Selasa, 24 Disember 2013, "Ikan Naik Ke Daratan Di Lahad Datu Sabah" macam tak percayakan....tapi itu semua kuasa Yang Maha Esa...memberi kesedaran betapa kecilnya kita sebagai manusia di dunia yang fana ini...
Gempar! Heboh ketika ini di daerah Lahad Datu, Sabah apabila penduduk kampung di Pulau Tambisan mendapati ikan laut muncul dengan banyak berhampiran daratan. Ramai yang mengatakan fenomena pelik ini menunjukkan tanda-tanda yang kurang baik bakal terjadi tidak lama lagi di kawasan tersebut.
Sebelum ini, Kejadian Tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlakunya bencana alam tersebut. Haiwan-haiwan ternakan dan peliharaan menunjukkan tingkah laku pelik. Malah para nelayan turut mengatakan hidupan laut dalam telah muncul di persisiran pantai.
Yang amat pelik, Ribut Greg yang mengorbankan ramai penduduk di Keningau, Sabah juga berlaku pada 26 Disember 1996.
kejadian ini pula berlaku pada 24 Disember 2013. Adakah tanda-tanda yang berlaku di Lahad Datu ketika ini juga akan terjadi bencana alam pada tarikh yang sama, 26 Disember kejadian-kejadian bencana yang besar sebelum ini berlaku? Wallahualam....
kuasa tuhan..rezeki orang2 situ
ReplyDeleteSetuju...betapa besarnya kuasa Yang Maha Esa...
ReplyDelete