View My Stats

Monday, 3 July 2017

Khasiat Sayur Bayam


Antara 6 Khasiat Sayur Bayam Untuk Kesihatan


Malisa Aina

petite, nail biter, foodaholic

[ Kesihatan ] Antara 6 Khasiat Sayur Bayam Untuk Kesihatan


Bayam adalah salah satu daripada sayuran yang menjadi pilihan ibu bapa kerana mereka mempercayai khasiat yang ada pada sayuran ini. Sebenarnya, bayam atau nama botaninya spinacia oleracea, ini bukan sahaja berkhasiat untuk kanak-kanak tetapi berkhasiat buat semua.
1. MEMBINA TULANG YANG KUAT 
Pengambilan sayur bayam secara berkala boleh mencegah Osteoporosis. Sumber vitamin K yang terbaik dari bayam cukup membantu penyerapan kalsium oleh tulang dengan maksimum.

2. MEMBINA SALUR DARAH YANG BAIK 
Bayam juga kaya dengan zat besi. Zat besi penting dalam membina sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan.

3. MENJAGA KESIHATAN JANTUNG 
Sifat antioksidannya mencegah pengumpulan plak kolesterol pada arteri. Bayam juga bagus dalam mengawal tekanan darah.

4. MENCEGAH KANSER 
Mengandungi flavanoid yang mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit, dan mengurangkan insiden kanser payudara, ovari dan prostat.

5. BAGUS UNTUK IBU MENGANDUNG 
Bayam mengandungi sumber vitamin A dan folat yang sangat diperlukan dalam pembentukan paru-paru bayi dan sistem saraf yang lengkap.

6. MATA YANG SIHAT 
Bayam mampu melindungi mata dari proses penuaan yang berubah seiring usia. Amalkan pengambilan secawan bayam sehari untuk mendapatkan mata yang sihat

No comments:

Post a Comment