Hari Keempat, hari terakhir di Bandung - 1.3.2014 (Sabtu)
Hari terakhir, setelah bangun, sembahyang, kemas diri dan sarapan di hotel, kami check out hotel pada jam 9.00 pagi. Selepas itu Pak Teddy datang jemput kami untuk hantar kami ke Airport Bandung untuk bertolak balik ke Kuala Lumpur. Sampai saja di Airport, kami melalui pemeriksaan sebelum dibenarkan masuk ke dalam airport untuk check in. Selesai pemeriksaan kami pun check in di kaunter Airasia. Flight kami QZ179 dan akan berlepas ke LCCT pada jam 11.30 pagi waktu Bandung. Selepas check in, semua penumpang dikehendaki membayar cukai sebanyak 75,000 rupiah seorang (lebih kurang RM22.00) di kaunter yang telah disediakan sebelum dibenarkan masuk ke balai berlepas.
Lapangan terbang Bandara Hussein Sastranegara Bandung adalah milik tentera udara Indonesia. Lapangan terbang ini merupakan pintu masuk dan keluar untuk penerbangan dari dalam dan dari luar Indonesia yang hendak ke Bandung. Yang pasti bila dah sampai airport untuk balik ke Malaysia, orang kitalah yang paling ramai kat airport tu dengan beg yang penuh berisi dengan barang yang dibeli di Bandung.....huhu orang kita memang suka membeli belah. Menurut Pak Teddy kedatangan pelancong terutamanya dari Malaysia telah memberi rezeki kepada penduduk Bandung dengan menawarkan perkhidmatan perlancongan.
Gambar dibawah ialah kaunter tempat bayar cukai passenger service charge (PSC). Kaunter ini terdapat di dalam lapangan terbang Bandung. Kena check ini dulu lepas tu baru bayar cukai. Pelekat akan diletakkan pada boarding pass yang mengatakan kita dah bayar cukai tersebut iaitu sebanyak 75,000 rupiah atau RM22.00. Selepas membayar cukai tersebut baru kita dibenarkan masuk ke balai berlepas.
Flight kami QZ179 telah dipanggil untuk masuk ke balai berlepas. Selepas pemeriksaan Imigresen Indonesia, kami semua masuk ke balai berlepas. Balai belepas tidaklah besar sangat dan cukup-cukup untuk menampung penumpang sesuatu penerbangan. Penerbangan kami jam 11.30 pagi waktu Bandung (12.30 t.hari waktu Malaysia). Kami selamat mendapat di LCCT Sepang pada jam 2.30 petang waktu Malaysia.
Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat yang menarik di Bandung yang masih belum saya lawati seperti Tangkuban Perahu, Trans Studio Bandung dan lain-lain kerana kesuntukan masa. Insyaallah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, kota Bandung pasti saya akan jejaki lagi suatu hari nanti....
No comments:
Post a Comment