View My Stats

Thursday 31 October 2013

Resipi Burger Ramen Yang Enak

Chef Keizo Shimamoto telah membawa trend makanan terbaru ke New York iaitu Burger Ramen dan ia sangat popular sekarang! Jangan risau bagi anda yang tinggal jauh dari New York kerana anda juga boleh membuat burger ramen anda sendiri di rumah. Hanya dengan mengguna ramen sebagai pengganti roti, resipi ini tidak memerlukan anda mengambil MSG dan bahan pengawet yang terdapat seperti yang asal kerana anda juga boleh mevariasikan burger ramen anda sendiri dengan menggunakan perasa kegemaran anda. 

Berikut adalah resipi untuk burger ramen buatan sendiri yang mudah dan enak: 

Bahan-bahan
1 paket mi ramen 
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
1 daging 'patty' 
Kicap soya
Minyak bijan 
1 daun bawang, dicincang 
Keju 

Cara-cara:
'Roti' ramen: Ini merupakan komponen burger paling penting sekali dan ia sangat mudah untuk dibuat. 

1) Rendam ramen dengan air panas sehingga lembut dan toskan. Kemudian, campurkan dengan telur. Bahagikan ramen kepada 2 bahagian untuk menjadikannya pengapit untuk daging. Seeloknya, letakkan ramen tadi di dalam bekas atau mangkuk yang bulat. Selepas itu, ambil mangkuk yang lebih kecil atau apa-apa yang anda boleh gunakan untuk menekan ramen tadi supaya berbentuk bulat dan padat seperti roti burger. Setelah siap untuk kedua-dua bahagian ramen tadi, simpan ke dalam peti sejuk kira-kira 15 minit. 

2) Setelah 15 minit, panaskan minyak dalam kuali dan goreng kedua-dua 'roti' ramen tadi sehingga masak dan berwarna keperangan. Siap, dan ketepikan dahulu. Tiba masa pula untuk menyediakan daging 'patty' seperti yang anda suka. Anda boleh mevariasikan rasa dengan menggunakan kicap soya atau kicap bijan atau apa-apa perasa yang anda inginkan pada daging. 

3) Letakkan daging 'patty' yang telah dimasak diantara kedua-dua ramen tadi supaya ia kelihatan seperti burger biasa namun kelainannya cuma roti yang digantikan dengan ramen. Selain itu, anda juga bole menambah daun bawang atau keju atau telur untuk menyedapkan lagi burger ramen buatan sendiri anda ini. 

Senang dan mudah bukan?!

Wednesday 23 October 2013

5 Makanan Untuk Mengurangkan Risiko Kanser Payudara

Seperti yang kita sedia maklum, kanser payudara merupakan pembunuh nombor satu wanita di Malaysia. Pakar percaya gaya hidup yang berbeza dan tabiat makan tidak sihat merupakan faktor-faktor yang menyumbang kepada pembiakan sel kanser payudara terutama bagi wanita yang sudah menopaus. 

Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika anda mula mengamalkan tabiat makan yang sihat bermula sekarang untuk mengurangkan risiko kanser payudara. Sempena dengan bulan mencegah kanser payudara, dibawah merupakan beberapa jenis makanan yang dapat membantu mengurangkan risiko kanser ini. 

1. Buahan dan sayur sayuran 
Buah buahan merah (lobak, tomato) oren dan sayur – sayuran yang kaya dengan karotenoid boleh mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 20 peratus. Karatenoid boleh didapati dalam tomato dan lobak merah. 


2. Ikan & kacang 
Menurut British Medical Journal, Asid lemak Omega 3 yang ditemui dalam ikan dapat meningkatkan sistem imunisasi seseorang dan juga melancarkan peredaran darah. Ia dapat mengurangkan risiko sebanyak 14 peratus . Asid lemak ini juga boleh ditemui dalam kacang seperti mentega kacang . 

3. Buah beri 
Strawberi dan rasberi mengandungi kandungan asid elagik yang tinggi. Asid elagik bukan sahaja membantu mengurangkan risiko mendapat kanser payudara, tetapi juga kanser kulit, pundi kencing dan paru – paru bermasalah. 


4. Makanan yang mempunyai vitamin D 
Vitamin D boleh didapati daripada kacang soya, badam atau susu. Makanan ini mempunyai kandungan Vitamin D yang tinggi. 

