View My Stats

Wednesday, 13 November 2013

Sabah - Negeri Dibawah Bayu - Hari Kelima (Terakhir)

28.10.2013 (Isnin) - Hari kelima program (Hari terakhir)
Alhamdulillah akhirnya program pendakian Gunung Kinabalu, Sabah yang telah lama dirancang berjaya jua dilaksanakan. So pada hari terakhir ini lebih kepada aktiviti santai dan membeli sedikit cenderahati untuk dibawa balik ke Semenanjung.

Jam 6.00 pagi, semua peserta sudah bangun untuk sembahyang, kemas diri dan sarapan pagi. Tidak sah kalau kedatangan ke Sabah tidak pergi ke pasar Filipina. Apa lagi, banyak juga barang yang dibeli seperti rantai mutiara, brouch, key chain, t-shirt gunung Kinabalu dan lain-lain. Ada juga peserta yang membeli kuih cincin, apalam, ikan kering dan juga ikan bilis untuk dibawa balik.


Ada juga yang mengambil kesempatan untuk pergi ke Pulau Manukan untuk berehat dan beriadah. Perjalanan dengan menaiki bot dari Jeti Kota Kinabalu hanya mengambil masa 30 minit untuk ke pulau ini. Tambang bot ialah RM23.00 untuk pergi dan balik. Kebetulan cuaca agak baik pada hari tersebut. Aktiviti yang paling best di pulau ini ialah snorkelling. Batu karangnya begitu cantik dan ikan-ikan yang berwarna-warni semasa kita membuat snorkelling. Betapa indahnya ciptaan Yang Maga Esa.

Setelah membeli belah dan program bersantai-santai, jam 6.00 petang, semua peserta sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk penerbangan pulang dengan pesawat Malindo Air OD1027. Setelah bersalam dengan pegawai dan kakitangan AADK Negeri Sabah, semua peserta check in bagi urusan penerbangan pulang. Flight kami berlepas pada jam 8.15 malam.

Setelah menempuh penerbangan selama 2 jam 30 minit, kami semua selamat tiba di KLIA pada jam 11.00 malam. Kami telah dijemput oleh pemandu jabatan dan akhirnya pada jam 12.00 tengah malam kami semua selamat sampai di Ibu Pejabat AADK. 
Setelah bersalam-salaman antara satu sama lain sambil mengucapkan tahniah, kami pun bersurai dan balik ke rumah masing-masing dengan seribu satu kenangan indah. Maka dengan ini tamatlah program yang telah berjaya mengharumkan nama AADK di puncak Gunung Kinabalu, Sabah. Syabas kepada semua peserta kerana perjalanan beribu langkah itu bermula dengan langkah pertama. Tahun 2014 Gunung Santubong, Sarawak pula akan cuba ditakluk bagi melengkapkan puncak pendakian...tunggu...

No comments:

Post a Comment