Hari Keempat - 4.5.2014 (Ahad)
Kem Botak - Puncak Tahan - Kem Botak - Kem Kubang (13.5 km) - 7 hingga 9 jam pendakian turun
-Telah mendaki sejauh 44 km sehingga ke Kem Kubang
-Telah mendaki sejauh 44 km sehingga ke Kem Kubang
Hari keempat, selepas sembahyang subuh, kemas diri dan sarapan pagi ringkas, pendakian ke puncak gunung Tahan bermula pada jam 7.30 pagi. Cuaca yang cerah dan cukup baik dengan sinaran mentari pagi yang hening. Untuk pendakian ke puncak kami hanya membawa air minuman sahaja kerana barangan yang lain kami tinggalkan di Kem Botak dan dijaga oleh GUIDE Abg Aki. So laju semuanya mendaki naik kerana tak perlu pikul beban. Jarak dari kem Botak ke puncak adalah 2.5 km dan mengambil masa antara 45 minit hingga 1 jam untuk sampai ke puncak Tahan.
Trek pendakian ke puncak Tahan adalah berbatu dan agak licin. Pendaki terpaksa berhati-hati untuk pijak batu kerana ada juga batu yang agak longgar di sepanjang trek. Pendaki akan melalui trek yang cantik kerana sekali lagi pokok bonsai tumbuh sepanjang trek pendakian. Disebabkan cuaca yang amat terang dan cerah, pendaki dapat melihat banjaran Titiwangsa terbentang luas didepan mata. Terasa betapa kerdilnya diri ini melihat kebesaran ciptaan Yang Maha Esa.
1 jam pendakian akhirnya semua peserta 1KDN sampai juga di puncak Gunung Tahan. Tidak dapat digambarkan betapa puasnya perasaan kami dapat melihat papan tanda puncak Gunung Tahan yang selama ini hanya di lihat dalam blog dan internet. Perasaan sebak dan terharu kerana telah berjaya menakluk puncak gunung ini setelah bertungkus lumus selama 4 hari dan menempuh pelbagai cabaran untuk sampai ke puncak Tahan. Puncak gunung ini tidak begitu luas dan agak berbatu. Nasib kami semua baik kerana cuaca yang cerah dan dapat melihat keindahan banjaran gunung terbentang luas didepan mata. Kami tidak melepas peluang untuk bergambar kenang-kenangan bersama. Dari puncak gunung ini terdapat trek pendakian untuk turun ke Kuala Tahan.
Selepas bergambar kenang-kenangan lebih kurang 1 jam di puncak, semua peserta turun balik ke Kem Botak untuk makan dan kemas barang keperluan. Pendakian turun juga sejauh 2.5 km ke Kem Botak dan akan ambil masa lebih kurang 45 minit. So masa nak turun tu bergambar lagi coz dah rasa seronok kerana dan dapat tawan puncak gunung Tahan. Cuaca yang cerah membuatkan permandangan bertambah cantik di banjaran Titiwangsa. Dari atas semasa turun kami dapat melihat dengan jelas Kem Botak yang kami camping semalam.
Sebaik sampai di Kem Botak, semua peserta makan dan mengemas keperluan dan kelengkapan untuk pendakian turun ke Kem Kubang sejauh 8.5 km pendakian turun. Walaupun nampak keletihan tetapi di wajah masing-masing tergambar satu kepuasan kerana dapat menakluk puncak gunung Tahan.
Selepas mengemas barang keperluan, pendakian ke Kem Kubang bermula pada jam 10.30 pagi. Pendaki akan melalui trek yang sama semasa pendakian naik. Trek yang becak, berbatu, licin dan penuh dengan akar pokok. Walaupun terpaksa meredah jarak 8.5 km ke kem Kubang, ternyata wajah semua peserta ceria dan gembira kerana telah dapat menawan puncak gunung Tahan. Terasa seperti beban yang berat telah hilang dan fikiran pun rasa tenang dan lapang kerana telah berjaya melaksanakan misi ini. On the way turun jumpa pokok orkid hutan dekat area kem bonsai.
Ingatkan pendakian turun lagi senang, rupa-rupanya pendakian turun lebih susah kerana terpaksa pijak dengan berhati-hati disamping berat beg yang dipikul menambahkan lagi kesusahan pendakian turun. Lutut kena kuat disamping tangan hendaklah memegang akar atau tali untuk lebih keselamatan masa turun ditambah dengan trek yang becak, licin dan berbatu.
Semua peserta selamat tiba di kem Kubang pada jam 6.00 petang dan ada peserta yang tiba lebih awal, iaitu kira-kira 7 jam pendakian turun dari Kem Botak. Kem ini dinamakan kem Kubang kerana peserta terpaksa berkubang dengan becak dan lumpur untuk camping disini. Seperti biasa bila dan sampai campsite peserta akan dirikan flysheet, gotong royong memasak dan kemas diri. Akibat kegembiraan dan kepenatan semua peserta tidur seawal jam 9.00 malam selepas sembahyang isyak. Di Kem Kubang ada signal untuk Handphone dan internet, so boleh call dan whatapss. lagi. Tamat program untuk hari keempat.
hai...kalau orang luar boleh join ke untuk apa apa event hiking ni??
ReplyDeleteHai Atiqah....boleh join...untuk sama-sama berkongsi pengalaman...
Delete