Kem Lata Luis ke Starting Point Kuala Juram (12.5 km), 4-6 jam pendakian turun
-Telah tamat mendaki sejauh 64 km sehingga ke Kuala Juram
Hari keenam, hari terakhir program. Nampak wajah semua pendaki begitu riang sebaik bangun dan sembahyang subuh, maklumlah ini dah hari terakhir pendakian. Selepas sarapan dan mengemaskan barang keperluan, pendakian hari terakhir bermula jam 10.00 pagi iaitu dari Lata Luis ke permulaan pendakian di Kuala Juram iaitu sejauh 12.5 km.
Trek pendakian yang agak landai dan tidak begitu meninggi membuatkan pendakian keluar dalam keadaan santai dan agak rileks. Pendaki sekali lagi terpaksa merentasi sungai yang jernih dan segar. Ada juga peserta yang berhenti untuk mandi air sungai kerana sudah tiada tekanan kerana puncak Tahan sudah ditawan.
Dalam keadaan santai, pendaki yang awal sampai di Kuala Juram adalah pada jam 1.30 petang iaitu kira-kira 3 jam 30 minit. Sebaik sampai di Kuala Juram, peserta sempat bermain dengan ikan kelah iaitu raja ikan sungai. Mengikut GIUDE harga ikan kelah liar ialah dalam RM300.00 untuk 1kg. Ikan ini hanya boleh hidup dalam air yang mengalir dan bersih, dan jauh ke pendalaman. Peserta kena beli palet dari GUIDE dan memberi ikan kelah makan. Banyak betul ikan kelah dikawasan Santuri Kelah Kuala Juram. Sebelum itu GUIDE akan memberi talimat ringkas kepada peserta tentang ikan kelah tersebut.
Selepas bermain dengan ikan kelah, semua peserta akan menaiki 4WD dari Kuala Juram untuk balik ke pejabat Taman Negara Sungai Relau. Perjalanan sejauh 13 km dan mengambil masa dalam 20 minit. Terdapat jejak binatang liar semasa melalui jalan 4wd tersebut seperti jejak gajah, tapir dan sebagainya. GUIDE memberitahu pernah ada peserta yang ternampak kelibat harimau semasa menaiki 4WD tersebut.
Sebaik sampai di Pejabat Taman Negara Sungai Relau, semua peserta kemas diri. Selepas itu Renjer akan memeriksa balik barangan yang dibawa keluar oleh peserta seperti yang dicatit semasa pemeriksaan pada hari pertama. Ini bagi memastikan trek gunung Tahan sentiasa bersih dari sampah. Dipejabat Taman Negara Sungai Relau terdapat mini market untuk peserta membeli air minuman dan makan ringan serta barangan cenderahati seperti t-shirt, button dan lain-lain sebagai kenangan.
Selepas semua urusan selesai, semua peserta mengucapkan terima kasih kepada GUIDE dan Tuan Haji Razali dari KDN selaku penyelaras program. Selepas bersalam-salaman dan bergambar kenang-kenangan, semua peserta AADK meninggalkan pejabat Taman Negara Sungai Relau pada jam 4.00 petang dengan penuh kenangan yang tidak akan dilupakan untuk selamanya. Tahniah semua.....
cepat update nak baca hahaha :D
ReplyDeleteDah update semua...tqvm
ReplyDelete