View My Stats

Friday, 30 May 2014

Renungan Jumaat - Kisah dan Teladan

CERITA PENGEMIS DAN ISTERI CANTIK

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.


"Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi." Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu.


Dalam hatinya berkata "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku." Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.
Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. 


Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suamiya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.

Suami yang baru itu menjawab dengan tenang. "Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!".

Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya diatas. Ada masa ketikanya kita akan turun kebawah dan naik semula atau sebaliknya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : "Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan".

Anas b. Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda bermaksud :


"Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaannya, barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya". 

Monday, 19 May 2014

Makanan Untuk Mata Sihat

Tak semua orang bertuah memiliki penglihatan yang sempurna. Tetapi mengekalkan penglihatan yang sempurna bukanlah sesuatu yang diperolehi tanpa usaha. 

Mungkin kini banyak rawatan moden yang boleh merawat penglihatan, tetapi jika anda tidak yakin dengan rawatan moden . Ambil berat pada cara pemakanan anda. Sememangnya mengelak lebih baik daripada mengubati. Berikut adalah makanan yang boleh membantu untuk mengekal dan memperbaiki penglihatan anda; 


1. Lobak Merah 
Lobak merah kaya dengan Betacaotene (pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata). Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah. 


2. Teh 
Jika anda menggemari segala jenis teh, anda sedang melakukan tindakan yang betul untuk mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ia kan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta. 

3. Bawang Putih & Bawang Merah 
Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata. 

4. Kacang Walnut 
Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata. 

5. Tomato 
Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata. 

6. Kacang Soya
Jika anda merupakan peminat kicap dan tempe, anda tentu gembira mengetahui bahawa kacang soya merupakan salah satu makanan penting untuk mata . Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering. 
Image result for telur

7. Telur
Percaya atau tidak, telur juga baik untuk penglihatan. Sebatian sulfur, protein dan cysteine membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata. 

8. Brokoli 
Brokoli mengaktifkan enzim anti – radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.

Friday, 16 May 2014

Tips Mendaki Gunung Tahan

A) CARA MEMOHON

1. Untuk mendaki gunung Tahan, hendaklah mendapat kebenaran dari Pejabat Taman Negara Sungai Relau melalui e-mail : tnsgrelau@wildlife.gov.my
Hendaklah dinyatakan dalam email tersebut tarikh pendakian, bilangan peserta dan laluan pendakian serta orang untuk dihubungi. Nanti pihak Taman Negara Sungai Relau akan membalas email tersebut secara rasmi.
2. Trek Gunung Tahan boleh didaki seperti berikut :- (1 GUIDE untuk 12 orang peserta)
    a) Trek Sungai Relau - Puncak Tahan - Sungai Relau (5 hari -  RM950.00)
    b) Trek Sungai Relau - Puncak Tahan - Kuala Tahan (7 hari - RM1,200.00)
    c) Trek Kuala Tahan - Puncak Tahan - Sungai Relau (7 hari - RM1,200.00)
   d) Bayaran yang dinyatakan diatas adalah untuk bayaran GUIDE. Terdapat juga                  bayaran yang lain seperti permit masuk, tapak khemah dan lain-lain.

3. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi pejabat Taman Negara Sungai Relau di talian berikut : 09-9150214

B) PERALATAN DAN KELENGKAPAN
1. Beg - hendaklah membawa beg yang agak berkualiti untuk membawa barang yang agak berat dan banyak. Jangan membawa beg yang agak murah kerana mudah koyak dan cepat putus tali..so akan ada masalah kerana tempoh pendakian yang panjang. Kalau boleh beli beg hiking original yang berjenama seperti dueter, karimor dan lain-lain kerana tahan lasak serta tahan lama. Cari untuk kandungan 60 liter hingga 90 liter bagi mengisi barang 

2. Pakaian mendaki - hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian dan selesa untuk mendaki. Baju t-shirt yang cepat kering dan seluar tight pendek atau panjang atau lain-lain yang selesa kepada pendaki.

3. Kasut mendaki - untuk mendaki gunung Tahan, GUIDE mengsyorkan pendaki memakai kasut getah, kerana terpaksa mengharungi sungai. Kasut yang lain juga boleh pakai jika pendaki sesuai dan selesa dengan kasut tersebut.

BERSAMBUNG


Thursday, 15 May 2014

9 Pendaki AADK Takluk Gunung Tahan

Berikut adalah 9 orang pendaki AADK yang telah berjaya menakluk puncak Gunung Tahan dan seterusnya mengharumkan nama AADK dalam XPDC Pendakian Gunung Tahan 1KDN, anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang telah diadakan pada 1.5.2014 (Khamis) hingga 6.5.2014 (Selasa) selama 6 hari dan menempuh trek pendakian sejauh 64 Km pergi dan balik (Trek Kuala Juram - Puncak Tahan - Kuala Juram). Tahniah untuk semua...

