View My Stats

Monday 10 March 2014

Tips Percutian Ke Bandung


Bandung terletak di Jawa Barat, Indonesia. Merupakan kota ketiga terbesar di Indonesia selepas Jakarta dan Surabaya. Kebanyakan bangsa di Bandung adalah terdiri dari Bangsa Sunda. Kebanyakan penduduk Bandung adalah beragama Islam. Wajah mereka adalah sama sahaja dengan Bangsa Melayu di Malaysia.

1. Tukar siap-siap duit rupiah dekat Malaysia kerana urusniaga di Indonesia menggunakan duit rupiah. Boleh pergi kat mana-mana money changer kat Malaysia untuk tukar duit RM ke Rupiah. Duit rupiah seperti gambar di bawah.
2. Semasa saya tukar di money changer dekat Cheras, 1,000,000 juta rupiah bersamaan dengan RM287.00, so kadar dia ialah :- (Bergantung pertukaran semasa)
-1,000,000 juta rupiah bahagi RM287.00 = 3,484 (kena ingat angka ini kay)

3. Cara nak convert duit rupiah ke RM ialah seperti berikut :-
-Sebagai contoh harga kain sulam tu harganya 110,000 rupiah, 
-so harga dia dalam RM ialah 110,000 rupiah bahagi 3,484 = RM31.60

4. Cara nak convert RM ke rupiah ialah seperti berikut :-
-Sebagai contoh harga sim kad dia harganya RM10.00
-so harga dia dalam rupiah ialah RM10.00 X 3,484 = 34,840 rupiah.

5. Lebih baik tukar duit Rupiah di Malaysia kerana kita akan lebih untung. Semasa saya nak beli kain sulam di Pekan Baru, mereka ada menerima duit RM tetapi dengan kadar yang agak tinggi iaitu 1,000,000 rupiah bersamaan dengan RM333.30 iaitu 1,000,000 rupiah bahagi RM333.30 = 3,000.

- Katakan kain sulam tu harganya 100,000 rupiah, so kadar yang saya tukar di Malaysia ialah : 100,000 rupiah bahagi dengan 3,484 = RM28.70

- Kedai di Pekan Baru mengenakan kadar 3,000 so pengiraannya ialah 100,000 rupiah bahagi dengan 3,000 = RM33.00 (so kita rugi RM33.30 - RM28.70 = RM4.60)

5. Dinasihatkan bawa kalkulator, senang sikit nak kira untuk convert duit

6. Beli sim kad untuk senang berhubung semasa di Indonesia. Sim kad yang popular ialah SIMPATI dan mempunyai liputan yang agak luas. Starting pack dia hanya RM10.00 sahaja dan nanti topup la kat mana-mana kedai di Bandung nanti.


7. Kena simpan siap-siap 75,000 rupiah (lebih kurang 25.50) SEORANG untuk membayar cukai di lapangan terbang Bandung bila kita nak balik ke Malaysia nanti. Takut terpakai la pulak duit tu.

8. Bersambung nanti.....

No comments:

Post a Comment