View My Stats

Thursday, 22 November 2018

9 Tempat Menarik di Dunia Yang Anda Mungkin Tak Pernah Dengar Tapi Patut Kunjungi

Tempat-tempat di bawah ini boleh dikatakan sebagai antara tempat yang RARE untuk dikunjungi oleh tourist, tapi pastinya patut diselinap masuk ke dalam travel itinerary anda! Seorang pengembara atau traveler yang sejati haruslah travel off the beaten track, atau dalam bahasa mudahnya, tempat terpencil, betul tak? So, jom kita lupakan sekejap tentang Eiffel Tower, The Empire State Building, kegemerlapan kota London pada waktu malam, dan malah Machu Picchu juga. Kita check out pula antara beberapa tempat-tempat lain yang sangat cantik dan agak rare yang anda patut kunjungi.
1. Lofoten Islands, Norway
9 tempat menarik di dunia yang anda mungkin tak pernah dengar tapi patut kunjungi!
Pemandangan di sini tersangat-sangatlah cantik dan menakjubkan. Kalau pemandangannya sahaja tidak cukup bagi anda, di sini juga ada Røst Reef, iaitu terumbu karang air laut yang paling besar di dunia! Besar mana? Panjangnya sahaja sudah mencecah kira-kira 40 km, manakala lebarnya pula dalam 2-3 km. Memang besar gila!
2. Hinatuan River, Mindanao, Filipina
9 tempat menarik di dunia yang anda mungkin tak pernah dengar tapi patut kunjungi!
Sungai berwarna biru picture-perfect ini sudah semakin dikenali, namun pelancong tidaklah sepadat di tengah bandar. Ianya merupakan tempat yang sangat ideal untuk berenang dan ber-snorkeling. Airnya yang sangat biru, bersih dan jernih memang sudah cukup memukau untuk membuatkan anda berasa seolah-olah berada di dunia fairytale. Malah, penduduk tempatan di situ juga menggelarkan sungai ini sebagai “Enchanted River”. Memang padan dengan namanya.
3. Aogashima, Jepun
9 tempat menarik di dunia yang anda mungkin tak pernah dengar tapi patut kunjungi!
Pulau yang begitu hijau ini terletak beratus-ratus batu dari tanah besar Jepun dan didiami oleh hanya sekitar 200 orang penduduk sahaja . Ianya merupakan antara pulau gunung berapi yang paling cantik, dan yang paling menghairankan adalah betapa hijaunya pulau ini. Walaupun gunung berapi di pulau ini masih lagi aktif, tetapi kali terakhir ia meletus adalah pada sekitar tahu 1700-an. Entah bila lagi ia akan meletus, tiada siapa yang tahu. Yang pentik, pulau ini betul-betul memukau!
4. Lake Hillier, Australia Barat
9 tempat menarik di dunia yang anda mungkin tak pernah dengar tapi patut kunjungi!
Australia boleh dikatakan sebagai sebuah negara yang mempunyai banyak tasik yang cantik-cantik, tetapi tiada satu pun yang sebegitu dramatik (dan sebesar) Lake Hillier. Tasik ini adalah kira-kira 600 meter panjang dan tiada siapa yang betul-betul tahu kenapa tasik ini berwarna pink. Menarik, kan?
5. Crooked Forest, West Pomerania, Poland
9 tempat menarik di dunia yang anda mungkin tak pernah dengar tapi patut kunjungi!
Hutan ini dinamakan dengan nama ‘Crooked Forest’ kerana bentuk pokok-pokok pinusnya yang pelik. Kenapa dan macam mana pokok-pokok di sini boleh tumbuh melengkung, tiada siapa yang tahu sebab yang jelas. Memang pelik tapi pokok-pokok inilah yang menjadikan Crooked Forest ini sebagai satu pemandangan yang unik dan menakjubkan!
6. Tianzi Mountain Nature Reserve, Wulingyuan, China
9 tempat menarik di dunia yang anda mungkin tak pernah dengar tapi patut kunjungi!
Rizab semulajadi ini merupakan ‘rumah’ kepada gunung-gunung yang cantik. Kira-kira dua ribu buah puncak ‘tumbuh’ di sekitar kawasan ini membentuk satu landskap yang kelihatan seperti gambaran seni di dalam sebuah novel fantasi. Puncak-puncaknya yang berbatu kelihatan begitu mysterious saat diselubungi kabus atau awan. Indah betul ciptaan Tuhan.
7. Huacachina, Peruvian Desert, Peru
9 tempat menarik di dunia yang anda mungkin tak pernah dengar tapi patut kunjungi!
Kalau anda belum tau, kawasan di tengah-tengah padang pasir yang subur dan mempunyai air serta tumbuhan disebut sebagai oasis. Kedengaran macam impossible je, kan? Tapi tempat sebegini memang wujud. Dan salah satu oasis yang paling cantik di dunia ada di Peru! Memang wajib pergi kalau anda ke Peru.
8. Darvaza Gas Crater, Turkmenistan
9 tempat menarik di dunia yang anda mungkin tak pernah dengar tapi patut kunjungi!
Darvaza Gas Crater ini sebenarnya merupakan medan gas asli di Derweze, Turkmenistan yang telah diruntuh ke dalam secara tidak sengaja oleh jurutera petrokimia Soviet, lalu menjadi sebuah kawah gas asli. Kawah ini kemudiannya telah dibakar untuk mencegah penyebaran gas metana, dan sejak itu, api di dalam kawah ini tidak pernah padam dan kawah ini terus terbakar sehinggalah hari ini. Kalau anda nak tau, kawah ini juga dikenali sebagai “the Door to Hell”, atau pintu ke neraka. Hmm memang nampak menakutkan..
9. Zhangye Danxia Landform, China
9 tempat menarik di dunia yang anda mungkin tak pernah dengar tapi patut kunjungi!
Pergunungan ini sangat berwarna-warni dan kelihatan seolah-olah diambil daripada sebuah lukisan. Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti terpesona!

1 comment:

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ajoqq^^com
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami.....
    di ajopk.club....^_~
    segera di add Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete