View My Stats

Wednesday, 26 March 2014

Jalan-Jalan Ke Ho Chi Minh Backpacker Hari Ketiga

Hari Ketiga - 22.3.2014 (Sabtu - Hari Terakhir)

Kami bersarapan pagi di Warung 1Malaysia kerana senang dan berdekatan dengan hotel. Sebenarnya banyak lagi restoran makanan halal yang berada disekitar Ben Thanh Market tetapi saya tak sempat nak explore. Masuk saja dalam restoran tersebut sudah ramai rakyat Malaysia yang sedang bersarapan pagi. Baru kami ingat, sekarangkan cuti sekolah kat Malaysia baru bermula, so dari hari semalam (Jumaat) ramai rakyat negara kita datang bercuti di HCM. Kami bersarapan 3 keping roti canai dan 2 gelas teh tarik. Sedap juga roti canai dicicah dengan kuah kari ayam. Harga sarapan pagi kami ialah sebanyak 190,000VD (190,000 bahagi 6,100 = lebih kurang RM31.00). Huhu mahal juga yer harga sarapan pagi kami...

Kami kena check out dari hotel pada jam 12.00 tengahari kerana tempahan hotel sepanjang minggu tersebut telah penuh. Menurut pekerja hotel itu, tempahan yang penuh itu datangnya dari rakyat Malaysia yang datang bercuti sempena dengan cuti sekolah. Memandangkan flight kami jam 8.15 malam, pihak hotel telah menyediakan perkhidmatan untuk menyimpan barang kami sebelum kami pergi ke Airport. Untuk mengelakkan lebihan bagasi, pihak hotel ada menyedakan penimbang untuk kita timbang bagasi, takut terlebih berat nanti masa nak check in.... 

Selepas check out kami makan tengahari di restoran kampung melayu sekali lagi. Kali ini order nasi goreng 2 bersama dengan 1 teh tarik. Sedap juga nasi goreng dia. Ramai juga rakyat negara kita yang sedang menikmati makan tengahari di restoran ini. Harga bagi makan tengahari kami ialah sebanyak 292,000VD (292,000VD bahagi 6,100 = lebih kurang RM48.00)

Selepas makan tengahari kami pergi jalan-jalan ke Pasar Ben Thanh lagi. Huhuhu ramainya rakyat negara kita sedang membeli belah, terasa macam shopping kat Malaysia la pulak. 

Jam 5.00 petang, kami bergerak ke lapangan terbang antarabangsa Tan Son Nhat dengan menaiki teksi Vinasun di depan hotel kami. Tambang teksi dari hotel ke lapangan terbang itu adalah sebanyak 135,000VD dan menggunakan meter.(135,000VD bahagi 6,100 = lebih kurang RM22.00). Kami sampai di airport pada jam 5.40 petang.

Kaunter Airasia dibuka untuk check in pada jam 6.15 petang iaitu 2 jam dari masa penerbangan. Selepas check in kami pun melalui pemeriksaan imigresen dan keselamatan airport Vietnam untuk masuk ke balai berlepas. Flight kami  AK1455 akan berlepas pada jam 8.15 malam. Alhamdulilah, kami selamat tiba di LCCT, Sepang pada jam 11.00 malam waktu Malaysia.

Terasa satu kepuasan dapat datang lagi ke HCM walaupun dengan masa yang agak singkat, lebiih-lebih lagi datang sendiri. Nanti lain kali datang boleh la bawa kawan-kawan saya untuk bercuti dan shopping di HCM. Insyaallah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, saya pasti akan datang lagi ke HCM...Sekian...

8 comments:

  1. wah best nye gi jln2... paling suka tengok produk Malaysia di negara luar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ury, saya pun bangga sebab banyak owner restoran halal di Ho Chi Minh adalah rakyat Malaysia....

      Delete
  2. Maaf tanya...pakaian yg ditempah berapa hari siap....tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan Aizita, hari tu saya tempah 1 baju melayu, wife saya tempah 2 baju kurung dan 2 jubah, boleh siap dalam masa 2 hari...boleh bincang dengan tokey kedai tu bila boleh siap tempahan...sebolehnya mereka akan siapkan mengikut tempoh yang ditetapkan..nanti dalam resit suruh dia tulis bila tempahan tu boleh disiapkan..kualiti agak baik dan memuaskan dengan harga yang amat berpatutan

      Delete
  3. Hi En Pok Nik,

    Saya nak bertanya berkenaan tempah baju raya di Ben thanh market tu, boleh suggest kan kedai mana encik buat tempahan. Saya dan rakan saya akan ke saigon 26hb June 2014 ni.

    Tertarik baca blog encik pasal saigon, saya dan rakan ingin mencuba apa yang dah encik lalui melalui penulisan encik dalam blog ni.

    Terima kasih atas sharing yg berguna dan lengkap. And saya nak tanya betul tak masa dah sampai ke airport utk depart balik malaysia taxi akan minta airport gate fee? Saya ada terbaca kat tripadvisor berkenaan airport gate fee ni dan mereka menyarankan utk tidak membayar extra kepada taxi sebabkan air tickets suda termasuk charge airport fee. Bagaimana pula pengalaman encik?

    Hope to hear from you soon.

    Terima Kasih
    sabrina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan Sabrina, tq coz baca blog saya..just untuk perkongsian dengan semua...

      Sebenarnya banyak kedai kat dalam Ben Thanh Market yang menyediakan perkhidmatan tempahan baju..so puan boleh pergi dari kedai ke kedai dan bertanya tentang tempahan tu...saya dah tak ingat kedai mana yang saya tempah but keseluruahannya lebih kurang sama sahaja harga dia dan banyak kedai yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

      Betul, taxi Vinasun yang saya naik hari itu ada mengenakan Airport Gate Fee ialah sebanyak 10,00VD (lebih kurang RM1.60 sahaja) semasa saya baru sampai dan semasa nak balik ke Malaysia. But saya bayar 10,000VD coz perkhimatan teksi tu baik dan memuaskan...

      Dont worry, kalau pergi ke Vietnam akan ada ramai rakyat Malaysia, so nanti kat sana boleh la tanya orang kita tempat tempahan baju yang baik dan elok kay...

      Selamat bercuti ke Vietnam.....kalau nak tanya apa2 boleh msg atau whatapss saya 013-3086256, mana yang bole saya bantu, saya akan bantu,,,,tq

      Delete
  4. ni backpacker org kaya namaya

    ReplyDelete