(Rujuk Blog Archive disebelah kanan untuk pengalaman percutian hari 1 ke 4 HCM)
Nota : HCM adalah syurga untuk membeli belah. Macam-macam barangan yang ada dengan harga yang berpatutan...so pastikan bawa duit secukupnya, dan jangan lupa tawar-menawar harga barangan itu serendah yang mungkin.....anda pasti tertawan dengan barangan yang ada disana.....selamat BERSHOPPING (Nota : Harga barang-barang yang dibeli di HCM saya tak nyatakan dalam blog ni coz yang shopping tu orang rumah..tak ingat harga barang yang dibeli....huhu)
1. Kalau belum pernah ke Ho Chi Minh City Vietnam, anda dinasihatkan untuk mengambil pakej perlancongan dengan agensi pelancongan. Pilih pakej perlancongan yang HALAL DAN MUSLIM tour. Now disebabkan semakin ramai rakyat Malaysia yang datang melancong dan membeli belah di HCM, tempat makanan halal semakin banyak di Bandar Ho Chi Minh untuk memudahkan kita mencari makan.
2. Saya telah pergi dengan Kembara Sufi Travel & Tours. Saya amat berpuashati dengan bayaran RM1,399.00 untuk pakej 4H 3M, termasuk tiket flight, hotel, pengangkutan, lawatan yang telah di atur, makanan dan minuman HALAL. Walaupun ada orang kata harga agak mahal jika pergi dengan travel agensi, tapi bagi saya ianya memudahkan kita, sampai saja di airport HCM, dah ada orang datang jemput kita dan aturkan segala kemudahan untuk kita, sepanjang kita berada di HCM. Tempoh penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tan Son Nhat International Airport HCM lebih kurang 1 jam 45 minit.
*Kembara Sufi juga menyediakan pemandu pelancong fasih berbahasa melayu semasa di Vietnam. So kalau nak pergi bolehlah cari travel agensi yang boleh memberi perkhidmatan terbaik. laman web Kembara Sufi : kembarasufi.com atau boleh terus telefon Ustaz Fadzil (013-2988303), atau Ustaz Nawi (019-3026460).
3. Matawang untuk berbelanja di HCM boleh menggunakan Vietnam Dong (VD), Ringgit Malaysia dan Dollar Amerika. So boleh la bawa duit RM dan dollar Amerika untuk berbelanja di sana. Kalau nak tukar RM atau Dollar ke VD pun boleh untuk digunakan di HCM. Banyak mana nak bawa duit tu terpulanglah berapa banyak kita nak shopping kat sana..huhuhu
*Pertukaran Duit RM ke Vietnam Dong (VD) : Semasa saya tukar RM160.00 saya dapat 1,000,000 (1 juta VD) di Money Changer kat Bangi. So kalau nak tukar duit dari RM ke VD, tanya money changer tu berapa RM untuk 1 juta Dong Vietnam. Sifir mudah saya untuk convert duit nanti ialah 1,000,000.00VD bahagi RM160.00 = 6,250. Angka 6,250 akan saya guna nanti untuk convert dari RM ke VD dan sebaliknya.
*Masa pergi hari tu saya tukar dalam RM3,000.00 dan dapat lebih kurang 18,750,000VD (RM3,000.00 X 6,250 = 18,750,000VD)...huhu tu pun rasa tak cukup bila dah rambang mata shopping kat sana lebih-lebih lagi bila orang rumah kita yang berbelanja...huhuhu
*Menurut pemandu pelancong saya, duit VD diperlukan semasa kita naik teksi, makan dan minum, naik bas dan bayaran tiket masuk ke tempat-tempat menarik di HCM dan lain-lain. So pastikan dalam poket anda ada duit dong kay...banyak mana nak tukar VD tu bergantung kepada aktiviti kita semasa di HCM
*Duit tu saya tukar untuk shopping sahaja kerana yang lain telah cover dalam pakej seperti pengangkutan, hotel, makan dan lain-lain...So kalau pergi sendiri kena la buat anggaran bajet dengan betul kay berapa banyak duit yang nak bawa nanti...
Cadangan item untuk anggaran bajet seperti berikut :-
(Kalau pertama kali pergi sendiri dan tanpa melalui travel agensi) :-
i) Tambang kapal terbang pergi dan balik
ii) Sewa hotel
iii) Makan dan minum sepanjang di HCM
iv) Bayaran sewa kenderaan atau bayaran teksi
v) Bajet untuk shopping
vi) Ground pakej untuk lawatan ke tempat menarik di HCM
vii) Lain-lain perbelanjaan yang difikirkan sesuai
Bajet tertakluk berapa lama kita bercuti di Ho Chi Minh.
Nota : Jika anda nak melawat tempat-tempat menarik di HCM seperti Chu Chi Tunnel atau Sungai Mekong atau lain-lain, boleh bertanya kepada petugas hotel tempat anda menginap. Kebanyakan hotel di HCM ada menawarkan pakej lawatan ke tempat-tempat tersebut dengan harga yang telah ditetapkan.
