RIO DE JANEIRO 5 Ogos - Bandar karnival, Rio de Janeiro bakal menganjurkan upacara pembukaan Sukan Olimpik yang penuh gilang-gemilang.
Stadium Maracana yang menjadi ikon Brazil bakal menghimpunkan lebih 70,000 penonton, 10,400 atlet dan ramai pemimpin dunia dalam upacara pembukaan Sukan Olimpik pertama dianjurkan di benua Amerika Selatan.
Upacara pembukaan tersebut bakal menjadi tanda bermulanya temasya tertua di dunia itu selama dua minggu di kota Brazil ini, yang akan menyajikan kecemerlangan sukan serta aksi dramatik daripada bintang ternama dunia.
Penganjur berharap kemeriahan temasya dan rentak tarian samba yang menakjubkan di Maracana mampu menceriakan hati rakyat di seluruh negara.
“Saya berharap upacara pembukaan ini mampu menjadi penawar tekanan kepada Brazil,” kata salah seorang pengarah persembahan kreatif yang merupakan pembikin filem tersohor, City of God, Fernando Meirelles.
Pentas sudah bermula bagi 10,000 atlet untuk memburu kegemilangan dalam temasya selama 17 hari yang akan menutup tirai pada 21 Ogos.
No comments:
Post a Comment