View My Stats

Monday, 22 January 2018

4 Tempat Tercantik Di Dunia Yang Diabaikan

4 Tempat Tercantik Di Dunia Yang Diabaikan!

4 Tempat Tercantik Di Dunia Yang Diabaikan!

Jika melancong ke luar negara, pasti kita akan ke tempat-tempat popular yang disyorkan oleh penduduk tempatan atau pelancong lain.
Pernah tak anda terfikir untuk meneroka tempat-tempat menarik yang jarang dikunjungi oleh pelancong lain?
Jangan terkejut, kerana di sini kami kongsikan tempat menarik yang jarang dikunjungi dan mungkin boleh dijadikan pilihan destinasi percutian anda:
 

1. Dundas Castle, New York
Terletak di Roscoe, New York, istana ini direka oleh arkitek bernama Bradford L. Gilbert khas buat isterinya. Namun mereka berdua telah meninggal dunia sebelum istana ini siap dibina dan tidak berpeluang untuk  menjejakkan kaki dan tinggal di sana.

 
2. Bodiam Castle, England
Tempat bersejarah ini dibina pada abad ke-14 di East Sussex, England. Istana ini juga dibina oleh seorang kesatria untuk melindungi kawasan tersebut daripada serangan tentera Perancis sewaktu Perang Seratus Tahun. Setelah peperangan itu tamat, istana ini telah ditinggalkan dan kini merupakan satu tarikan kepada pelancong dan dibuka kepada orang awam.
 

3. Domes Homes, Florida
Teletak di pantai Pulau Marco, Cape Romano, tempat ini kelihatan seperti binaan kapal makhluk asing yang ditinggalkan. Namun, sebenarnya kawasan ini adalah rumah peranginan yang telah dirosakkan oleh ribut taufan suatu ketika dahulu.
 

4. Gougi Island, China
Apa yang menarik tentang Gougi Island ini adalah pemandangan dan persekitarannya yang tenang. Perkampungan memancing di Yangtze River, China ini juga digelar sebagai ”Wizard of Oz’s Dream” kerana bangunan-bangunannya yang ditutupi dengan tumbuh-tumbuhan hijau.

petikan : http://www.gempak.com/artikel/4429/4-tempat-tercantik-di-dunia-yang-diabaikan

No comments:

Post a Comment