Hari Pertama - 24.9.2013 (Khamis)
24.10.2013 (Khamis), jam 2.00
petang, semua peserta mula bergerak ke KLIA Sepang dengan menaiki kenderaan
jabatan dari Ibu Pejabat AADK. Keperluan peralatan dan barang-barang untuk
tujuan pendakian tersebut telah dibeli dari awal lagi.
Sampai di KLIA pada jam
3.15 petang, kami semua terus sahaja check in. Kebetulan semasa membuat tempahan pendakian dengan Kinabalu Park, Syarikat penerbangan MALINDO Air ada membuat tambang promosi untuk penerbangan ke Sabah. Tambang purata yang kami dapat ialah RM166.00 untuk pengi balik KL-KK-KL bagi seorang peserta bersama dengan bagasi sebanyak 20 kg.
Selepas selesai urusan check in, kami semua masuk ke balai berlepas iaitu pintu A8. Sempat juga semua peserta bergambar kenangan sebelum menaiki kapal terbang MALINDO Air. Penerbangan kami jam 5.00 petang dan akan menaiki pesawat OD1028.
Ini merupakan kali pertama semua peserta menaiki penerbangan MALINDO Air iaitu salah satu lagi syarikat penerbangan tambang murah. Agak kagum juga melihat kecanggihan didalam pesawat ini. Penumpang dapat menonton filem yang terdapat di hadapan kerusi penumpang. Ruang kaki diantara kerusi penumpang juga agak luas dan akan merasa lebih keselesaan. Disamping itu penumpang juga diberikan makanan ringan secara percuma. MALINDO Air juga ada membuat jualan makanan dan minuman didalam pesawat.
Pesawat kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 7.30 malam iaitu kira-kira 2 jam 30 minit penerbangan dari KL ke KK. Kami telah disambut oleh pegawai dan kakitangan AADK Negeri Sabah yang telah siap sedia menunggu ketibaan kami.
Seterusnya kami bertolak ke penginapan di Papar, Sabah iaitu kira-kira 1 jam pemanduan dari Kota Kinabalu. Sebelum ke penginapan, kami semua berhenti makan di restoran Selera Kita yang terdapat di pekan Papar pada jam 9.00 malam.
Selepas makan, kami menumpang tidur di rumah pemandu AADK Negeri Sabah iaitu En. Fauzi di kampung Bennoni, Papar, Sabah. Semua peserta tidur dengan nyenyak untuk meneruskan program pada esok hari. Tamat aktiviti pada hari pertama.
hi..
ReplyDeleteade x total budget utk ini?
Kemey...untuk daki gunung kinabalu, ada syarikat yang buat full pakej harga dia dalam RM850.00 seorang, campur tiket kapal terbang anggaran RM300.00 so lebih kurang RM1,150.00...boleh ke blog kawan saya yang selalu bawa orang daki gunung kinabalu di
ReplyDeletehttp://hamydy.wordpress.com/