View My Stats

Wednesday 8 May 2013

Body Mass Index (BMI) - Tips penjagaan kesihatan

BMI adalah singkatan kepada Body Mass Index atau dalam Bahasa Malaysia dikenali sebagi indeks jisim tubuh.BMI adalah ukuran objektif yang digunakan untuk mengkalisifikasikan seeorang itu sama ada obese atau tidak.

Apa pentingnya mengetahui obese atau tidak?
Obesity akan mempengaruhi risiko seeorang itu untuk mendapat penyakit. Obesiti ialah simpanan lemak berlebihan berbanding jisim tubuh teras (lean body mass). Simpanan lemak berlebihan boleh menyebabkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit seperti kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi meningkat.

Bagaimana mengira BMI?
Formula BMI ialah berat dalam kilogram (kg) dibahagikan dengan kuasa dua tinggi dalam unit meter.
Contohnya : Tinggi anda 1.67 meter dan berat badan  anda 67kg,
maka pengiraan BMI anda ialah :
  • 67kg / (1.67 x 1.67 ) = 20.05 (anda mempunyai berat badan normal)

Kategori BMI :
  • Kurang berat badan            = <18.5
  • Berat badan yang normal   = 18.5-24.9
  • Berat berlebihan                   = 25-29.9
  • Obesiti                                    = 30 atau lebih
Sumber : Petikan dari blog kawan-kawan

No comments:

Post a Comment