View My Stats

Monday 21 December 2015

Jom Terbang Bersama Rayani Air


20 Disember 2015 (Ahad) - SYARIKAT penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia,  Rayani Air memulakan penerbangan sulungnya pagi ini ke Langkawi dan Kota Bharu."Patuh syariah ini sangat halus dan banyak perkara perlu diteliti, tetapi kami yakin dengan visi kami, ia tidak mustahil untuk dilaksanakan.
"Antaranya adalah mewajibkan semua anak kapal yang beragama Islam menutup aurat, tiada sebarang alkohol dalam penerbangan, makanan yang disediakan juga berorientasikan halal, ada doa sebelum memulakan perjalanan dan juga mengamalkan jariah yang lain," katanya selepas penerbangan pertama Rayani Air dari KLIA2 ke Langkawi, hari ini.

Saya berkesempatan untuk menaiki penerbangan ini iaitu dari Pulau Langkawi ke Kuala Lumpur. Saya amat berpuashati dengan keselesaan di dalam kabin dan juga dari layanan dari anak kapal yang ramah dan mesra. Disamping itu para penumpang diberi makanan ringan yang telah diletakkan di dalam kotak iaitu jus buah-buahan, kacang goreng dan muffin seperti gambar dibawah....terima kasih Rayani Air...saya pasti akan kembali menggunakan penerbangan ini...

Wednesday 2 December 2015

Gunung Kinabalu Kini Dibuka Semula

Tarikh 1 Disember 2015, aktiviti mendaki Gunung Kinabalu, sabah akan dibuka semula.  Gunung Kinabalu yang mengalami kerosakan akibat gegarangempa bumi dahsyat pada 5 Jun 2015 lalu kini selamat untuk didaki semula.
    • Pada 5 Jun 2015, rakyat Malaysia menyaksikan satu tragedi gempa bumi terbesar yang pernah melanda negeri Sabah sejak sekian lama. Gempa bumi kuat pada skala 6.0 tersebut memang tidak diduga dan telah memberi impak besar kepada penduduk di sana.
       says.com
    • Puluhan nyawa manusia terkorban, manakala Gunung Kinabalu turut mengalami kerosakan teruk sehingga terpaksa ditutup untuk kerja-kerja pembaikan. Tidak ada seorang pun yang dibenarkan untuk mendaki gunung ini sehingga laluan baru siap dibina bagi menjamin keselamatan.
       says.com
    • Mercu tanda ikonik di Gunung Kinabalu yang dikenali dengan 'Donkey's Ears' juga mengalami sedikit kemusnahan dalam tragedi gempa bumi yang dianggap paling dahsyat pernah terjadi di negara ini.
       says.com
  • Kerja-kerja pembaikan dijalankan dengan gigih dalam tempoh hampir 6 bulan selepas tragedi berlaku. Pihak berkuasa menjanjikan laluan baru yang lebih selamat dan selesa bagi pendaki.

    • Kayu Belian kukuh sepanjang 50 meter banyak dipasangkan di sepanjang laluan. Difahamkan, para pendaki tidak perlu lagi melangkah batuan besar dan berjalan di atas akar dan ranting kayu yang terdedah seperti sebelum ini.
       says.com
    • Terdapat juga tali disediakan di beberapa lokasi tangga yang agak curam. Ini bagi meningkatkan lagi aspek keselamatan kepada pendaki semasa melakukan pendakian.
       says.com
  • Laluan baru ke puncak ini juga menjanjikan panorama yang lebih memukau, dengan kepulan awan yang sentiasa menemani pendaki di setiap langkah

  • Sebelum dibuka kepada umum pada 1 Disember 2015, pendakian dimulakan oleh pihak media, director, ketua-ketua jabatan, dan komuniti Gunung Kinabalu.
    Suhu ketika itu dikhabarkan mencecah -3 darjah celsius, sangat sejuk sehingga membentuk ice frost di puncak!

  • Lebih menarik, papan tanda di puncak Gunung Kinabalu juga ditukar bagi mengabadikan tragedi gempa bumi dahsyat itu sebagai satu ingatan buat pendaki

  • Gunung Kinabalu selepas ini dihadkan kepada 120 pendaki sahaja sehari. Pasukan SAR (search and rescue) akan sentiasa berada dalam mod standby setiap hari bagi menjadikan suasana pendakian lebih safe and secure.