Cara nak convert RM ke VD = RM1.00 = 6,250VD (masa saya tukar duit hari itu)
(tertakluk pasaran matawang dari masa ke semasa-kena check kadar tu sentiasa
- boleh check kat internet atau kat money changer)
*Katakan harga hotel tu dalam RM100.00 so harga hotel tu dalam VD ialah
RM100.00 X 6,250 = 620,000VD
4. Kalau dah tukar duit ke Vietnam Dong (VD), kita kena tahu sifir dia gak. Contohnya katakan harga kain sutera Vietnam harganya 200,000VD so harga dia dalam RM ialah 200,000VD bahagi 6,250 = RM32.00 (Tertakluk kepada pertukaran matawang semasa, boleh check kadar tu dalam internet atau kat money changer VD convert to RM). Kalau tak ada VD, tanya aje barang tu dalam ringgit atau tanya juga barang tu dalam Dollar Amerika kerana mereka terima RM dan Dollar Amerika. Kalau dah tukar banyak duit dalam Vietnam Dong kena la bawa kalkulator untuk kira balik dalam RM atau Dollar untuk perbandingan harga.
5. Kalau nak naik teksi dari Tan Son Nhat International Airport HCM untuk ke hotel penginapan anda, saya cadangkan anda naik teksi Vinasun, kerana teksi ini akan menggunakan meter. Saya pernah naik teksi ini dari airport untuk ke hotel saya menginap iaitu di hotel Hoang Hai Long 2, hotel dekat pasar Ben Thanh. Keluar aje airport, cari disebelah kiri airport tersebut ada kaunter teksi Vinasun seperti gambar di bawah.
Nanti bagitau petugas kaunter vinasun yang anda nak naik teksi tersebut untuk ke hotel penginapan. Nanti dia akan suruh anda untuk tunggu teksi di seberang jalan berhadapan dengan kaunter tersebut, dan tidak sampai 2 minit teksi Vinasun telah sampai untuk hantar kita ke hotel penginapan.
So kalau nak ke hotel di sekitar Ben Thanh Market dari airport, tambang teksi Vinasun dalam lingkungan 120,000VD bahagi 6250 = RM20.00 sehingga 200,000VD bahagi 6250 = RM32.00 bergantung kepada kesesakan jalanraya. Jika jalanraya tidak sibuk, murah la sikit tambang dia. Nanti harga tambang tersebut akan terpampang dekat meter dalam teksi tersebut. So kita boleh tahu harga tambang yang sebenarnya. Yang bestnya teksi dia besar dan selesa serta beraircond. Teksi tersebut juga akan meminta bayaran sebanyak 10,000VD (lebih kurang RM1.60) sebagai bayaran airport gate fee.
*Kawan saya hari tu pergi berdua..so keluar aje lapangan terbang HCM, beliau lihat ada 2 orang rakyat malaysia nak naik teksi..so kawan saya tadi pergi jumpa yang 2 orang tu...selepas berbincang mereka berpakat untuk naik teksi vinasun secara berempat..coz harga tambang yang mereka kena hari itu adalah sebanayak 200,000 VD (RM32.00). Jadi kalau bahagi 4 orang harga tambang tu dalam 50,000VD (RM8.00) seorang sahaja...jimat tu
* Semasa naik teksi Vinasun pastikan anda ingat nombor teksi tu..bukan nombor plet dia tapi nombor teksi dalam bulatan merah yang berada di bahagian hujung belakang teksi tersebut. contoh gambar di atas, nombor teksi dia ialah 1071 (ingat nombor dalam bulatan merah tu), Jika berlaku apa-apa nombor teksi tu nanti akan dijadikan rujukan
Ada juga rakan-rakan yang dah biasa pergi HCM naik bas dari Airport ke Ben Thanh market. Keluar jer airport naik bas nombor 152 dan akan berhenti betul-betul depan Ben Thanh Market. Tambang dia dalam 30,000 VD atau RM5.00 sahaja.
Bas nombor 152 akan berhenti dekat dengan patung kuda depan Ben Thanh Market
6. Hotel yang ramai orang Malaysia menginap adalah disekitar Ben Thanh Market. Disamping banyak hotel, disini juga ada kedai makanan yang halal. (Lihat gambar di bawah untuk nama hotel dan tempat makanan halal dan boleh juga rujuk google search senarai hotel berhampiran Ben Thanh Market dan harga hotel tersebut). Yang penting kalau nak pergi shopping boleh jalan kaki aje...
