View My Stats

Monday 5 August 2013

Negara Paling Aman Di Dunia...


Tentu anda tertanya-tanya, negara apakah di dunia ini yang paling kurang kadar jenayahnya di dalam dunia? Post kali ini akan memaparkan senarai 10 negara yang paling aman di dunia dengan kadar jenayah yang paling kurang dalam dunia.



10.  Sweden

Negara Sweden merupakan salah satu negara yang paling kurang kadar jenayah di dunia. Negara ini tidak pernah terlibat dalam berita-berita utama di dunia tentang mana-mana isu jenayah atau pengganas. Negara ini juga merupakan salah sebuah tempat pelancongan utama di dunia. Sweden mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik dengan pemandangan yang menarik dan indah. Anda pasti akan tertarik dengan kecantikan negara ini dalam pada itu negara ini selamat untuk diduduki.




9.  Finland

Finland merupakan sebuah pulau yang sejahtera dan selamat. Jika anda ingin melarikan diri daripada konflik dunia dan perkara-perkara jenayah anda pasti mahu datang melancong ke sini. Keindahan Finland terletak pada cuacanya yang bersalji. Finland bersalji selama lebih dari 6 bulan setiap tahun. Negara ini tidak pernah mengalami krisis ekonomi dan lebih suka tidak mengikut trend dunia.


8. Austria

Austria dihiasi dengan banyak landscape yang menarik serta gunung-ganang yang indah. Austria sesuai bagi pencinta alam yang ingin melancong sambil keselamatan mereka terjamin. Walaupun terletak di tengan Eropah, Austria menjalinkan hubungan yang baik dengan negara jirannya sambil mengekalkan kadar jenayah yang rendah. Terdapat sedikit berita tentang jenayah di negara ini. Negara ini turut terkenal dengan musik kerana penduduknya yang gemarkan muzik.


7. Australia

Ketika kebanyakkan negara dunia mengalami masalah ekonomi, Australia telah merancang pelan dan langkah-langkah untuk menjamin ekonomi negaranya kekal kukuh. Dengan ekonomi yang kukuh, pembangunan sentiasa berjalan rancak begitu juga dengan taraf kehidupan rakyat yang semakin baik. Oleh kerana itulah, Australia merupakan negara yang selamat di dunia.

6. Norway

Norway terkenal dengan keramahan penduduknya serta rekod jenayah yang hampir tiada di sini. Ianya merupakan antara negara yang terkaya dan berjaya namun menjadi negara yang paling selamat juga. Norway memberi kebebasan kepada penduduknya untuk menganut apa-apa agama dan budaya agar semua penduduk dan pelancong gembira.

5. Ireland

No. 12
Ireland merupakan salah sebuah negara yang paling selamat di Eropah. Negara ini depenuhi setiap massa dengan hiburan dan kegembiraan. Penduduk setempat sangat baik dan sangat mesra dengan setiap orang. Negara ini sesuai kepada mereka yang inginkan keseronokan dan jaminan keselamatan.


4. Denmark

Denmark mempuyai sejarah yang hitam dan merupakan negara yang bertanggungjawab ke atas perpecahan Eropah. Namun lihatlah hasilnya sekarang dimana Denmark merupakan negara yang ke-4 paling selamat di dunia. Denmark juga mempunyai kadar kemiskinan yang paling rendah di dunia. 


3. Tuvalu

Mungkin anda tidak pernah mendengar nama negara ini. Tuvalu juga dikenali dengan nama Ellice Islands. Ianya merupakan kombinasi 4 buah pulau iaitu Fiji, Samoa, Nauru dan Kiribat. Ianya terletak diantara Hawaii dan Australia. Negara ini paling aman kerana tiada sesiapa pernah mendengar berita buruk tentang nagara ini. Tuvulu kekal negara yang aman damai dalam apa jua keadaan.

2. New Zealand

Negara yang bergunung-ganang serta bukit-bukau yang menghijau dan glacier ais dapat disaksikan di sini. New Zealand dianggap syurga dunia dan menjadi negara yang paling kerap dikunjungi pelancong.

1. Iceland

Iceland mempunyai sejarah yang bersih dan aman sejak kemerdekaan. Iceland tidak mempunyai musuh yang tersembunyi ataupun nyata di seluruh dunia. Ekonomi yang stabil membuatkan penduduknya hidup dengan sejahtera dan menikmati segala kemudahan yang diidamkan. Iceland merupakan satu-satunya negara yang tiada rekod jenayah.

No comments:

Post a Comment