View My Stats

Wednesday 19 March 2014

Jalan-Jalan ke Ho Chi Minh Backpacker Hari Pertama


Hari Pertama - 20.3.2014 (Khamis)

Saya datang lagi ke Ho Chi Minh, Vietnam untuk kali kedua setelah datang dengan syarikat perlancongan pada bulan Jun tahun 2013 yang lalu. Kali ini datang sendiri bersama isteri secara backpacker pula. Datang untuk sedikit shopping dan tempah baju untuk digunakan pada hari raya nanti...

Saya telah tukar duit sebanyak RM1,000.00 dan dapat dalam 6,100,000.00 Vietnam Dong (VD). Duit tu saya tukar untuk tambang teksi dan makan. Duit RM dan Dollar Amerika diterima untuk membeli belah di HCM. Sifir saya untuk kira dalam VD ialah 6,100,000.00VD bahagi RM1,000.00 = 6,100. So angka 6,100 ini saya akan guna untuk convert ke RM atau ke VD.
Image result for vietnam dong

Saya telah beli tiket Airasia semasa promosi murah tahun 2013, so dapat la harga yang agak murah untuk 2 orang ke Ho Chi Minh iaitu kira-kira RM500.00 untuk 2 orang termasuk luaggage 20 kg pergi, 40 kg masa balik, makan, dan tempahan tempat duduk.

Flight saya AK1452 berlepas pada jam 2.45 dari LCCT, Sepang. Selepas menempuh perjalanan selama 1 jam 45 minit, flight saya selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, Vietnam pada jam 4.30 petang waktu Malaysia (jam 3.30 petang waktu Vietnam). Sampai saja di airport terus sahaja beratur di kaunter Imigresen Vietnam untuk pemeriksaan pasport dan selepas itu scan beg yang dibawa pula untuk pemeriksaan kastam Vietnam.

Selepas keluar dari Airport, lihat di sebelah kiri dan akan nampak kaunter teksi VINASUN. Saya mencadangkan kepada anda untuk menaiki teksi ini kerana ianya menggunakan meter. Saya pergi ke kaunter teksi Vinasun dan memaklumkan kepada petugas untuk menaiki teksi. Petugas kaunter menyuruh saya menunggu di hadapan kaunter dan tidak sampai 2 minit teksi tersebut datang.

Saya telah print siap-siap gambar hotel, nama hotel dan alamat hotel yang saya telah tempah dan saya telah tunjuk gambar tersebut kepada pemandu teksi itu, dan ianya amat memudahkan kerana pemandu teksi yang saya naik itu tidak berapa fasih berbahasa inggeris. Lihat saja gambar hotel serta alamat hotel tersebut dia telah angguk faham tempat yang saya nak pergi. 

Saya menginap di Hotel Hoang Hai Long 2, dekat area pasar Ben Thanh. Tambang teksi Vinasun dari airport ke hotel tersebut ialah 160,000VD (160,000VD bahagi 6,100 = lebih kurang RM26.00) dengan jarak lebih kurang 18 km dan yang penting teksi tu menggunakan meter dan kita akan tahu harga tambang yang sebenarnya kerana harga tambang itu terpampang pada meter teksi didalam teksi tersebut. Teksi tersebut juga akan meminta bayaran sebanyak 10,000VD (10,000VD bahagi 6,100 = lebih kurang RM1.60) sebagai bayaran airport gate fee. 

Hotel Hoang Hai Long 2, saya telah tempat melalui Agoda.com. Harga untuk 2 malam ialah sebanyak RM316.00. Hotelnya agak selesa, WIFI laju dan boleh acess dari bilik. Yang penting hotel ini dekat dengan restoran makanan halal dan dekat dengan tempat untuk shopping. Untuk check in, saya telah print pengesahan tempahan dari Agoda.Com dan menyerahkan tempahan itu kepada petugas di kaunter.

Plug elektrik yang terdapat di dalam bilik hotel di HCM tidak sama dengan di Malaysia dan kita hendaklah membawa travel adapter untuk charge telefon, charge kamera, mengosok pakaian dan lain-lain. Travel adapter boleh dibeli di kedai hardware atau di pasaraya di Malaysia.

Selepas check in, jam 6.00 petang waktu Vietnam, saya makan malam di restoran Hajjah Basiroh yang terletak betul-betul di hadapan hotel saya menginap. Saya makan nasi lauk ayam goreng, isteri saya pula makan nasi lauk ikan, bersama teh O dan kopi susu. Harga makanan tersebut ialah sebanyak 125,000VD (125,000VD bahagi 6100 = atau lebih kurang RM20.50).


Selepas makan malam, kami jalan-jalan ke Pasar Malam di hadapan Pasar Ben Thanh dengan berjalan kaki kerana jaraknya yang agak dekat. Pasar malam ini bermula pada jam 7.00 petang hingga jam 1.00 pagi. Pelbagai barangan yang dijual, ada baju kurung, telekung, t-shirt, cenderahati, kain, tudung, beg, kasut dan macam-macam ada. Kalau nak murah kena pandai tawar menawar. Kami just jalan dan survey harga sahaja. Selepas jalan-jalan ke pasar malam, kami balik ke hotel untuk berehat dan tidur.
Tamat program untuk hari pertama

No comments:

Post a Comment