Ini Ben Thanh Market atau Pasar Ben Thanh
A&Em Hotel - Hotel Baru depan Pasar Ben Thanh
Blessing 1 Hotel - Terletak di Malaysian Street -
Dekat Pasar Ben Thanh dan dekat restoran makanan halal
Thanh Thu Hotel, Saigon Pink 2, Hotel Hai Long 2 - terletak di Malaysian Street
Dekat Pasar Ben Thanh dan dekat restoran makanan halal
Jalan ini dikenali sebagai Nguyen An Ninh Street @Malaysian Street, kerana ramai rakyat Malaysia yang datang akan menginap kat sini kerana banyak hotel, ada restoran makanan halal dan yang penting dekat dengan tempat shopping seperti pasar Ben Thanh
Hotel Tan Hai Long - terletak di Malaysian Street
Dekat Pasar Ben Thanh dan dekat restoran makanan halal
Mia Gia Huy Hotel, hotel yang saya menginap ditempah oleh En. Alan, Pemandu Pelancong Saya. Hotel dia bersih dan selesa, WIFI laju gila, dekat dengan tempat makan halal dan Ben Thanh Market, Harga RM120.00 untuk 1 malam atau 750,000 VD
7. Kalau pertama kali datang sendiri dan tidak melalui agensi pelancongan dan anda hendak ke hotel penginapan, kalau boleh print siap-siap nama hotel dan tunjukkan kepada pemandu teksi semasa sampai di lapangan terbang Tan Son Nhat HCM. Sebagai contoh jika anda menginap di Hotel Saigon Pink 2, anda print siap-siap nama hotel tu, alamat dia dan kalau boleh print gambar hotel tu sekali dan bagitau serta tunjuk gambar tersebut kepada pemandu teksi semasa anda nak naik teksi dari Airport. Contoh gambar di bawah (gambar dan alamat hotel nanti boleh cari kat internet dan print siap-siap). Kebanyakan pemandu teksi di Vietnam tidak fasih berbahasa inggeris. Selalunya pemandu teksi akan angguk faham bila tengok gambar hotel yang kita print tu...
Saigon Pink 2 Hotel
32 Nguyen An Ninh Street, District 1, District 1 - Ben Thanh Market, Ho Chi Minh City, Vietnam
8. Kalau pertama kali datang sendiri ke HCM, kena tempah hotel awal-awal lagi kerana selalunya hotel di sekitar Ben Thanh Market penuh terutamanya pada hujung minggu atau musim cuti sekolah. Tempahan boleh dibuat melalui agoda.com atau lain-lain web yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Boleh check harga dan kekosongan bilik tersebut. Kalau pergi dengan agensi pelancongan mereka dah tempah dan sediakan hotel untuk kita.
9. Harga hotel adalah sekitar RM100.00 (625,000 VD) hingga RM300.00 (1,875,000 VD) semalam dan bergantung kepada jenis hotel tersebut dan ada juga hotel yang murah. Tempahan online agak murah sikit iaitu melalui agoda.com atau lain-lain web yang menyediakan perkhidmatan ini. Pergi kat Google search dan taip - hotel-hotel berdekatan pasar Ben Thanh. Check sekali kekosongan dan harga hotel yang nak ditempah tu kay...baca la juga komen dari pelanggan lain yang pernah menetap di hotel tersebut sebagai panduan.
10. Bab nie yang paling best iaitu shopping. Macam-macam ada untuk dibeli, so yang paling penting untuk dapat murah kena la pandai tawar menawar. Boleh tanya harga tersebut dalam ringgit so peniaga itu akan bagitau berapa harga barang tu dalam ringgit..so boleh compare harga tu kat Malaysia...murah wei....dan yang penting mereka terima RM. Tempat beli belah yang popular ialah Ben Thanh Market, pasar malam di kawasan tersebut, di Chinatown dan lain-lain tempat, macam-macam ada...
*Menurut pemandu pelancong saya, peniaga di HCM lebih suka menerima duit RM atau USD kerana apabila mereka tukar duit tersebut ke VD mereka akan mendapat lebih nilai dalam VD.
11. Kita boleh jahit terus baju kurung atau baju melayu atau baju blazer dan perkhidmatan ini banyak terdapat di Ben Thanh Market. Kita boleh membawa kain atau membeli kain dari kedai tersebut, dan suruh mereka jahit dan mereka akan siapkan dalam masa 1 hari hingga 3 hari sahaja dengan harga yang berpatutan.
12. So kalau dah beli banyak barang kena la beli luggage lebih sikit dari syarikat penerbangan sebab kalau lebih luggage akan kena bayar. Kawan saya terlebih 20kg luggage dengan salah sebuah syarikat penerbangan dan dikenakan caj sebanyak 18USD untuk 1kg, so dia kena bayar = 20 kg X RM58.00 = RM1,160.00..banyak nak kena bayar tu.
*So saya cadangkan kalau nak ambik luggage ambil la dalam 20 kg atau 25 kg atau 30 kg atau 40 kg seorang siap-siap semasa nak balik coz mesti banyak shopping punya (berat luggage tu bergantung banyak mana nak shopping), masa nak pergi tak payah la ambik luggage lebih, ...biar lebih luggage masa nak balik asalkan selamat dari nak kena bayar lebihan luggage tu...