5. Bijirin
Bijirin kaya dengan serat. Penyelidikan membuktikan bahawa dengan mengambil 10 gram bijirini sehari dapat mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 7 peratus.

Tuesday 22 October 2013

Hotel Berbentuk Bulatan di China

Sheraton Huzhou Hot Springs Resort ialah sebuah hotel yang dibina di tepi Tasik Taihu Huzhou. Bangunan hotel ini berbentuk ladam dan anda boleh belayar menerusinya. Terdapat 282 bilik di dalam bangunan 27 tingkat ini. Selain itu terdapat juga 37 villa eksklusif lengkap dengan kolam air panas tersendiri. China nampaknya semakin dipenuhi bangunan yang mempunyai rekaan yang unik. 
Laporan asal Dezeen

Monday 21 October 2013

Bubur Warisan Memukau Selera

Foto
Mungkin tidak banyak restoran di Malaysia ini yang menampilkan menu bubur sebagai menu utama di restoran, namun di Restoran Thumb's Café, juadah kanji atau bubur merupakan juadah utama.

Terletak di tengah-tengah bandaraya Ipoh, restoran yang menggunakan konsep moden klasik ini masih mengekalkan resipi warisan sejak 1987 dan hanya beras yang terpilih sambil diserikan dengan pelbagai ramuan 'rahsia' pastinya akan memukau penggemar makanan ini. 
Foto

Menurut pemilik restoran ini, Elias Yahaya atau lebih gemar dipanggil Pak Tam berkata, ramuan seperti ayam, udang, daging serta pemilihan beras yang sesuai menjadikan bubur lebih istimewa. 

Disajikan bersama telur masin, ikan bilis dan kicap cili padi, pastinya akan membuka menambah selera dalam setiap hirupan. 

Selain bubur, Thumb's Café juga mempelbagaikan menunya dengan mengetengahkan menu barat seperti bebola daging, chicken chop dan beberapa menu yang digemari golongan muda. 

Tambah Pak Tam lagi, bebola dagingnya juga merupakan salah satu juadah kegemaran ramai kerana hidangan tersebut disuntik sedikit elemen tradisional dalam penghasilan sos dan bebola daging. 

Malah ada juga pelanggan yang mengatakan bebola daging Pak Tam setanding dengan bebola daging yang popular di gedung perabot di Petaling Jaya, Selangor. 

Jadi, kepada anda yang singgah ke Ipoh jangan lepaskan peluang untuk mencuba makanan di restoran Pak Tam yang pastinya tidak akan mengecewakan anda.

Friday 18 October 2013

Jagung Berwarna-Warni Dapat Sambutan

Jika sebelum ini kita hanya tahu jagung biasanya berwarna kuning namun jangan terkejut jika anda melihat jagung yang berwarna-warni. 

Sekali imbas jagung ini pasti kelihatan seperti mainan atau palsu namun hakikatnya jagung ini sebenarnya adalah asli dan ia yang dipanggil "Gem Class" dan berasal daripada Oklahoma Amerika Syarikat. 
Jagung berwarna warni ini telah dihasilkan oleh seorang petani yang dikenali sebagai Carl Barnes yang telah membuat kajian selepas penyelidikan selama beberapa tahun. 

Jagung unik ini dikatakan terjadi terjadi selepas Carl menyedari yang setiap jagung itu mempunyai biji yang berlainan warna dan kemudian bertindak mencantumkan benihnya sehingga menghasilkan tongkol jagung yang mempunyai pelbagai warna yang menarik. 
Benih jagung tersebut telah pun dijual di laman web dan dilaporkan kerap kehabisan stok bahkan setiap paket mendapat sambutan yang memberangsangkan dan boleh dibeli dengan harga RM25.47 sahaja.

Monday 14 October 2013

Selamat Hari Raya Adil Adha 1434 Hijrah

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. 
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Tips Kecantikan Menggunakan Uncang Teh

Tidak perlu wang yang banyak untuk kelihatan cergas dan cantik lagi sebaliknya anda hanya memerlukan uncang teh. Di sini, kami kongsi 3 tip kecantikan yang sangat senang dilakukan oleh anda dengan hanya menggunakan uncang teh. 

