Mungkin tidak banyak restoran di Malaysia ini yang menampilkan menu bubur sebagai menu utama di restoran, namun di Restoran Thumb's Café, juadah kanji atau bubur merupakan juadah utama.
Terletak di tengah-tengah bandaraya Ipoh, restoran yang menggunakan konsep moden klasik ini masih mengekalkan resipi warisan sejak 1987 dan hanya beras yang terpilih sambil diserikan dengan pelbagai ramuan 'rahsia' pastinya akan memukau penggemar makanan ini.

Menurut pemilik restoran ini, Elias Yahaya atau lebih gemar dipanggil Pak Tam berkata, ramuan seperti ayam, udang, daging serta pemilihan beras yang sesuai menjadikan bubur lebih istimewa.
Disajikan bersama telur masin, ikan bilis dan kicap cili padi, pastinya akan membuka menambah selera dalam setiap hirupan.
Selain bubur, Thumb's Café juga mempelbagaikan menunya dengan mengetengahkan menu barat seperti bebola daging, chicken chop dan beberapa menu yang digemari golongan muda.
Tambah Pak Tam lagi, bebola dagingnya juga merupakan salah satu juadah kegemaran ramai kerana hidangan tersebut disuntik sedikit elemen tradisional dalam penghasilan sos dan bebola daging.
Malah ada juga pelanggan yang mengatakan bebola daging Pak Tam setanding dengan bebola daging yang popular di gedung perabot di Petaling Jaya, Selangor.
Jadi, kepada anda yang singgah ke Ipoh jangan lepaskan peluang untuk mencuba makanan di restoran Pak Tam yang pastinya tidak akan mengecewakan anda.
No comments:
Post a Comment