View My Stats

Monday 5 August 2013

Kesan Dan Bahaya Merokok...

Sempena bulan puasa yang mulia ini, marilah kita sama-sama berhenti tabiat menghisap rokok. Kalau kira boleh tahan tak hisap rokok selama 13 jam semasa berpuasa..inilah masa untuk kita perlahan-lahan berhenti dari tabiat merokok.
taknak
Berhenti merokok. Nampak mudah, tapi ternyata susah gila-gila punya. walaupun tahu merokok sangat membahayakan kesihatan. Sekali sekala apabila membaca tentang penyakit-penyakit yang boleh datang akibat merokok, takut jugak rasanya.
1. Merokok boleh menyebabkan mati pucuk
Ini kesan yang paling Abang Nara takuti. Iyerlah, rasanya semua orang tahu betapa pentingnya hubungan seksual antara suami dan isteri. Kalau dah mati pucuk, memang bukan sahaja boleh meruntuhkan rumah tangga, confidence sebagai seorang lelaki pun boleh hilang terus. Seram ~~~
2. Merokok boleh mengakibatkan serangan sakit jantung dan kerosakan otak
Yang ini pun seram jugak. Sekarang pun kadang-kadang Abang Nara dah terasa sakit dan berdenyut-denyut di bahagian dada. Yang tambah menakutkan ialah serangan sakit jantung ini boleh menyerang secara tiba-tiba. Itu belum kira sel-sel otak yang dah mati akibat merokok.
3. Merokok membahayakan orang tersayang dan anak dalam kandungan
Kesan asap rokok kepada orang di sekeliling terutamanya kepada ibu mengandung boleh membayakan kesihatan mereka.

taknak
Di Malaysia, merokok menyumbang lebih 10,000 kematian setiap tahun. Dan lebih daripada 100,000 rakyat Malaysia dimasukkan ke hospital akibat penyakit seperti kanser, sakit jantung dan strok yang berpunca daripada merokok
taknak
Bahaya/Sebab untuk Berhenti Merokok :
  • Rokok membunuh 5000 rakyat Malaysia setiap tahun. Satu dari dua perokok mati awaldisebabkan penyakit yang berhubung-kait dengan rokok.
  • Terdapat 40 penyakit disebabkan merokok. Kanser paru-paru,sakit jantung,kronik bronkitis, emfisema, strok dan ulser perut merupakan penyakit akibat merokok.
  • Perokok mudah dijangkiti virus flu, batuk dan jangkitan paru-paru dibandingkan dengan bukan perokok.
taknak
  • Merokok membahayakan kesihatan kanak-kanak. Anak-anak perokok tegar mudahdijangkiti saluran pernafasan, jangkitan telinga dan jangkitan paru-paru.
  • Anda merupakan contoh utama pembentukan anak-anak anda. Anak remaja anda mempunyai kecenderungan untuk merokok jika salah seorang adalah perokok.
  • Merokok menyebabkan gigi menjadi kusam dan kuning.
  • Akibat merokok anda mempunyai bau nafas yang kurang enak.
  • Orang yang merokok akan beruban cepat , kulit mudah berkedut dan kusam terutama di bahagian mata dan mulut.
  • Apabila anda merokok berhampiran dengan bukan perokok, anda menjadikan mereka ini penghisap asap rokok. Mereka dipanggil perokok pasif. Risiko perokok pasif untuk memperoleh penyakit berkait-rapat dengan rokok seperti penyakit kanser paru-paru dan sakit jantung adalah sama. Perokok pasif memudaratkan kanak-kanak.
  • Merokok mempengaruhi tahap kecerdasan anda. Anda mudah letih dan tidak berstamina apabila melakukan aktiviti seperti berlari, berjalan atau lain-lain.
  • Merokok menyebabkan baju dan rambut anda mempunyai bau yang kurang enak.
  • Pencemaran udara dapat dikurangkan jika anda tidak merokok.
  • Merokok menyebabkan kualiti sperma anda merosot seperti isi padu sperma, mobiliti dan struktur morfologi sperma.

Tips Cara Berhenti Merokok

  • Niat yang kuat dan motivasi yang sungguh-sungguh. Ini adalah faktor utama yang akan menentukan keberhasilan untuk berhenti merokok.

  • Jika anda sedang mencoba untuk berhenti merokok, jangan pernah terpengaruh dengan provokasi, rayuan, ajakan, tawaran untuk merokok dari orang lain. Jika hal ini terjadi ingatkan kembali kepada niat yang kuat dan motivasi yang  sungguh-sungguh jika anda saat ini sedang berjuang untuk berhenti merokok.

  • Ciptakan lingkungan yang kondusif untuk mendukung niat berhenti merokok.

  • Harus ada orang terdekat, misalnya istri, anak, orang tua dan lain-lain yang selalu memantau dan mengingatkan ketika keinginan merokok kambuh lagi.

  • Mumpung di bulan Ramadhan, mulai berhenti merokok di bulan puasa Insya Allah akan lebih mudah jika dibandingkan di hari biasa.

  • Ingatkan kembali akan bahaya merokok yaitu dapat menyebabkan kanker, serangan jantung, impotensi dan gangguan kehamilan dan janin dan masih banyak sekali ribuan kemungkinan akan terjangkitnya penyakit yang disebabkan akibat merokok yakni merokok hanya bisa dinikmati dalam beberapa menit saja, tetapi dampak yang ditimbulkannya bisa dalam jangka panjang dan dapat menyebabkan masalah kesehatan yang serius sepanjang hidup anda.

  • Setelah berhasil berhenti merokok untuk beberapa hari, biasanya nafsu makan akan meningkat (bawaannya cepat lapar), so perhatikan dengan pola makan anda.

3 comments:

  1. Agak-agak ramai tak yang nak berhenti merokok apabila tengok harga baru rokok ...?? Ke sama je ?? Dan tk kisah pun dapat kanser.. Giler hebat r kalo tak kisah.. Peace no war.. ;-)

    ReplyDelete
  2. Anda perokok yang tegar...tapi nak berhenti tabiat tersebut....macam mana....
    Jangan risau saya ada jalan penyelesaiannya...tak memudaratkan kesihatan...
    Whatsapp 0176607841
    Lebih baik mencegah dari merawat

    ReplyDelete
  3. Satu hari 3 kotak. Nak berhenti pun tak tahu macam mana caranya

    ReplyDelete