KEMBARA ALAM AADK
setiap kita ada cerita....
Wednesday, 15 April 2020
Tuesday, 5 March 2019
Mimpi Doa Seekor Kucing
Mimpi doa seekor kucing
Ibu seorang pemuda dirawat di hospital
وأدخلت للعناية المركزه
Ibunya dirawat di ICU
وفي يوم من الأيام صارحه الأطباء
Beberapa hari kemudian doktor berterus terang kepadanya
بأن حال والدته ميؤوس منها وأنها في أي لحظة تفارق
Keadaan ibunya tiada harapan sembuh dan boleh meninggal dunia bila2 masa
وخرج من عند أمه هائما على وجهه
Pemuda itu meninggalkan hospital dengan air muka yg sedih mengenang sakit ibunya
وفي طريق عودته لزيارة والدته
Dalam perjalanan utk melawat ibunya sekali lagi
وقف في محطة البنزين
Pemuda itu berhenti di stesen minyak
وهو ينتظر العامل ليضع البنزين
في سيارته
Sedang dia menunggu atendan mengisi minyak
رأى تحت قطعة كرتون قطة قد ولدت قططا صغارا
Pemuda itu terpandang seekor kucing beranak beberapa ekor anak berteduh dibawah kotak
وهم لا يستطيعون المشي
Kucing itu kelihatan tak mampu berjalan
فتساءل!!!!!
Dia termenung sejenak tertanya2...
من يأتي لهم بالطعام وهم في هذه الحال؟
فدخل للبقالة
Siapakah yg akan bagi kucing itu makan dalam keadaan begitu, dan pemuda itu masuk ke kedai barangan dalam stesyen minyak
واشترى تونة
Dibelikannya setin tuna
وفتح العلبة ووضعها للقطة
وانصرف للمستشفى
Dibukannya tin tuna itu utk diberi kepada kucing tadi dan meneruskan perjalanannya ke hospital
وعندما قدم للعناية مكان تنويم أ
Sebaik sahaja masuk ke bilik ICU
لم يجدها على سريرها فوقع ما في يده فزعا
Alangkah terperanjatnya dia apabila ibunya tiada dikatil ICU itu dan tergamam sehingga jatuh benda yg dipegangnya
فاسترجع وسأل الممرضة*
Dia bergegas lari utk bertanya kepada nurse bertugas
أين فلانة؟
Di mana ibuku.?
فقالت تحسنت حالتها فأخرجناها للغرفة المجاورة
Nurse itu berkata: Ibumu sudah beransur pulih dan kami pindahkannya ke wad biasa
فذهب إليها
Pemuda itu terus mendapatkan ibunya
فوجدها قد أفاقت من غيبوبتها
Yg ketika itu dalam keadaan sudah sedar dari komanya
فسلم عليها وقبلها فسألها
Dia bersalam dan mencium ibunya sambil bertanya apa terjadi
فقالت أنها رأت وهي مغمى عليها
Ibunya memberitahu ketika dalam keadaan tidak sedar dikatil
قطة وأولادها رافعين أيديهم يدعون الله لها
Ibunya melihat kucing dan anak2nya menadah tangan ke arah langit sambil berdoa memohon ibunya disembuhkan segera
فتعجب الشاب
Pemuda itu terkejut mendengar apa yg diceritakan ibunya
فسبحان من وسعت رحمته كل شيء
*Maha suci Allah Tuhan yg rahmatnya meliputi setiap sesuatu.
سبحان الله الصدقةدفعت بلاء بإذن الله
Segala puji utk Allah, sedekah jariah melepaskan kita daripada penderitaan, dengan izin Allah.
(داووا مرضاكم بالصدقه)
(Sembuhkan penyakitmu dengan melakukan sedekah)
هذه فقط علبة تونه والرسول صلى الله عليه واله وسلم قال: ( إتقوا النار ولو بشق تمره)
Itu hanya setin tuna. Rasulullah SAW bersabda: (Lindungi diri kamu daripada panas api neraka walaupun dengan separuh tamar)
سبحان الله ألا تريد أن تكون جوادا
Subhana Allah Jadikan ini tindakan kamu utk menjadi seorang yg pemurah
حتى لو كنت مشغولا أرسل هذه الرسالة الى أكثر أصحابك"
Walaupun anda sibuk,sila forwardkan rencana ini kepada seramai yg mungkin sahabat2 mu..!