1. YM Nik Mohd Azuran Bin Raja Abdullah - Gred S41, 
Bahagian Pengesanan dan Pengawasan, Ibu Pejabat AADK

2. Nik Azman Bin Abdullah, Gred S38,
Cawangan Kerjaya dan Vokasional, Ibu Pejabat AADK (Penyelaras Program)

 3. Saiful Onni Bin Abd. Rahim, Gred S17
Cawaangan Pembangunan, Ibu Pejabat AADK

4. Abdul Najib Bin Abdul Rahman, Gred N17,
Pejabat PUU, Ibu Pejabat AADK

5. Siti Salisa Binti Musa, Gred N17,
Bahagian Dasar, Ibu Pejabat AADK (Setiausaha Program)

6. Ivy Allycia Anak Michael, N17
Cawangan Fail, Ibu Pejabat AADK

 7. Jimmy, S17, AADK Tumpat

8. Pet, S17, CCRC Gambang

9. Arore, R3, CCRC Gambang

Monday, 12 May 2014

Pendakian Gunung Tahan Hari Keenam

Hari Keenam, hari terakhir - 6.5.2014 (Selasa)
Kem Lata Luis ke Starting Point Kuala Juram (12.5 km), 4-6 jam pendakian turun
-Telah tamat mendaki sejauh 64 km sehingga ke Kuala Juram


Hari keenam, hari terakhir program. Nampak wajah semua pendaki begitu riang sebaik bangun dan sembahyang subuh, maklumlah ini dah hari terakhir pendakian. Selepas sarapan dan mengemaskan barang keperluan, pendakian hari terakhir bermula jam 10.00 pagi iaitu dari Lata Luis ke permulaan pendakian di Kuala Juram iaitu sejauh 12.5 km.

Trek pendakian yang agak landai dan tidak begitu meninggi membuatkan pendakian keluar dalam keadaan santai dan agak rileks. Pendaki sekali lagi terpaksa merentasi sungai yang jernih dan segar. Ada juga peserta yang berhenti untuk mandi air sungai kerana sudah tiada tekanan kerana puncak Tahan sudah ditawan.

Dalam keadaan santai, pendaki yang awal sampai di Kuala Juram adalah pada jam 1.30 petang iaitu kira-kira 3 jam 30 minit. Sebaik sampai di Kuala Juram, peserta sempat bermain dengan ikan kelah iaitu raja ikan sungai. Mengikut GIUDE harga ikan kelah liar ialah dalam RM300.00 untuk 1kg. Ikan ini hanya boleh hidup dalam air yang mengalir dan bersih, dan jauh ke pendalaman. Peserta kena beli palet dari GUIDE dan memberi ikan kelah makan. Banyak betul ikan kelah dikawasan Santuri Kelah Kuala Juram. Sebelum itu GUIDE akan memberi talimat ringkas kepada peserta tentang ikan kelah tersebut.

Selepas bermain dengan ikan kelah, semua peserta akan menaiki 4WD dari Kuala Juram untuk balik ke pejabat Taman Negara Sungai Relau. Perjalanan sejauh 13 km dan mengambil masa dalam 20 minit. Terdapat jejak binatang liar semasa melalui jalan 4wd tersebut seperti jejak gajah, tapir dan sebagainya. GUIDE memberitahu pernah ada peserta yang ternampak kelibat harimau semasa menaiki 4WD tersebut.

Sebaik sampai di Pejabat Taman Negara Sungai Relau, semua peserta kemas diri. Selepas itu Renjer akan memeriksa balik barangan yang dibawa keluar oleh peserta seperti yang dicatit semasa pemeriksaan pada hari pertama. Ini bagi memastikan trek gunung Tahan sentiasa bersih dari sampah. Dipejabat Taman Negara Sungai Relau terdapat mini market untuk peserta membeli air minuman dan makan ringan serta barangan cenderahati seperti t-shirt, button dan lain-lain sebagai kenangan.

Selepas semua urusan selesai, semua peserta mengucapkan terima kasih kepada GUIDE dan Tuan Haji Razali dari KDN selaku penyelaras program. Selepas bersalam-salaman dan bergambar kenang-kenangan, semua peserta AADK meninggalkan pejabat Taman Negara Sungai Relau pada jam 4.00 petang dengan penuh kenangan yang tidak akan dilupakan untuk selamanya. Tahniah semua.....