*Jangan risau, kebanyakan hotel di HCM akan menyediakan timbang supaya anda boleh timbang luggage anda sebelum bertolak balik ke Malaysia...huhu orang vietnam pun tau yang orang Malaysia nie kuat tul membeli-belah...
Nota : Ada juga rakan saya yang pernah ditahan oleh Kastam Vietnam semasa nak balik ke Malaysia kerana membeli terlalu banyak kain sutera Vietnam, baju kurung, tudung, dan lain-lain sehingga 100 ke 200 pasang untuk berniaga. So dia kena panggil dengan kastam tersebut dan dikenakan cukai hampir RM1,000.00. Kastam Vietnam akan menahan penumpang secara random yang disyaki membeli barang yang banyak untuk berniaga.
13. Waktu di Vietnam lewat 1 jam dari waktu Malaysia. So kalau waktu jam kita 5.00 petang maka waktu Vietnam ialah jam 4.00 petang.
14. Berikut adalah di antara restoran makanan halal yang berdekatan dengan Ben Thanh Market dan sebenarnya banyak lagi restoran makanan halal yang lain tapi saya tak sempat nak explore. Kalau anda duduk dekat area Ben Thanh Market tak jadi masalah untuk dapatkan makanan halal. Harga makanan tersebut agak mahal sedikit sahaja berbanding Malaysia, tapi tak la mahal sangat dalam 130,000 VD atau lebih kurang RM20.00 untuk 2 orang...kira ok la tu. janji makanan tu halal....
Hajjah Basiroh Restoran - terletak di Malaysian Street
Gerai ni pula jual Pho - Meehoon Sup Vietnam, depan restoran Hajjah Basiroh, saya makan hari tu 2 meehoon sup, teh tarik satu, kopi vietnam satu, harga dia dalam 150,000 VD (150,000 VD X 0.00015 = RM22.50) untuk 2 orang, kira OK la tu...janji makanan tu halal dan dijual oleh orang islam champa. Yang pasti pho tu memang sedap wei
Kampung Melayu Halal Restoran - Sebelah Hajjah Basiroh Restoran
Ini pulak Restoran 1Malaysia - semua restoran ini
berdekatan antara satu sama lain dan halal dan berhadapan dengan hotel yang saya senaraikan kat atas tu...so kalau nak makan cukup senang wei..
Kalau pergi Vietnam jangan lupa cuba Kopi Vietnam kay...rasanya sedap macam
kopi ais, ramaikan rakyat Malaysia tengah beratur nak beli kopi Vietnam
yang jual tu nama dia Salleh, berkopiah putih - Melayu Islam Champa,
dia selalu menjual dihadapan restoran Hajjah Basiroh
15. Kena bawa travel adapter untuk pengunaan plug elektrik di HCM kerana plug elektrik tidak sama dengan Malaysia untuk charge telefon, charge kamera, mengosok pakaian atau lain-lain. Boleh beli travel adapter di kedai hardware di Malaysia atau di pasaraya.
16. Orang Vietnam lebih gemar memanggil Ho Chi Minh sebagai Saigon. Mempunyai penduduk hampir 9 juta dan bandar Saigon ini sebenarnya lebih luas dari Kuala Lumpur dan merupakan pusat aktiviti ekonomi untuk negara Vietnam
17. Urusan pemeriksaan Imigresen amat mudah di Vietnam dan kita tidak perlu mengisi sebarang borang. Sampai saja di airport Tan Son Nhat, Ho Chi Minh, Vietnam, terus saja beratur di kaunter pemeriksaan Imigresen untuk pengesahan pasport.
18. Perasaan kagum melihat kegigihan rakyat Vietnam mencari rezeki baik orang muda atau pun orang tua. Asalkan mereka boleh mencari rezeki mereka akan bekerja keras untuk menyara kehidupan walaupun dengan pendapatan yang tidak seberapa.
19. Orang Vietnam suka makan makanan yang berasaskan sup dan suka makan sayur dan ulam-ulaman mentah. Sebab itu agak susah untuk kita lihat orang Vietnam gemuk dan kebanyakan mereka mempunyai tubuh yang ideal dan langsing, huhu cantik-cantik juga wanita di sana huhuhu. Mereka juga suka membuat senaman di taman-taman permainan untuk penjagaan kesihatan. Ada juga orang tanya saya tentang kehidupan malam di HCM, huhuhu yang tu kena la explorer sendiri yer...
20. Kenderaan utama ialah motorsikal dan keadaan jalanraya di sana amat sesak dengan motorsikal yang bersimpang siur di jalan tersebut dan yang hebatnya mereka boleh membelok dalam sekelp mata.. So kalau nak melintas jalan, kena la hati-hati, pandang kiri dan kanan...mana la tau tiba-tiba muncul motorsikal dari arah yang kita tidak jangka....
