View My Stats

Friday, 17 May 2013

Cerita Lawak - Ketawa penyeri hidup

Lawak 1 - Polis Trafik
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti.
Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Lawak 2 - Klinik
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Amin terpandang Shan sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian darah.
Amin : Awak takut ke?
Shan : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Shan, Amin menangis.)
Shan : Eh, kenapa pula awak menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian air kencing..
Lawak 3 - Posmen
Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”
Lawak 4 - Hospital Bahagia

Terdapat 3 orang gila yg mengambil ujian perlepasan hospital . lalu doktor itu bertanya kepada org gila yg pertama, apa yg kau mahu bawa jika berada di gurun, orang gila itu menjawab 'payung, sebab kalau panas saya boleh berteduh' . Lalu org gila itu dilepaskan


Doktor itu menanya soalan yg sama kepada org gila kedua, lalu dia menjawab saya akan bawa air, sebab kalau saya haus saya boleh minum lalu org gila itu dilepaskan.


Doktor itu menujukan soalan yang sama kepada org gila ketiga lalu dia menjawab saya akan bawa pintu kereta sebab kalau panas saya boleh menurunkan cermin tingkap... lalu org gila itu dimasukkan kembali ke hospital

Lawak 5 - Candle Light

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.


DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong! 



Lawak 6 - Sudu
Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.

Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.

Doktor: Kenapa?

Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

Lawak 7: Bapa

Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan 

dia.

Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang 

tunduk, mesti orang tu tunduk.

Man: Wow! Bapa kau keja apa?

Ali: Tukang gunting rambut




Lawak 8 - Klinik Mata
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, 
dia bertanya:" Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?""

Dah tentu, " jawab doktor."

Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.
Lawak 9: Tiru
Cikgu: Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.

Bapa: Apa bukti awak?

Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? 

Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".


Lawak 10 - Hantu

SAM: Semalam aku nampak hantu! 
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.

DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

BE HAPPY

No comments:

Post a Comment