Khasiat pokok petai belalang digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis. Akarnya direbus bersama-sama tiga cawan air. Biarkan kering sehingga tinggal satu cawan. Selawat tiga kali dan minum sehari sekali.
Petai belalang juga berkesan untuk merawat batuk dan demam campak. Daun-daun muda ditumbuk bersama-sama beras kemudian ditampal pada kerongkong untuk meredakan batuk. Boleh juga disapu pada seluruh badan untuk mengubati kudis campak.
Daun petai belalang juga berkesan untuk mengatasi masalah kelemumur atau kulit bersisik. Daunnya dibakar manakala abunya dicampur dengan minyak kelapa sebelum digosok ke kulit kepala. Balut dengan plastik pembalut rambut dan biarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air bersih. Juga digosok-gosok ke bahagian kulit yang bersisik.
Untuk masalah kayap, rebus pucuk daun petai belalang dengan tawas. Air rebusan itu digunakan untuk mandi dan membersihkan badan.
Daunnya yang muda enak dibuat sayur, terutamanya masak lemak. Walaupun daunnya tidak menghasilkan bau petai, apabila dimasak, masakan tersebut akan mengeluarkan aroma petai. Mmmm yummy, enak. Saya ada tanam beberapa pokok, sengaja dipangkas untuk menghasilkan daun yang rimbun dan lembut. Apabila teringat masakan kampung, pucuk Petai Belalang akan menjadi satu daripada menu.
Khusus bagi mereka yang nak merawat masalah buah pinggang, caranya ialah dengan mengeringkan sejumlah petai belalang. Setelah itu masukkanlah petai-petai yang telah dijemur kering itu ke dalam air panas. Minumlah ia setelah membiarkan seketika. Sangat mujarab. Bagi sesiapa yang ada masalah buah pinggang tu, bolehlah cuba. Setelah beberapa kali meminumnya, boleh jumpa doktor untuk diperiksa. Insya-Allah ada perubahan.
Pucuk petai belalang juga boleh mengubati mengubati penyakit kecing manis. Ambil pucuk petai belalang dan dimakan sebagai ulam semasa makan nasi setiap hari. Selepas 2 minggu cuba periksa tahap kencing manis, Insyaallah mujarab