1. Spa wap teh Bawa kemewahan spa ke rumah anda dengan spa wap teh buatan sendiri. Hanya didihkan beberapa cawan air dan tuangkannya ke dalam satu mangkuk yang besar. Kemudian, letakkan satu atau dua uncang teh. Anda disyorkan untuk menggunakan teh hijau kerana lebih berkesan untuk antioksidan dan baunya yang memenenangkan. Selubungkan kepala anda dengan tuala dan dedahkan muka anda pada mangkuk tersebut selama 5 hingga 10 minit. Proses ini akan membuka liang roma anda secara semula jadi dan menganjalkannya. 


2. Surutkan mata bengkak Bancung dua uncang teh, kemudian perah keluar sedikit air daripadanya dan biarkan sejuk selama beberapa saat. Selepas itu, anda perlu baring di atas permukaan yang rata dan letakkan uncang teh pada kedua-dua mata dan tekan secara perlahan-lahan. Biarkan uncang teh pada mata selama 15 hingga 20 minit. Hasilnya, mata anda akan kelihatan lebih bertenaga dan tidak bengkak! Ini kerana asid 'tannic' dalam teh membantu mengecut mana-mana bengkak atau keradangan di kawasan mata. 


3. Betulkan kuku yang patah Satu uncang teh mampu menyelesaikan masalah kuku patah! Potong sebahagian kecil uncang teh anda dan keluarkan serbuk di dalamnyan. Kemudian, lekatkan potongan uncang teh yang kecil tadi pada kuku anda yang patah dan sapukan gam padanya. Proses ini biasanya mengambil masa antara 5 hingga 15 minit, jadi anda tidak perlu tergesa-gesa. Selepas kering, anda bolehlah gunakan pengilat atau pewarna kuku untuk mencantikkan kuku anda seperti biasa.

Saturday 12 October 2013

Gelagat Beruang Yang Seakan Manusia

Seorang jurugambar meletakkan barang manusia di hutan berdekatan dengan sekeluarga beruang. Beruang itu mengambil kesempatan ini dan menggunakan semua barang itu seperti manusia. 

sumber : penpatah.blogspot

Friday 11 October 2013

Masa Yang Terbaik Untuk Anda Bersenam

Apakah masa yang terbaik untuk anda bersenam? Memandangkan betapa sibuknya kehidupan zaman sekarang, ia adalah masuk akal untuk meluangkan beberapa minit untuk bersenam. 

Di sini, kami berikan anda tip-tip yang boleh membantu anda mencari masa yang terbaik untuk jadual bersenam anda berdasarkan target yang ingin dicapai. 
Jika anda mempunyai mesyuarat tegang yang telah dirancang. Bersenam sebelum itu.Tiga puluh minit senaman berintensiti sederhana boleh mengurangkan tindak balas fisiologi badan terhadap tekanan dengan meningkatkan neurotransmitter baik seperti dopamin. Selain itu, ia juga menggalakkan otak anda untuk mematikan tindak balas tekanan ini. Anda akan merasakan kesan kira-kira 15 minit selepas anda selesai bersenam. 
Jika anda mempunyai masalah tidur. Bersenam dengan betul sebelum tidur. Anda mungkin pernah mendengar bahawa bersenam sebelum tidur menjadikan seseorang lebih sukar untuk tidur. Namun begitu, menurut satu kajian baru-baru ini, orang yang bersenam pada bila-bila masa, tidak kira siang atau malam akan mendapat tidur lebih nyenyak. Jika tidur anda tidak lena, aktiviti yoga yang ringkas adalah yang terbaik serta lebih selamat daripada pil tidur. 

Jika anda mahu mengelakkan kecederaan. Lakukan senaman pada awal petang. Senang untuk kejang otot atau terseliuh buku lali? Tunggulah sehingga selepas kerja untuk bersenam. Pada awal pagi, suhu badan semula jadi anda adalah rendah, jadi anda mungkin terdedah kepada tekanan dan kecederaan jika bersenam pada waktu tersebut. Untuk mengelakkan kecederaan, bersenamlah dalam lingkungan masa 4 – 8 petang. 



Jika anda mahu untuk mengurangkan berat. Bersenam sebelum sarapan pagi.Memaksimumkan potensi pembakaran kalori badan anda dengan pergi ke gimnasium pada waktu pagi. Orang yang berlari di atas 'treadmill' sebelum sarapan, pembakaran lemak berlaku kira-kira 20 peratus lebih banyak berbanding dengan orang yang bersarapan terlebih dahulu. 


