View My Stats

Thursday 9 May 2013

Kenali Sakit Kencing Manis - Tips Penjagaan Kesihatan

Secara ringkasnya diabetis atau kencing manis ialah satu keadaan di mana badan tidak lagi dapat menukarkan makanan menjadi tenaga seterusnya menyebabkan kandungan gula dalam darah bertambah.


Bagi mereka yang normal dan sihat, apabila makan, karbohidrat akan ditukarkan menjadi glukos.  Glukos ini akan masuk ke dalam darah dan organ pankreas akan menghasilkan insulin bagi memastikan glukos dapat diserap masuk ke dalam sel badan menjadi tenaga. 
Berbeza bagi mereka yang menghadapi diabetis atau kencing manis, glukos yang dihasilkan tidak dapat menyerap ke dalam sel badan seterusnya menyebabkan glukos dalam darah menjadi bertambah.  

Kepentingan INSULIN
Insulin ialah hormon yang dihasilkan oleh organ pankreas. Fungsi insulin ialah untuk membantu glukos menyerap masuk ke dalam sel badan untuk dijadikan tenaga.  Glukos yang berlebihan akan disimpan di organ hati.
Terdapat 2 jenis diabetis, iaitu:
1-      Diabetes Jenis 1
  • Terjadi apabila organ pankreas tidak berupaya menghasilkan insulin secukupnya
  • Kebanyakan pesakit diabetis jenis 1 adalah kanak-kanak dan orang muda.
2-      Diabetis Jenis 2
  • Organ pankreas menghasilkan insulin tetapi tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya (rintangan insulin).
  • Apabila insulin yang dihasilkan tidak diserap ke dalam sel badan, lama-kelamaan organ pankreas tidak lagi dapat menghasilkan insulin. Akibatnya, glukos di dalam darah akan menjadi tinggi dan bertambah.
RINGKASAN:
Keadaan NORMAL:
Apabila makan => Karbohidrat menghasilkan glukos => Glukos masuk dalam darah => Insulin terhasil => Glukos diserap ke dalam sel => Menghasilkan tenaga
 Keadaan pesakit DIABETIS:
Makan => Karbohidrat menghasilkan glukos => Glukos masuk dalam darah => TIADA INSULIN terhasil atau mengalami RINTANGAN INSULIN => Glukos TIDAK DAPAT menyerap ke dalam sel => TIDAK menghasilkan tenaga => Glukos dalam darah bertambah.
Kenali tanda-tanda Diabetis atau Kencing Manis:-
  1. Kerap membuang air kecil
  2. Kerap berasa dahaga
  3. Kerap berasa lapar
  4. Pertambahan berat badan – Obesiti
  5. Kehilangan berat badan dengan ketara
  6. Cepat letih dan penat
  7. Penglihatan kabur
  8. Luka dan lebam lambat sembuh
  9. Jangkitan yis atau jangkitan pundi kencing dan faraj
  10. Kulit gatal-gatal
  11. Gusi merah atau bengkak
  12. Disfungsi seksual di kalangan lelaki (erectile dysfunction)
  13. Kebas-kebas di bahagian kaki dan tangan
Bahaya penyakit Diabetis atau Kencing Manis
Penyakit kencing manis atau diabetis tergolong di dalam kategori sakit yang boleh membawa kepada keadaan yang lebih kronik.  Ia boleh merosakkan saraf dan saluran darah, yang membawa kepada komplikasi seperti penyakit jantung, strok, buta, penyakit buah pinggang, masalah saraf, jangkitan gusi, dan pemotongan anggota badan yang terjejas akibat penyakit itu.


Cadangan untuk mengawal Diabetis atau Kencing Manis
1. DIET - Mengamalkan diet pemakan yang sihat.  Kurangkan gula dan karbohidrat.
2. SENAMAN - Konsisten dalam melakukan aktiviti fizikal yang sesuai seperti berjalan kaki selama 20 minit setiap hari.
3. TERAPI INSULIN - Dapatkan suntikan insulin secara berkala jika perlu.  Kebiasaannya diamalkan oleh pesakit diabetis jenis 1.
4. UBAT-UBATAN - Diabetis juga dapat dikawal dengan pengambilan ubat-ubatan seperti metformin,  sulfonylurea atau incretins.  Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan.


Ujian kencing manis

Ujian boleh dijalankan dimana-mana klinik kesihatan atau klinik swasta. Dapatkan nasihat dari Doktor sebelum melakukan ujian bagi mendapat keputusan yang tepat.

Sama-sama kita jaga kesihatan kay...
sumber : Petikan dari blog rakan-rakan

No comments:

Post a Comment