(لاإله إلا الله)
? "يارب فرج هم من ينشره"
Ya Allah! Engkau ringankanlah beban kepada sesiapa saja yg berkongsi kisah ini.
Tuesday, 26 February 2019
8 Perkampungan Tercantik Di Dunia
CANTIKNYA KEINDAHAN CIPTAAN YANG MAHA ESA
Semua orang pasti mempunyai pandangan dan kenangan tersendiri bagaimana rasanya apabila berada di kawasan perkampungan. Tidak kiralah sama ada perkampungan itu berada di dalam atau luar negeri, kesemuanya pasti memiliki persamaan seperti udara yang menyegarkan, pepohon hijau yang menyejukkan mata dan suasana aman permai yang dapat meredakan segala tekanan daripada hiruk-pikuk tinggal di bandar.
Jika anda inginkan kelainan apabila melancong ke negara lain dan mencari kedamaian, bolehlah cuba berkunjung ke 8 destinasti perkampungan berikut yang merupakan antara desa tercantik dan paling indah dalam dunia:
1. Desa Hallstatt, Austria
Hallstatt merupakan sebuah kawasan desa pelancongan di pinggir barat Tasik Hallstatt, Gmunden, Austria. Kawasan yang terkenal dengan keindahan panorama ini berkeluasan 60 km persegi dan menjadi salah satu tarikan utama pelancong yang datang ke Austria. Di perkampungan ini, terdapat kurang daripada 1,000 orang penduduk dan alam semula jadi masih dipelihara, menjadikan kampung ini begitu tenang dan selesa untuk beristirahat. Dari kampung ini juga anda dapat melihat sendiri Gunung Alps yang memukau pandangan.
2. Simiane-La-Rotonde, Perancis
Segala yang anda inginkan untuk menenangkan fikiran terdapat di perkampungan nan indah ini. Dimulakan dengan langit yang biru, hamparan padang lavender hinggalah ke kawasan pergunungan yang berdiri megah, kesemuanya amat sukar dilupakan begitu sahaja. Selain itu, di sini juga terletaknya sebuah kubu bersejarah yang dibina pada abad ke-12 iaitu Château des Agoult yang kini merupakan salah satu daya tarikan kampung yang berada di Provence, Perancis ini.
3. Alberobello, Itali
Terletak di daerah Apulia, Itali, desa yang diberi nama Alberobello ini amat istimewa. Hal ini demikian kerana selain memiliki panorama memukau, udara yang bersih dan suasana yang tenteram, Alberobello juga telah menjadi salah satu destinasi wajib dilawati bagi pelancong yang mengembara ke Itali. Hampir 1,400 bangunan di sini mempunyai bentuk yang sangat unik dengan dinding yang diperbuat daripada batu kapur dan bumbung dari susunan batuan berbentuk kon. Pemandangan di sini pasti akan membuatkan anda jatuh hati.
4. Monsanto, Portugal
Unik, mungkin itulah perkataan paling tepat untuk menggambarkan perkampungan ini. Ini disebabkan anda akan berasa hairan sama ada tembok di sini diperbuat daripada batu atau batu yang terbuat daripada tembok. Rumah-rumah di perkampungan yang terletak di lereng bukit granit ini memang sengaja dibuat begitu. Walaupun mempunyai jalan yang sempit dan curam, desa yang berada 114 kilometer dari Lisbon ini tetap menjadi destinasi pilihan pelancong yang datang ke Portugal.
5. Uchisar, Turki
Terdapat banyak kampung di daerah ini, akan tetapi Uchisar menjadi salah satu desa yang masih berpenghuni. Desa ini begitu unik dan menghairankan disebabkan pemandangan panoramanya yang hanya dihiasi dengan hamparan berbatu. Uniknya, bukan sahaja rumah-rumah dibuat menggunakan batu, malah hotel, kedai-kedai dan restoran di kampung ini juga dibina daripada batu.
6. Teres Longji, China
Kampung yang indah ini terletak di utara Guilin, Guangxi, selatan China. Untuk sampai ke tempat ini, anda memerlukan kira-kira dua jam perjalanan dari pusat bandar. Teres ini sebenarnya terletak di antara tiga kampung iaitu Kampung Ping'an, Kampung Jinkeng dan Kampung Guzhuang yang dianggarkan wujud sejak 650 tahun yang lalu. Tempat yang menakjubkan ini setiap tahun dapat menarik ramai pelancong untuk datang. Adakah anda salah seorang daripada mereka?
