Kem Kubang ke Kem Lata Luis - 7.5 km (6 hingga 8 jam pendakian turun)
-Telah mendaki sehingga 51.5 km sehingga ke Lata Luis
Hari Kelima, seperti biasa peserta bangun untuk sembahyang subuh dan kemas diri. Selepas sarapan pagi dan mengemas keperluan, pendakian turun dari Kem Kubang ke Kem Lata Luis bermula jam 9.30 pagi.
Sekali lagi peserta akan melalui trek pendakian yang sama. Untuk kem Kubang ke Lata Luis pendakian turun amat mencabar kerana terpaksa mendaki turun di kecerunan yang agak tinggi iaitu kira-kira 85 darjah, trek basah dan licin. Jarak pendakian turun dari Kem Kubang ke Lata Luis ialah 8.5 km dan memerlukan tumpuan yang tinggi dari pendaki untuk mendaki turun dengan selamat. On the Way ke Lata Luis ada peserta yang singgah mandi air sungai yang mengalir jernih.
Pokok yang mirip wajah manusia menuju ke Lata Luis
Akhirnya setelah menempuh pendakian turun yang amat memenatkan, semua pendaki selamat tiba di Lata Luis pada jam 5.00 petang dan ada juga peserta yang tiba lebih awal. Apa lagi riang tidak terkata kerana hanya ada satu lagi pendakian turun pada esok hari ke Kuala Juram. Sampai saja di Lata Luis, semua peserta mandi air terjun iaitu punca air yang terdapat di Lata Luis dengan jarak yang agak dekat. Mereka mandi sepuasnya dengan perasaan gembira kerana telah 5/6 pendakian telah berjaya diselesaikan. Selepas mandi semua peserta makan malam bersama-sama dan solat bersama-sama. Selepas makan malam dan solat semua peserta tidur dengan penuh kelegaan. Tamat program untuk hari kelima.
No comments:
Post a Comment