Adakah anda tahu bahawa apabila anda menggabungkan dua makanan yang sihat bersama-sama, khasiat mereka lebih banyak berbanding makan satu jenis sahaja? Terdapat penemuan baru dan menarik tentang bagaimana kombinasi makanan tertentu sebenarnya boleh melambatkan penuaan dengan mengurangkan keradangan sel serta membolehkan anda untuk kelihatan baik dan sihat berbanding sebelumnya. Di sini, kami senaraikan 4 gabungan makanan yang dipercayai baik untuk kesihatan anda dan melambatkan penuaan.
1. Limau gedang + Avokado = Cegah kerosakan sel-sel dalam badan
Limu gedang mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Ianya kaya dengan 'lycopene', sejenis antioksidan yang telah terbukti dapat mengurangkan keradangan dan mencegah kerosakan sel. Tetapi apabila anda menggabungkan lima gedang bersama avokado, lemak sihat yang terkandung dalam avokado boleh membantu dalam meningkatkan penyerapan 'lycopene', menjadikannya lebih lebih efisien untuk digunakan untuk badan.
Cubalah gabungkan limau gedang dan avokado 1 atau 2 kali seminggu. Anda boleh mencampurkan mereka ke dalam makanan anda atau jadikan mereka sebagai salad.
2. Kubis 'Brussels' + Minyak zaitun = Baik untuk melindungi mata
'Lutein' yang terdapat dalam kubis 'Brussels' berupaya untuk mengurangkan risiko katarak dan penglihatan kabur yang berkaitan dengan usia. Sudah semestinya, ia adalah salah satu daripada nutrien yang paling bermanfaat untuk penglihatan anda. Bahkan, apabila anda tambahkan minyak zaitun bersama kubis 'Brussels', lemak minyak yang sihat tersebut akan meningkatkan jumlah 'Lutein' yang mana boleh disimpan oleh badan anda untuk kesihatan yang baik.
Salah satu cara yang lazat untuk makan kombo ini ialah gunakan beras perang yang boleh dimasak menggunakan gelombang ketuhar dan kukus kubis 'Brussels' bersama minyak zaitun dengan daging ayam belanda. Ianya sangat lazat!
3. Epal + Coklat Gelap = Cegah penyakit jantung
'Quercetin' yang terkandung dalam buah epal dan kulitnya sangat bagus untuk anti keradangan. Selain itu, anda boleh meningkatkan khasiatnya dengan menggabungkan epal bersama coklat gelap yang kaya dengan 'flavonoid'. Kajian menunjukkan bahawa apabila anda makan gabungan ini bersama-sama, kedua-dua makanan yang sarat dengan antioksidan ini boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan bantu mencegah pembekuan darah.
Untuk pencuci mulut yang lazat, potong buah epal dalam hirisan yang nipis dan campurkannya bersama coklat gelap yang cair serta kacang yang telah cincang, kemudian simpan di dalam peti sejuk. Jangan risau, pencuci mulut ini boleh dinikmati setiap hari!
4. Teh hijau + Lemon = Buatkan kulit tampak lebih muda
Seperti yang anda tahu, teh hijau sangat kaya dengan 'catechin', satu antioksidan yang sangat bagus. Dengan tambahan jus lemon, anda akan memaksimumkan kebolehan 'catechin' untuk menjaga kulit anda supaya kelihatan lebih muda. Vitamin C dalam jus lemon juga melambatkan pencernaan antioksidan yang terkandung dalam teh yang mana boleh digunakan oleh badan anda untuk masa yang lebih lama. Gabungan yang lazat ini boleh dinikmati setiap hari tanpa had.
No comments:
Post a Comment