Jika anda mahu mengelakkan serangan alahan. Bersenam di waktu malam. Alahan biasanya disebabkan oleh debunga yang banyak ada pada waktu 4–10 pagi. Ini bermakna jika anda fikir bersenam pada waktu pagi di luar akan membekalkan anda tenaga, fikirkan semula sekiranya anda seorang yang mudah jatuh sakit. Ia akan membuatkan anda pening dan terdedah kepada gejala-gejala alahan sepanjang hari.

Thursday 10 October 2013

4 Kombo Makanan Yang Sangat Berkhasiat Untuk Tubuh Badan

Adakah anda tahu bahawa apabila anda menggabungkan dua makanan yang sihat bersama-sama, khasiat mereka lebih banyak berbanding makan satu jenis sahaja? Terdapat penemuan baru dan menarik tentang bagaimana kombinasi makanan tertentu sebenarnya boleh melambatkan penuaan dengan mengurangkan keradangan sel serta membolehkan anda untuk kelihatan baik dan sihat berbanding sebelumnya. Di sini, kami senaraikan 4 gabungan makanan yang dipercayai baik untuk kesihatan anda dan melambatkan penuaan. 
 
1. Limau gedang + Avokado = Cegah kerosakan sel-sel dalam badan
Limu gedang mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Ianya kaya dengan 'lycopene', sejenis antioksidan yang telah terbukti dapat mengurangkan keradangan dan mencegah kerosakan sel. Tetapi apabila anda menggabungkan lima gedang bersama avokado, lemak sihat yang terkandung dalam avokado boleh membantu dalam meningkatkan penyerapan 'lycopene', menjadikannya lebih lebih efisien untuk digunakan untuk badan. 

Cubalah gabungkan limau gedang dan avokado 1 atau 2 kali seminggu. Anda boleh mencampurkan mereka ke dalam makanan anda atau jadikan mereka sebagai salad. 



  
2. Kubis 'Brussels' + Minyak zaitun = Baik untuk melindungi mata 
'Lutein' yang terdapat dalam kubis 'Brussels' berupaya untuk mengurangkan risiko katarak dan penglihatan kabur yang berkaitan dengan usia. Sudah semestinya, ia adalah salah satu daripada nutrien yang paling bermanfaat untuk penglihatan anda. Bahkan, apabila anda tambahkan minyak zaitun bersama kubis 'Brussels', lemak minyak yang sihat tersebut akan meningkatkan jumlah 'Lutein' yang mana boleh disimpan oleh badan anda untuk kesihatan yang baik. 


Salah satu cara yang lazat untuk makan kombo ini ialah gunakan beras perang yang boleh dimasak menggunakan gelombang ketuhar dan kukus kubis 'Brussels' bersama minyak zaitun dengan daging ayam belanda. Ianya sangat lazat! 

 
3. Epal + Coklat Gelap = Cegah penyakit jantung 
'Quercetin' yang terkandung dalam buah epal dan kulitnya sangat bagus untuk anti keradangan. Selain itu, anda boleh meningkatkan khasiatnya dengan menggabungkan epal bersama coklat gelap yang kaya dengan 'flavonoid'. Kajian menunjukkan bahawa apabila anda makan gabungan ini bersama-sama, kedua-dua makanan yang sarat dengan antioksidan ini boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan bantu mencegah pembekuan darah. 

Untuk pencuci mulut yang lazat, potong buah epal dalam hirisan yang nipis dan campurkannya bersama coklat gelap yang cair serta kacang yang telah cincang, kemudian simpan di dalam peti sejuk. Jangan risau, pencuci mulut ini boleh dinikmati setiap hari! 
 
4. Teh hijau + Lemon = Buatkan kulit tampak lebih muda
Seperti yang anda tahu, teh hijau sangat kaya dengan 'catechin', satu antioksidan yang sangat bagus. Dengan tambahan jus lemon, anda akan memaksimumkan kebolehan 'catechin' untuk menjaga kulit anda supaya kelihatan lebih muda. Vitamin C dalam jus lemon juga melambatkan pencernaan antioksidan yang terkandung dalam teh yang mana boleh digunakan oleh badan anda untuk masa yang lebih lama. Gabungan yang lazat ini boleh dinikmati setiap hari tanpa had.