21. Kereta Vietnam mempunyai setereng di sebelah kiri. Walaupun keadaan jalanrayanya agak sibuk dengan kereta dan motorsikal serta mempunyai pelbagai simpang dan boleh membelok dalam sekelip mata, tidak nampak pula kemalangan jalanraya sepanjang percutian di Vietnam
22. Hon kenderaan akan dibunyikan sepanjang kenderaan tersebut berada di jalan raya. Mengikut pemandu pelancong bunyi hon itu bukan untuk marah tetapi untuk memberitahu kenderaan lain bagi tujuan keselamatan. Kalau kat Malaysia bunyi hon sikit aje mesti kena jeling punya...
23. Jangan risau, kalau pergi bercuti ke Ho Chi Minh pasti akan bertembung dengan ramai rakyat Malaysia, rasa macam shopping kat Malaysia lak. Kebanyakan mereka akan menginap di sekitar Hotel di Malaysian Street yang berdekatan dengan Pasar Ben Thanh...so pastikan anda menginap di area sana jugak kay....dan kalau boleh bertegur sapa la antara satu sama lain kay bila berjumpa dengan yang lain sebagai satu keluarga Malaysia...mana la tau kalau kita ada masalah di sana, orang Malaysia lain yang boleh bantu kita...
24. Berhati-hati dengan pencuci kasut yang banyak berlegar di bandar Ho Chi Minh terutamanya dekat area Pasar Ben Thanh. Anda dinasihatkan agar tidak menggunakan perkhidmatan pencuci kasut ini. Pada mulanya dia menawarkan upah hanya USD1 tetapi nanti dia akan bubuh gam sikit, getah sikit, selepas itu dia akan minta dibayar 250,000 VD atau lebih RM30, bukan RM3, so begitu juga dengan penarik beca...mereka akan katakan benda yang sama apabila kita gunakan perkhidmatan beca tu...so hati-hati la yer
25. Terdapat ramai juga pengemis dari kanak-kanak kecil sehingga orang-orang tua datang meminta sedekah dengan kita berdekatan dengan area Pasar Ben Thanh. Kesian juga melihat mereka meminta sedekah bagi meneruskan kehidupan di bandar Saigon ini.
26. Berada di negara orang, kita kena la jaga keselamatan kay...mana-mana negara pun ada bahaya tersendiri. Anak lelaki Hajjah Basiroh pernah menceritakan ada juga dikalangan rakyat Vietnam yang menipu rakyat kita semasa di HCM..so hope u all berhati-hati la kay...hope tak ada kejadian yang tidak diingini semasa berada di sana..
27. Itu saja perkongsian dari saya, semoga perkongsian ini akan memberi serba sedikit maklumat kepada semua yang bercadang untuk bercuti ke Ho Chi Minh City, Vietnam. Selamat bercuti....sekian, terima kasih.
"SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN"
Nota : Kepada sesiapa yang berminat untuk bercuti ke Ho Chi Minh City, Vietnam, boleh berhubung terus dengan syarikat pelancongan Kembara Sufi Travel And Tour,
Bangunan Anggerik Mall, Lot 2.37, Tingkat 2, Jalan14/7, Seksyen 14, Selangor, 40000
Shah Alam, Selangor : Tel : 03-5524 4498 (pakej Halal dan Muslim)
http://kembarasufi.com/
Atau jika tuan/puan ingin bertanyakan apa-apa jua tentang lawatan ke Ho Chi Minh,
Vietnam boleh call/msg/whatapps saya di talian 013-3086256
untuk sebarang bantuan dan perkongsian demi kebaikan bersama....tq....
Atau jika tuan/puan ingin bertanyakan apa-apa jua tentang lawatan ke Ho Chi Minh,
Vietnam boleh call/msg/whatapps saya di talian 013-3086256
untuk sebarang bantuan dan perkongsian demi kebaikan bersama....tq....
good info kpd yg baru nak kesana . saya rasa info seperti hotel dan restaurant amat amat membantu. trima kasih kembara sufi ...
ReplyDeleteGembira kerana dapat membantu...Selamat bercuti dan melancong ke Vietnam
Deletethanks 4 good info..byk tips berguna yg sy dpt utk percutian sy ke vietnam hjg bulan oktber nt..:)
ReplyDeletesama-sama puan Ana....selamat bercuti ke Ho Chi Minh
DeleteAssalam, tqvm for sharing this info. In shaa Allah saya dan kawan2 akan kesana awal tahun 2014 nanti.
ReplyDeletesama-sama puan Rosriani...selamat bercuti dan melancong ke Vietnam
Deletemcm mane plak klu saya pergi ke sana nk borong untuk perniagaan..ade tk contact tuk service penghantaran barang ke malaysia?
ReplyDeletepuan diyana...boleh ke website salim-hakimah.com
DeleteMasa kat HCM dia jadi tour guide saya..dia ada kedai dan ambil banyak order orang malaysia yang nak baju atau telekong secara borong
Saya tak ada contact number tapi kebanyakan yang pergi ke Vietnam mereka akan pergi ke Hajjah Basiroh dan boleh berbincang untuk urusan penghantaran barang yang dibeli secara borong...macam-macam ada dan murah
ReplyDeleteterima kasih untuk entri ini. terutamanya tentang tempat makanan halal.
