View My Stats

Monday, 20 February 2017

Pendaki Sesat Di Gunung Irau, Cameron Highlands

Sesat di Gunung Irau
19 Februari 2017 (Ahad) - KUALA LUMPUR: Seorang pendaki wanita dilaporkan sesat di Gunung Irau, di Cameron Highlands sekitar jam 5.30 petang semalam semasa menuruni trek gunung berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Muhamad Haziq Hazmi mengesahkan identiti pendaki berkenaan sebagai Norfatin Sulaiman, 28, yang menetap di Bangsar, Kuala Lumpur.

Ujar beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada rakan mangsa pada sekitar 11.20 malam dan operasi mencari dan menyelamat mangsa telah digerakkan sejak 1 pagi tadi bagi mencari mangsa.

Operasi melibatkan empat anggota bomba dan penyelamat serta dua anggota polis.

Difahamkan terdapat lima kumpulan yang menuruni trek Gunung Irau ketika itu. Namun separuh perjalanan, rakan mangsa hanya menyedari bahawa mangsa tidak bersama dalam kumpulan.

"Setengah jam perjalanan ahli kumpulan turun dari puncak Gunung Irau, mangsa masih bersama kumpulan. Setelah sampai di Mini Irau, mangsa seterusnya turun dari Mini Irau sampai di CP (check point) Pisang pada jam 5.30 petang.

"Separuh perjalanan, ahli kumpulan mendapati mangsa tiada bersama dalam kumpulan. Kali terakhir mangsa dilihat adalah di CP Pisang. Kami percayai mangsa tersasar dari laluan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Pada ketinggian 2,110m, Gunung Irau merupakan puncak tertinggi di Cameron Highlands. Suhu di dalam hutan boleh mencecah di antara 13 hingga 17 darjah Celcius. Ketika ini, operasi SAR masih lagi dijalankan. Petkan : Astro Awani

Terkini : 20.2.2017 - Isnin - jam 3.00 petang - Alhamdulilah - Mangsa yang sesat telah ditemui dengan selamat

No comments:

Post a Comment