View My Stats

Monday, 3 March 2014

Jalan-Jalan ke Bandung - Hari Pertama

Hari Pertama - 26.2.2014 (Rabu) 

Sebenarnya dah lama saya merancang untuk ke Bandung, Indonesia setelah tertangguh banyak kali. Kebetulan Airasia ada membuat promosi Free Seat, so tiket dah booking lebih kurang 8 bulan yang lalu. Dapat harga tiket flight agak murah iaitu RM160.00 pergi dan balik untuk seorang. Saya pergi dengan mantan bos saya bersama keluarganya ( 5 orang peserta). Bekas bos saya ini sering datang ke Bandung.

Sebelum pergi saya dah tukar siap-siap duit RM ke duit Rupiah untuk berbelanja di sana. Semasa saya tukar 1 juta rupiah bersamaan dengan RM287.00. Jadi sifir mudah saya untuk convert duit nanti ialah 1,000,000 rupiah bahagi dengan RM287.00 = 3,484. So saya tukar dalam RM2,500.00 dan dapat lebih kurang 8,710,000.00 rupiah (Lapan juta tujuh ratus sepuluh ribu rupiah), dapat jugak jadi jutawan jap.....

Fligt saya QZ178 berlepas jam 3.00 petang dari LCCT, Sepang.  Semasa dalam kapal terbang, kabin krew akan mengedarkan borang kepada para penumpang iaitu borang ketibaan dan borang ikrar kastam negara Indonesia. Borang ini hendaklah diisi oleh penumpang yang ingin memasuki negara Indonesia dan menyerahkan borang tersebut bersama pasport semasa pemeriksaan Imigresen Indonesia di Lapangan terbang Bandung nanti. So kena ready pen untuk isi borang tu kay. Semasa dalam flight saya ada membuat tempahan makanan secara online iaitu nasi minyak Palembang. Best jugak nasi dia tu...Semasa dalam flight juga pengumuman tentang aspek keselamatan dibuat dalam bahasa Indonesia...hehe kencangkan sabuk pengaman anda atau maksudnya ketatkan tali keledar anda....

Kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Bandara Husein Sastranegara, Bandung pada jam 5.00 petang waktu Malaysia dan jam 4.00 petang waktu Indonesia (kira-kira 2 jam penerbangan dari LCCT ke Bandung, waktu Indonesia lewat 1 jam dari waktu Malaysia). Sampai saja di Bandung, kami telah disambut oleh Pak Teddy iaitu supir kami sepanjang berada di Bandung. Kami menggunakan perkhidmatan Pak Teddy bersama kenderaan untuk tujuan pengangkutan. Pak Teddy seorang yang peramah dan sering bercerita tentang perlancongan yang terdapat di Bandung. Kami membayar sebanyak 1.6 juta Rupiah (1.6 juta IR bahagi 3,484 = lebih kurang  RM460.00) untuk pengangkutan dan supir Pak Teddy selama 4 hari 3 malam semasa di sana, kira ok la tu..


Untuk memudahkan perhubungan di Indonesia, kami membeli Sim Kad yang dinamakan SIMPATI yang berharga RM10.00 (bayar dengan duit RM) dengan peniaga di luar lapangan terbang Bandung. Masuk saja Sim Kad dalam HP kita, so kita dapat contact terutamanya dengan supir bagi memudahkan urusan di Bandung. Kredit yang tersedia dalam sim kad tersebut ialah 30,000 rupiah iaitu lebih kurang RM10.00


Keluar aje dari lapangan terbang Bandung, kami terus ke jalan Riau. Disana terdapat banyak Factory Outlet yang menjual barang seperti pakaian, jeans, kasut, tali pinggang kulit dan lain-lain dengan harga yang berpatutan. 

Selepas itu kami membeli perfume yang terhasil dari campuran pati dan bahan kimia. Pelbagai wangian dan jenama yang terkenal seperti Dunhill, Hugo Boss, Chanel, dan lain-lain yang terdapat disitu dan apa lagi kami pun membeli lebih kurang 4 botol seorang. Ketahahan bau perfume ini adalah selama 5 hingga 7 jam. Harga perfume tu dalam 50,000 rupiah iaitu lebih kurang RM14.00 untuk 100ml.

Selesai membeli-belah kami pun singgah makan di warung yang terdapat di tepi jalan Riau. Kami semua sepakat untuk memesan Nasi Bakar Riau. Nasi dibungkus di dalam daun pisang dan dibakar hingga masak kemudian dihidangkan bersama ayam goreng yang panas dan ulam-ulaman. Berselera betul kami makan...sedap juga nasi tu. Harga nasi tersebut ialah 25,000 rupiah (RM7.00) dan teh panas ialah 7,000 rupiah (RM2.00). 

Selesai makan, jam menunjukkan pulul 8 malam waktu Bandung. Kami pun menuju ke hotel Amaris Cihampelas, Bandung. Hotel ini telah ditempah melalui Agoda.com iaitu RM110.00 untuk 1 malam termasuk sarapan pagi. Bilik hotelnya agak sederhana besar tetapi kira selesa berehat dan tidur. Plat elektrik untuk charge HP agak berlainan dengan plat yang terdapat di Malaysia, so dinasihatkan untuk membawa traveller adapter yang boleh dibeli di pusat membeli belah atau di kedai hardware di Malaysia. Lepas saja masuk bilik kami pun tidur kerana keletihan mengharungi jadual padat di Bandung ini. Tamat program pada hari pertama.

4 comments:

  1. salam, boleh tak saya minta no telefon pak teddy? Saya bercadang ke bandung bulan ini . Pls email dekat adrianasofiia13@gmail.com . Saya sangat perlukan supir itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, puan ini no HP pad Teddy, puan boleh msg dia dan bagitau Bapak Nik dari KL yang bagi no HP nie

      No HP Pak Teddy (+6281322308845) selamat bercuti ke Bandung

      Delete