saban hari untuk mencari rezeki buat keluarganya. Tidak cukup sekadar itu, ibu juga turut membantu ayah untuk meringankan beban yang ditanggungnya sendiri. 

Ya Allah..betapa besarnya pengorbanan insan ini. Sejak hari pertama kita lahir, hidup mereka seolah-olah sudah pasti akan dikorbankan demi kesejahteraan insan yang bernama anak-anak. Dengan belaian kasih sayang, sentuhan manja, keprihatinan, kerisauan mereka..semua itu pernah membuatkan kita merasa sangat bahagia kerna disayangi dan sentiasa berasa selamat lantaran ada yang menjaga dan melindungi kita
Namun, tatkala usia si anak semakin menganjak dewasa dan sudah berjaya dalam kehidupan, kita mula terlupa akan mereka.  Wahai anak, rebutlah kesempatan yang masih Allah berikan pada kita hari ini. Hargailah mereka, sayangi mereka dan mohonlah ampun maaf atas segala salah silap kita selama ini. Semoga dengan doa dan restu mereka, nescaya tergolonglah kita di dalam golongan insan yang berbahagia dan berjaya bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat kelak. Kerana sesungguhnya, redha Allah swt itu datangnya jua daripada redha ayah dan ibu.

Allah swt berfirman yang mafhumnya:
(Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan DIA dengan sesuatu pun, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa) An Nisa:36
"TANPA MEREKA SIAPALAH KITA"