7. Giethoorn, Belanda
Terletak di utara Belanda, Giethoorn Village juga sering disebut sebagai "Dutch Venice". Ini kerana di kampung ini tidak terdapat sebarang jalan untuk dilewati kenderaan bermotor dan penduduk kampung sendiri hanya memanfaatkan laluan sempit, jambatan, sungai dan bot kecil sebagai medium pengangkutan. Bagi pelancong yang ingin melawat, mereka terpaksa meninggalkan kenderaannya di luar kampung dan meneruskan perjalanan menaiki perahu. Tanpa asap daripada kenderaan bermotor, pasti udara di kampung yang indah ini sangat menyegarkan, bukan?
8. Bibury, England
Dibina kira-kira 1,000 tahun yang lalu, kampung Bibury nampaknya mencerminkan masa lampau. Ini disebabkan hampir kesemua bangunan dan landskap di kampung ini tidak berubah sama sekali. Malah, kini, beberapa sudut dan bangunan di kampung ini telah diambil alih oleh kerajaan British untuk menjaga keasliannya. Seolah-olah masuk ke dalam mesin masa, keindahan kampung yang terletak di Costwolds, Cirencester, England ini juga sering digunakan sebagai lokasi penggambaran filem bertema abad ke-19.
Bukan sahaja menyeronokkan sebagai lokasi percutian, kampung-kampung yang paling indah di dunia ini juga boleh menjadi contoh untuk generasi muda bahawa kebersihan dan keindahan alam sebenarnya penting untuk masa depan kita bersama.
Thursday, 22 November 2018
9 Tempat Menarik di Dunia Yang Anda Mungkin Tak Pernah Dengar Tapi Patut Kunjungi
Tempat-tempat di bawah ini boleh dikatakan sebagai antara tempat yang RARE untuk dikunjungi oleh tourist, tapi pastinya patut diselinap masuk ke dalam travel itinerary anda! Seorang pengembara atau traveler yang sejati haruslah travel off the beaten track, atau dalam bahasa mudahnya, tempat terpencil, betul tak? So, jom kita lupakan sekejap tentang Eiffel Tower, The Empire State Building, kegemerlapan kota London pada waktu malam, dan malah Machu Picchu juga. Kita check out pula antara beberapa tempat-tempat lain yang sangat cantik dan agak rare yang anda patut kunjungi.
1. Lofoten Islands, Norway
Pemandangan di sini tersangat-sangatlah cantik dan menakjubkan. Kalau pemandangannya sahaja tidak cukup bagi anda, di sini juga ada Røst Reef, iaitu terumbu karang air laut yang paling besar di dunia! Besar mana? Panjangnya sahaja sudah mencecah kira-kira 40 km, manakala lebarnya pula dalam 2-3 km. Memang besar gila!
2. Hinatuan River, Mindanao, Filipina
Sungai berwarna biru picture-perfect ini sudah semakin dikenali, namun pelancong tidaklah sepadat di tengah bandar. Ianya merupakan tempat yang sangat ideal untuk berenang dan ber-snorkeling. Airnya yang sangat biru, bersih dan jernih memang sudah cukup memukau untuk membuatkan anda berasa seolah-olah berada di dunia fairytale. Malah, penduduk tempatan di situ juga menggelarkan sungai ini sebagai “Enchanted River”. Memang padan dengan namanya.
3. Aogashima, Jepun
Pulau yang begitu hijau ini terletak beratus-ratus batu dari tanah besar Jepun dan didiami oleh hanya sekitar 200 orang penduduk sahaja . Ianya merupakan antara pulau gunung berapi yang paling cantik, dan yang paling menghairankan adalah betapa hijaunya pulau ini. Walaupun gunung berapi di pulau ini masih lagi aktif, tetapi kali terakhir ia meletus adalah pada sekitar tahu 1700-an. Entah bila lagi ia akan meletus, tiada siapa yang tahu. Yang pentik, pulau ini betul-betul memukau!
4. Lake Hillier, Australia Barat
Australia boleh dikatakan sebagai sebuah negara yang mempunyai banyak tasik yang cantik-cantik, tetapi tiada satu pun yang sebegitu dramatik (dan sebesar) Lake Hillier. Tasik ini adalah kira-kira 600 meter panjang dan tiada siapa yang betul-betul tahu kenapa tasik ini berwarna pink. Menarik, kan?
