View My Stats

Thursday, 9 May 2013

Kenali sakit Angin Ahmar (Strok) - Tips penjagaan kesihatan

Strok/Angin Ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara simptom/gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota. 

Strok/Angin Ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal diperingkat dewasa.Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit Stroke/Angin Ahmar dan kematian akibat Strok/Angin Ahmar. Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap Strok/Angin Ahmar yang dirawat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada Tahun 2001 terdapat 20.0 juta penghidap stroke seluruh dunia, 5.5 juta membawa maut.


Apakah jenis-jenis Strok/Angin Ahmar?

Terdapat 2 jenis Strok/Angin Ahmar utama:
• Thrombotic/ischaemic stroke
o Ia berlaku apabila salur darah ateri ke bahagian otak tersumbat.

• Haemorrhagic stroke
o Ini berlaku apabila salur darah ateri ke bahagian otak pecah




Apakah faktor risiko yang menyumbang kepada Strok/Angin Ahmar?

Faktor risiko penyumbang kepada Strok/Angin Ahmar yang tidak boleh dikawal adalah:


Umur - peningkatan umur anda, terutama apabila meningkat umur hingga 65 tahun ke atas, risiko mendapat Strok/Angin Ahmar lebih tinggi.


• Jantina - Lelaki lebih berisiko tinggi dari wanita.

• Sejarah keluarga - Risiko anda lebih tinggi jika terdapat ahli keluarga yangmmenghidap Strok/Angin Ahmar atau Angin Ahmar Ringan (Minor Stroke/Transient Ischaemic Attack)


Faktor risiko untuk anda mendapat Strok/Angin Ahmar adalah:


• Tekanan Darah Tinggi (sila rujuk penyakit HYPERTENSION)

• Kencing manis (sila rujuk DIABETES MELLITUS)
• Paras kolesterol tinggi (sila rujuk HYPERCHOLESTRONEMIA)
• Merokok
• Berat badan yang berlebihan
• Cara hidup tidak aktif (sedentari)
• Tekanan/stress
• Pemakanan - kurang serat dan tinggi lemak
• Minuman keras - minum minuman keras yang berlebihan


Bagaimana saya tahu yang saya diserang Strok/Angin Ahmar?

Bila anda mengalami salah satu atau lebih gejala Strok/Angin Ahmar, sila berbincang dengan petugas kesihatan atau pergi mendapatkan nasihat di klinik kesihatan berhampiran. Doktor anda akan mengesahkan gejala yang anda alami dengan membuat pemeriksaan dan ujian tertentu. Selepas itu doktor akan menentukan diagnosa samada anda mengalami Strok/Angin Ahmar bergantung pada hasil ujian dan pemeriksaan yang telah dilakukan.



Apakah gejala Stroke/Angin Ahmar?

Gejala Strok/Angin Ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:


• Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan

• Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba

• Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang awam secara tiba-tiba

• Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu

• Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata

• Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba

• Sukar menelan


Apakah rawatan untuk Strok/Angin Ahmar?

Seseorang yang disahkan mendapat Strok/Angin Ahmar perlu :


• Dimasukkan ke hospital untuk pengesahan punca strok dan berapa luas tisu otak yang telah rosak

• Dirawat dengan pemberian ubat jika perlu

• Pembedahan untuk menghentikan perdarahan otak jika berkaitan

• Mulakan rawatan pemulihan/rehabilitasi secepat mungkin seperti senaman menguatkan otot yang terlibat, latihan pertuturan dan penyesuaian kepada aktiviti harian(ADL)

• Nasihat amalan pemakanan sihat
STROK PEMBUNUH NO 4 NEGARA!!
Bolehkah saya mengelak dari serangan Stroke/Angin Ahmar?

Faktor risiko yang menyumbang Strok/Angin Ahmar boleh dikurangkan seperti :

• Kawal tekanan darah
• Kawal tahap Kolesterol
• Kawal penyakit Diabetes
• Amalkan cara pemakanan sihat
• Berhenti merokok
• Kerap bersenam
• Menangani tekanan mental
• Kurangkan pengambilan minuman keras


Rehabilitasi/pemulihan untuk pesakit Strok/Angin Ahmar

Kesan angin ahmar ringan selalunya mudah diatasi tetapi jika sebaliknya, ia mungkin mengakibatkan hilang upaya yang teruk dan mungkin kekal. Oleh kerana itu, sokongan dan bantuan emosi dari keluarga, kawan-kawan dan petugas kesihatan amatlah mustahak kerana ia boleh membantu dalam proses pemulihan pesakit angin ahmar. Petugas Kesihatan akan dapat membantu dalam hal-hal seperti:

• Jurupulih Pertuturan
o membantu mengekalkan dan memulihkan pertuturan serta menilai tahap kebolehan menelan

• Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
o mengajar cara mengendali dan menunjuk ajar kemahiran baru, mencadangkan pengubahsuaian rumah bagi memudahkan pergerakan mengikut keupayaan pesakit Strok/Angin Ahmar

• Jurupulih Perubatan (Anggota)
o mengekalkan atau membantu meningkatkan pergerakan dan fungsi badan

Mencegah lebih baik dari mengubati
Sumber : Petikan dari blog rakan-rakan

No comments:

Post a Comment