ReplyDeletesama-sama, sekadar untuk berkongsi pengalaman dengan semua
DeleteTerima kasih atas perkongsian info ini yg sgt berguna
ReplyDeletesama-sama sekadar berkongsi pengalaman dengan semua...
DeleteGood info untuk kesana sbb saya akan kesana dlm bebrapa minggu lagi. cuma kawan saya baru saja balik dari sana dan dia telah dirompak oleh bebrapa org lelaki. so ribuan RM juga habis.
ReplyDeleteok sama-sama...so kena hati-hati la..apa-apa pun selamat bercuti ke Vietnam
DeleteTerima kasih for info..Sgt membantu..
ReplyDeleteTerima kasih for info..Sgt membantu..
ReplyDeleteSama-sama Puan Nany...just berkongsi pengalaman untuk perkongsian bersama
Deletebaru balik dari vietnam (19/12/13)... memang seronok, org umah ajak pergi lagi.ari tu bawa anak anak sekali (4 orang anak).. tak puas shooping... (tiba sana ambil pakej melancong, pergi sg mekong, chu chi tunnel, dll tempat- makan memang puas hati (minum pagi, makan tghari & malam), kak siti hawa (pemandu pelancong melayu campa) dia jaga betul2 kita ni.
ReplyDeleteAssalam tuan,
Deleteboleh tak email saya no telefon kak siti hawa (pemandu pelancong melayu campa). saya bercadang nak ke vietnam. Terima kasih.
azrielhakimi.azman@gmail.com
Encik Azrie...ni no HP En. Salim Hakimah, tour guide saya dulu masa saya ke HCM...boleh wasap dia : +84908591039 untuk sebarang pertanyaan....tq
Deletehotel murah2 kat sini, sy bermalam di thant thu hotel (ada dalam post ni hotel tu) 55usd semalam, ada 2 katil bujang saiz besar dan ada bilik dalam bilik ada satu lagi katil kelamin. 25usd = 1 katil kelamin, 35usd = 2 katil kelamin
ReplyDeletekalau nak tengok gambar di vietnam boleh ke fb sy: zainuddin abdul hadi
ReplyDeleteTerima kasih kembali En. Zainuddin atas perkongsian maklumat untuk semua...hope En. Zainuddin boleh la pergi lagi ke HCM untuk bercuti....
Deleteinsyaallah, awal bulan jun ini akan sekali lagi kesana.... tengah berkira2 RM nyaaa (mungkin 5-9/06/14).
ReplyDeleteAlhamdulillah perkongsian yg menarik....saya akan pergi ke hcm beberapa hari lagi. Nak tanya ubat batuk cecair utk kanak2 boleh bawa ker...anak saya umur 6 tahun....ws
ReplyDeleteEn. Azmie...selamat bercuti ke Ho Chi Minh, Vietnam...tentang ubat batuk tu saya tak tahu boleh bawa atau tidak...nanti tanya orang kat airport kita kay....tq
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAlhamdulillah..banyak dapat maklumat tambahan ni..next month nk ke sana 1 family..cuma nak tau je..kat HCM ni ada airport tax mcm kat Indonesia tak?kalau ada nak kne masuk dalam budget..kalau tak nnt haru pulak semua duit dah dishoppingkan..hehe
ReplyDeleteSama-sama puan Firda..semasa saya pergi tahun lepas x ada cukai airport di HCM macam kat Indonesia....Puan Firza selamat bercuti ke HCM kay
Deleteesok nak pegi ni..... terima kasih geng.. info menarik dan membantu
ReplyDeleteSama-sama...boleh baca post terbaru saya bulan Mac 2014, saya pergi ke HCM secara backpacker....En. Sophian, Selamat bercuti ke Ho Chi Minh...enjoy holiday kay...
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKalau kita pergisecara persendirian,mudah tak utk cari touris guide atu pskej utk jslan2 kat sana.
ReplyDeleteFathi...kat HCM selaunya pihak hotel ada menyediakan pakej lawatan bersama guide untuk ke tempat-tempat menarik di HCM...nanti cuba tanya petugas hotel tempat kita menginap kay....
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletesalam.. nak tnye ni.. sy pegi vietnam esok.. sy bwk 1000000 dong.. huhuu xtau la ckup ke x.. pas2 nak wt internet kt cne mcm mne ek? kne beli simcard cne eh?
ReplyDeleteWasalam fariha..fariha pergi ambil pakej atau tidak? kalau ambil pakej senang sebab semua perkara dah ternasuk dalam pakej seperti hotel, pengangkutan, makan dan minum...
DeleteUntuk internet kebanyakan hotel disana menyediakan komputer di lobi hotel, so boleh guna internet kat sana..tapi kalau ada HP pun ok sebab kat sana semua hotel ada WIFI yang laju...