5. Crooked Forest, West Pomerania, Poland
Hutan ini dinamakan dengan nama ‘Crooked Forest’ kerana bentuk pokok-pokok pinusnya yang pelik. Kenapa dan macam mana pokok-pokok di sini boleh tumbuh melengkung, tiada siapa yang tahu sebab yang jelas. Memang pelik tapi pokok-pokok inilah yang menjadikan Crooked Forest ini sebagai satu pemandangan yang unik dan menakjubkan!
6. Tianzi Mountain Nature Reserve, Wulingyuan, China
Rizab semulajadi ini merupakan ‘rumah’ kepada gunung-gunung yang cantik. Kira-kira dua ribu buah puncak ‘tumbuh’ di sekitar kawasan ini membentuk satu landskap yang kelihatan seperti gambaran seni di dalam sebuah novel fantasi. Puncak-puncaknya yang berbatu kelihatan begitu mysterious saat diselubungi kabus atau awan. Indah betul ciptaan Tuhan.
7. Huacachina, Peruvian Desert, Peru
Kalau anda belum tau, kawasan di tengah-tengah padang pasir yang subur dan mempunyai air serta tumbuhan disebut sebagai oasis. Kedengaran macam impossible je, kan? Tapi tempat sebegini memang wujud. Dan salah satu oasis yang paling cantik di dunia ada di Peru! Memang wajib pergi kalau anda ke Peru.
8. Darvaza Gas Crater, Turkmenistan
Darvaza Gas Crater ini sebenarnya merupakan medan gas asli di Derweze, Turkmenistan yang telah diruntuh ke dalam secara tidak sengaja oleh jurutera petrokimia Soviet, lalu menjadi sebuah kawah gas asli. Kawah ini kemudiannya telah dibakar untuk mencegah penyebaran gas metana, dan sejak itu, api di dalam kawah ini tidak pernah padam dan kawah ini terus terbakar sehinggalah hari ini. Kalau anda nak tau, kawah ini juga dikenali sebagai “the Door to Hell”, atau pintu ke neraka. Hmm memang nampak menakutkan..
9. Zhangye Danxia Landform, China
Pergunungan ini sangat berwarna-warni dan kelihatan seolah-olah diambil daripada sebuah lukisan. Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti terpesona!
Kredit: Hand Luggage Only
Tuesday, 28 August 2018
Mount Kinabalu Makes It To Lonely Planet's Most Epic Hiking Trails List
- Malaysia's highest peak, Mount Kinabalu, was recently named as having one of the most thrilling hikes in the world by Lonely Planet
- Image via Adventureinyou
- 200 travel writers uncovered 50 of the best hiking trails in 30 countries... and our very own mountain in Sabah made the cut!
- Image via Adventoro
- DailyMail revealed a sneak peek into the latest published edition of Epic Hikes of the World by Lonely Planet:"Incorporating tangled jungle, granite ridges and barren plateaux, traversing Borneo's highest and holiest mountain is a task that requires nerves - and legs - of steel," it read.
- Mount Kinabalu is recorded to be the 20th highest mountain in the world towering at 13,435 feet above sea level
- Image via Trailfinders.ie
- It is Malaysia's first UNESCO World Heritage Site among others, such as Gunung Mulu National Park and Kinabalu Park.With its breathtaking sunsets and majestic viewpoints, Mount Kinabalu attracts thousands of climbers annually. It is said that an average climber takes roughly two days to scale up and down the mountain.
- Other hiking trails in Asia that also made the list were the 88 Sacred Temples of Shikoku Pilgrimage in Japan, the Markha Valley in India, and the Gubeikou to Jinshanling on the Great Wall of China
- Image via Thrillophilia
- From one-day trails to month-long hikes, Lonely Planet brings to life some of the world's best mountain trails captured through the eyes of their travellers.Some other hikes recommended in the book are the 14 peaks of Snowdonia in Wales, Routeburn Track in New Zealand, and Mount Kilimanjaro in Tanzania.
