10 Februari 2014 (Isnin), Ranau – Seorang pelancong wanita warga Jerman maut apabila terjatuh dari puncak Gunung Kinabalu, di sini, jam 6.30 pagi tadi. Mangsa bernama Victoria Paulsen berusia 22 tahun yang sedang menuntut di Universiti Xiamen, China kini dalam proses dibawa turun ke Timpohon.
Difahamkan, mangsa bersama beberapa rakannya dikatakan sedang menunggu matahari terbit di puncak Gunung Kinabalu dan dikatakan jatuh dari salah satu puncak di gunung itu yang dikenali sebagai 'Low Peak' pada ketinggian dianggarkan 30 meter. Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim mengesahkan kejadian itu dan usaha membawa mangsa turun sedang dijalankan.
Beliau berkata operasi mengeluarkan mayat dilakukan pihak Taman-Taman Sabah sebaik laporan diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau pada kira-kira pukul 7 pagi.
"Mayat mangsa berjaya dibawa keluar pada jam 6 petang dan kini ditempatkan di rumah mayat di Hospital Ranau sementara menunggu post mortem," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. Abdul Rahman berkata pihaknya akan berhubung dengan pihak kedutaan Jerman untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Seksyen Perlindungan dan Penguatkuasaan Taman-Taman Sabah Thomas Yussop berkata mangsa dipercayai berada di luar kawasan garisan selamat untuk mengambil gambar matahari terbit dan tergelincir jatuh ke dalam gaung yang berbatu. "Mangsa dipercayai mengalami kecederaan teruk di kepala dan kaki dan punca kejadian sebenar masih disiasat, " katanya.
Nota : Saya telah mendaki gunung Kinabalu sebanyak 2 kali. Puncak Gunung Kinabalu amat merbahaya kerana keadaan puncaknya yang agak kecil dan sempit. Selalunya pada waktu pagi antara jam 5.00 pagi hingga 6.30 pagi, sudah ramai pendaki yang sampai dan bersesak-sesak di puncak tersebut untuk melihat matahari terbit dan bergambar kenangan.
Hanya terdapat tali dari wayar besi yang dijadikan pagar dan menjadi penghalang antara puncak gunung dengan gaung ditepinya yang tinggi dan pastinya jika terjatuh dari gaung tersebut, pendaki akan jatuh dari tempat tinggi (lebih kurang 35 meter atau 115 kaki atau lebih kurang 4 tingkat bangunan) terus ke atas batu. Jadi nasihat saya, semasa berada di puncak gunung KInabalu, jangan keluar dari kawasan pagar keselamatan tersebut dan jangan terlalu ghairah untuk bergambar di tempat-tempat bahaya seperti di kawasan cerun di puncak bagi mengelakkan kemalangan. iKUT ARAHAN DARI GUIDE SENTIASA...
Ini adalah puncak gunung Kinabalu yang dikenali sebagai Low Peak. Puncaknya kecil dan agak sempit untuk memuatkan ramai pendaki dalam satu masa
Pendakian terakhir sebelum sampai ke puncak Gunung Kinabalu. Kena berhati-hati kerana treknya yang berbatu dan ramai pendaki yang turun dan naik
Inilah keadaan di puncak Gunung KInabalu. Terdapat papan tanda dan dibelakang papan tanda tersebut adalah gaung yang sangat tinggi dan dalam. Hanya terdapat wayar yang dijadikan sebagai pagar pemisah antara puncak dengan gaung tersebut. Betul-betul bahaya dan anda harus sentiasa berhati-hati kerana jika anda tergelincir, anda akan jatuh dari puncak terus ke dalam gaung yang berbatu dan tinggi. Harapan untuk hidup agak tipis kerana gaungnya yang agak tinggi dan dalam serta berbatu. Kena betul-betul be careful (KENA SENTIASA JAGA KESELAMATAN) masa kat puncak Gunung Kinabalu tu dan JANGAN KELUAR DARI KAWASAN PAGAR TERSEBUT.
takut plak rasa.. nak naik bulan 6 ni insyaallah.. thanks for sharing the info :)
ReplyDeleteCici, kalau semua aspek keselamatan diutamakan dan sentiasa mematuhi arahan jurupandu (GUIDE), insyaallah semuanya akan selamat...
ReplyDeleteInsyaallah.. ikut cakap guide.. sebab dia kan lebih tau selok belok.. and always safety first! :)
ReplyDeleteOk cici...itu yang terbaik...selamat mendaki Gunung Kinabalu, Sabah...all the best kay...
ReplyDeletehehehe.. lambat lagi bulan 6.. bulan 4 ni nak gi Indonesia dulu, gunung kerinci..mudah mudahan selamat semuanya.. thank you :)
ReplyDeleteOk cici...happy hiking...apa-apa pun safety 1st kay....tq
ReplyDeletewahhh thanks uncle poknik terus komen blog wak yee., ehHHeee
ReplyDeletein sha Allah dan timekaseh diatas nasehat dan amaran yg diberikan.. aminn
ok wak...all the best kay...apa2 pun safety 1st kay....tq
ReplyDelete