1,000,000 VD kalau convert duit RM lebih kurang RM164.00, so kalau nak shopping kat sana memang tak cukup...saya hari tu bawa dalam RM2,000.00 atau lebih kurang 12,200,000 (dua belas juta VD), pun tak cukup sebab barang dia murah dan banyak pilihan....harap dapat membantu...kalau nak tanya lebih boleh call saya atau whatsapp saya...selamat bercuti ke HCM...
Assalamualaikum, maklumat yang berguna untuk pengembara backpacker macam saya. Cuma saya hendak betulkan fakta, HCMC bukan ibu negara Vietnam, di mana ibu negara sebenar adalah Hanoi di utara. HCMC atau Saigon ini dulunya ibu negera Vietnam Selatan semasa perang Vietnam. Namun ia tetap bandaraya terbesar dan pusat ekonomi Vietnam. Harap maaf atas teguran saya.
ReplyDeleteBoleh ikuti kembara2 saya di KembaraGD.blogspot.com & page FB facebook.com/KembaraGD. Dah banyak kembara tapi blog cuma mula dari akhir Februari 2014 lepas.
Ok En. Hadi, tqvm nanti saya betulkan fakta tu...tq
DeleteWasalam Emma...saya bagi no HP En. Salim, Tour Guide saya dulu...
ReplyDeleteno Hp dia (+84908591039) bole whatapps dia...
Emma...kalau tak dapat abg salim, nanti emma tanya hotel tempat Emma menginap, selalunya pihak hotel ada juga menyediakan pakej untuk ke Mekong tersebut...nanti kalau apa2 whatapss saya balik kay....selamat bercuti ke HCM
ReplyDeleteA licensed Loan Lender, We offer Affordable Loan at 3% interest rate available for local and international borrowers, Are you seriously interested in getting a genuine Loan without stress? Do you need this Loan for business and to clear your bills? Then send us an email now for more details via:majidvijahlending@gmail.com
LOAN APPLICATION FORM.
(1)Full Name:
(2)Country:
(3)State:
(4)Address:
(5)Sex:
(6)Occupation:
(7)Amount needed:
(8)Loan duration:
(9)Loan purpose:
(10)Telephone
Email Us:(majidvijahlending@gmail.com)
Salam..
ReplyDeleteSeronok jln2 kat sini sambil shopping2 kan..
Tambah2 kalau ade local tourist guide yg boleh dipercayai..
Boleh hubungi Abdolloh, seorang tourist guide muslim berbangsa Melayu Champa dan fasih berbahasa Melayu utk sebarang pertanyaan mengenai pakej secara ground atau sbrg lawatan di Ho Chi Minh (Mekong, Chu Chi Tunnels, tmpt2 shopping, tmpt2 menarik di hcm dll). Dijamin berpuas hati..
No Hp / Whatsapp: +841269930648
Fb: Loh Aeda
Email: abdollohvet@gmail.com
Blog: lohabdolloh.blogspot.com
Tq^^
tq Haidar atas perkongsian tour Guide
DeleteAssalamualaikum kepada semua Percutian ke Bukittinggi Padang Saya Mukhlis Tourist Guide Kat Bukittinggi Padang,
ReplyDeleteBukittinggi Merupakan Destinasi Percutian Yang menarik untuk dikunjungi selain View yg cantik, makan sedap dan tempat Shopping Embroidery banyak pilihan dan penduduknya Muslim senang untuk cari makan
Saya Mukhlis Driver cum Guide kat Bukittinggi bagi Tuan, Puan, abg,Akk yg nak datang Bukittinggi tapi belum ade contact untuk uruskan kat Bukittinggi insyallah saya boleh bantu uruskan sebaik mungkin sesuai dgn apa yg di minta. Dan bagi yang nak sewa Transportasi Kereta Innova, Van Pregio,Bas ,Bukittinggi bandar kecil sejuk makan sedap, tempat Shopping kain sulam banyak dari yg murah, menengah, Quality dan bagus buat bisness jual balik maupun nak pakai sendiri. Sila datang Bukittinggi nanti saya akan bw kat home industry kain sulam baik yg nak beli sehelai atau pun borong. Saya utamakan Quality bukan Quantity sila call Whatsapp +628197513210 or +6281268422608 untuk buat tempahan
Dan saya Mukhlis Budget Tours Bukittinggi Padang Tidak mengatas namakan Travel Agent Manapun untuk Promote saya punya khidmad,
Dan saya ucapkan banyak terima kasih pada Blog ini atas share Percutian dengan adanya blog ni boleh berbagi Informasi dan khidmat
Wassalam
Mukhlis Budget Tours Bukittinggi Padang
ReplyDeletesalam puan / tuan
mohon maaf kami numpang promotion
kami salah satu agency pelancongan bernama PT.RISFY HIDAYAH WISATA.yang sudah mempunyai legalitas.berada kat bukittinggi padang west sumatera indonesia.
menawarkan belbagai pakej pelancongan bukittinggi – padang tour,medan tour.padang island’s tour.
untuk information sila hubungi kami di talian
phone / whatsapp : +6282169960060.(edward ardy)
atau sila tengok di http://www.risfyhidayahgroup.blogspot.com
inshaallah
kepuasan pelanggan tujuan utama kami
wassallam
pt.risfy hidayah wisata
(edward ardy)
Adakah anda memerlukan pinjaman ??