- Image via 7summitsproject
- Image via DailyMail
- petikan : http://says.com/my/news/mount-kinabalu-listed-among-most-epic-hiking-spots-in-the-world-by-lonely-planet
Wednesday, 15 August 2018
Ipoh Listed Among Top 3 Best Coffee Towns In Asia By Lonely Planet
Published by Tamara Jayne — 18 Apr 2018, 06:08 PM #http://says.com/my/lifestyle/ipoh-is-named-one-of-the-top-3-best-coffee-places-by-lonely-planet
Out of 35 countries worldwide, Ipoh was named one of the top three spots for coffee in Asia
- For all you coffee-lovers out there, Malaysia has "made it"! Ipoh has been named as one of the top three best coffee spots in Asia by Lonely Planet.
- Image via Pinterest
- International travel authority, Lonely Planet worked with coffee-obsessed travel writers and journalists who went on a mission to discover the finest cafes, espresso bars, roasteries and plantations in more than 35 countries around the world...
- ... and our famous Ipoh white coffee successfully made the cut!
- "Ipoh’s signature white coffee is famously hot, sweet and almost buttery in taste,"as stated in the Lonely Planet's Global Coffee Tour book that's packed with 150 coffee experiences, some of which include those from East Africa, to Cuba, and right down to Australia's cafes.
- Image via Ipoh motor mouth
- "For the authentic stuff, Sin Yoon Loong is adored for following the traditional recipe," the book recommended.
- The second place listed as the best coffee spot is Chiang Mai, a mountainous city in northern Thailand
- Image via Tripologist
- Coffee stalls can often be spotted on almost every street corner here.
What's even more incredible is that their beans are produced from their very own local coffee farms.
"Thailand’s northern city of temples has exploded with coffee shops, many having the added bonus of serving single-origin roasts grown within just an hour or two of the coffee shop itself." - Image via Paperplanes
- Besides being one of the largest cities in the world and known for pioneering quirky fashion trends, Tokyo, Japan has also been named as one of the top three cities with the best coffee in Asia
- Image via kurasu
- "Japan has always embraced new trends, and coffee is no exception. Its capital is the place to go for the highest proliferation of third wave-style coffee shops, but be sure to round out your education with a visit to a traditional kissaten (tea-drinking shop)."
Monday, 23 July 2018
Awan Berbentuk Topi Di Puncak Gunung Kinabalu
23 Julai 2018 - KOTA KINABALU: Pembentukan awan lentikular yang menyerupai kanta atau topi yang berlaku di puncak Gunung Kinabalu pagi semalam adalah fenomena biasa yang lazimnya terbentuk di sekitar gunung atau bukit.
Jurucakap Jabatan Meteorologi Sabah, berkata awan lentikular terbentuk akibat aliran udara lembap yang melalui penghalang seperti pergunungan hingga menyebabkan terjadinya pusaran yang membentuk awan berkenaan.
Di sekitar kawasan pembentukan awan ini kegeloraan angin agak kuat dan kencang. Lazimnya, keadaan ini berbahaya kepada pesawat yang melalui kawasan berkenaan.
"Bagaimanapun, ini adalah perkara biasa jika ada angin kencang dan ia tidak dikaitkan dengan mana-mana cuaca buruk. Ia seperti awan biasa cuma bentuknya seperti kanta," katanya ketika dihubungi NSTP di sini, hari ini.
Awan lentikular atau `lenticular clouds' adalah sejenis awan unik yang lazimnya terbentuk di sekitar bukit dan gunung akibat daripada hasil pergerakan udara di kawasan pergunungan.
Awan itu berbentuk seperti piring terbang raksasa atau sesuatu mirip seakan-akan 'pancake'.
Semalam, pembentukan awan lentikular di Gunung Kinabalu menjadi tumpuan khususnya orang ramai yang berada di sekitar Kundasang dan Pekan Nabalu, selain Kota Belud yang dapat melihat awan itu dengan jelas.
Ia turut viral di media sosial apabila mendapat perkongsian yang begitu banyak.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Junaydie Sihan, berkata pembentukan awan itu adalah fenomena biasa.
"Orang sini panggil awan itu sebagai sirung nabalu atau sigar nabalu (topi tradisional) berdasarkan bentuknya menyerupai penutup kepala (topi) tradisional masyarakat Kadazandusun.
"Bagaimanapun, bagi penduduk sekitar Kundasang dan Pekan Nabalu, kejadian itu adalah tanda-tanda akan berlaku kemarau," katanya.
petikan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/452675/awan-berbentuk-topi-di-gunung-kinabalu-fenomena-biasa
Subscribe to:
Posts (Atom)