View My Stats

Monday, 12 May 2014

Pendakian Gunung Tahan Hari Ketiga

Hari Ketiga - 3.5.2014 (Sabtu)
Campsite Kubang ke Campsite Bukit Botak - 8.5 km pendakian (6-8 jam)
Telah mendaki sejauh 30.5 km sehingga ke Kem Bukit Botak

Hari ketiga, peserta bangun seawal jam 6.00 pagi untuk kemas diri dan sembahyang subuh. Punca air yang jauh kebawah memberi sedikit masalah kerana pendaki terpaksa turun sehingga 70 meter ke bawah untuk mengambil air. Airnya tidak berapa jernih tapi cukup digunakan untuk memasak dan membuat minuman. GUIDE mengingatkan peserta agar memasak terlebih dahulu air tersebut sebelum minum untuk menghindari penyakit.

Selepas bersarapan berat dan mengemaskan keperluan, pendakian diteruskan pada jam 9.30 pagi untuk ke campsite Botak iaitu campsite yang berhampiran dengan puncak Gunung Tahan. Sekali lagi pendaki akan menempuh pendakian yang mencabar kerana disepanjang trek laluannya adalah becak dan berlumpur.

Pendaki akan melalui campsite Belumut yang telah ditebang untuk membesarkan lagi campsite tersebut. Menurut GUIDE di kem Belumut inilah mayat seorang pendaki yang telah meninggal dunia dibawa keluar itupun setelah 3 hari kerana keadaan yang berkabus, hujan dan berangin. Dari kem Belumut, trek pendakian adalah berlumpur dan becak, so masa pijak tanah tu kena hati-hati kerana boleh terjerumus ke dalam lumpur.

Dari kem Belumut, pendakian diteruskan ke Kem Bonsai. Cantik sungguh permandangan apabila sampai dikawasan ini kerana keadaan pokoknya yang rendang seolah-olah dikelilingi oleh bonsai. Tapi yang tak bestnya ialah pendaki akan dapat melihat trek pendakian yang masih lagi tinggi dan jauh didepan mata iaitu terpaksa mendaki gunung yang tinggi disebelah, mak aii tinggi dan jauh lagi nak daki. Kalau mental tak kuat, mau rasanya nak turun balik. Trek pendakian masih lagi basah, becak dan berlumpur.

Selepas menempuh pendakian yang mencabar mental dan fizikal, semua pendaki selamat tiba di campsite Botak pada jam 5.00 petang dan ada yang sampai terlebih awal. Campsite Botak terletak pada ketinggian 1,943 meter dari aras laut. Kawasan ini terbuka kepada tiupan angin dan keadaan cuaca amat sejuk di campsite ini. Laluan ke puncak gunung tahan dapat dilihat dengan jelas dari campsite ini. Terdapat punca air yang berdekatan dengan campsite dan amat memudahkan pendaki untuk kemas diri dan memasak.

Sebaik semua peserta sampai, mereka bergotong royong untuk memasang fly sheet dan memasak. Sungguh cantik permandangan dari Kem Botak kerana pendaki boleh melihat banjaran Titiwangsa sejauh mata memandang. So sambil makan boleh menikmati permandangan yang cantik dan indah ini. Di Kem Botak boleh dapat signal untuk handphone. So boleh call dan whatapss orang yang tersayang....

 Sebaik sahaja selesai makan malam, pada jam 8.00 malam hujan turun dengan lebatnya bersama petir dan guruh yang kuat. Kami terpaksa bangun dan cuba menyokong fly sheet dari diterbangkan angin. Ada peserta yang tidur dalam keadaan basah kerana fly sheet yang dibina dimasuki air hujan. Selepas hujan keadaan bertambah sejuk dengan tiupan angin sehingga menusuk tulang. Akibat keletihan, peserta tertidur juga walaupun dalam keadaan yang basah dan kuyup...tamat program untuk hari ketiga.

2 comments:

  1. Perghhh another 6-8 jam.. memang terbaik la.. kene banyak training dulu ni huhuuu.. :D

    ReplyDelete
  2. Betul tu...kena kuat fizikal, tapi yang penting mental juga perlu kuat....sebab nanti kita akan nampak trek yang mencanak didepan kita....huhuhu

    ReplyDelete