ReplyDeleteAdakah anda sedang mencari bantuan kewangan, adakah anda sangat memerlukan dana?
Gochel syarikat kewangan berada di sini untuk menyediakan anda jumlah pinjaman yang diminta selagi anda akan dapat untuk membayar balik pinjaman, Tiada pemeriksaan kredit jaminan 100%.
Kami memberi pinjaman pada kadar yang standard sebanyak 3.7% Hubungi kami hari ini melalui am_credit@outlook.com
Kami menawarkan pelbagai jenis pinjaman termasuk: Pinjaman Perniagaan, Pinjaman peribadi, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tanpa cagaran, modal teroka
Adakah anda ditolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan untuk apa-apa sebab ??. Jika Berminat? Hubungi kami hari ini melalui am_credit@outlook.com dan mendapatkan pinjaman legit dan mudah hari ini
Adakah anda sedang mencari bantuan kewangan, Adakah anda sangat memerlukan bantuan kewangan?
ReplyDeleteLihatlah Tiada lebih jauh kerana syarikat Gochel Kewangan di sini untuk memberikan anda jumlah pinjaman yang anda minta dengan syarat anda akan dapat membayar balik pinjaman.
Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 4% tanpa pemeriksaan kredit dan jaminan 100%.
Anda boleh hubungi kami untuk apa-apa jenis pinjaman termasuk pinjaman kereta, pinjaman perniagaan, Pinjaman Rumah, Pinjaman Startup, dan lain-lain melalui e-mel am_credit@outlook.com.
Untuk maklumat lanjut atau untuk memohon e-mel kami dengan butir-butir di bawah.
Umur:
Nama penuh:
Jumlah Diperlukan:
Tempoh Pinjaman (masa bayar balik):
negara:
bandar:
Alamat Tetap:
seks:
Nombor telefon:
Pendapatan bulanan:
pekerjaan:
Keluarga terdekat:
Alamat rumah:
Alamat pejabat:
Nombor telefon:
Adakah anda memahami bahasa Inggeris:
pekerjaan:
Setelah maklumat ini diterima oleh syarikat saya, prosedur pinjaman akan bermula pantas menghubungi kami melalui e-mel am_credit@outlook.com
Assalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSalam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.
Contact person :
RIKO ADRYANSYAH
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com
Wassalam
Tuan Nyonya
ReplyDeleteTerutama di seluruh dunia, Anda perlu pinjaman uang antar individu untuk mengatasi kesulitan keuangan akhirnya memecahkan kebuntuan diprovokasi oleh bank, oleh penolakan file aplikasi pinjaman Anda. Kami adalah jaringan ahli keuangan swasta mampu membuat pinjaman untuk jumlah yang Anda butuhkan dan dengan kondisi yang membuat hidup Anda lebih mudah. Kami dapat membantu Anda dalam bidang berikut:
Keuangan *
* Home Loan
* Investasi Pinjaman
* Auto Pinjaman
* Konsolidasi hutang
* Line of Credit
* Kedua Mortgage
* Akuisisi kredit
* Personal Loan
Anda terjebak, Bank dilarang dan Anda tidak mendapatkan manfaat dari bank atau Anda lebih baik memiliki sebuah proyek dan membutuhkan pembiayaan, kredit buruk atau membutuhkan uang untuk membayar tagihan, uang untuk berinvestasi pada bisnis. Sementara kami siap melayani anda untuk aplikasi pinjaman pribadi Anda dari € 500 sampai € 10 juta untuk masing-masing tertentu dapat membayar tingkat bunga 1,5%. Kami berada dalam posisi untuk memenuhi peminjam kami dalam waktu 12 jam sejak diterimanya permohonan mereka.
Silahkan hubungi kami untuk lebih jelasnya;
dangotegrouploandepartment@gmail.com
eee..bestnyer..xsaba nak smpai..InsyaALLAH...
ReplyDeletePerlukan Perkhidmatan Kereta Sewa? Jom Singgah...
http://keretasewarawangselayang.blogspot.my/
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya ada terjumpa senarai agensi pelancongan di:
ReplyDeletehttps://www.lookp.com/malaysia/travel-agency
Kepada mereka yang sedang mencari khidmat agensi pelancongan, bolehlah ke link tersebut.
Tq Nur Nadia atas perkongsian....
ReplyDeleteTq, info yg agak details.
ReplyDeletesama-sama...sekadar berkongsi pengalaman...
ReplyDelete