View My Stats

Thursday 13 March 2014

Pendakian Gunung Raya, Pulau Langkawi Kedah

PENDAKIAN GUNUNG RAYA, PULAU LANGKAWI, KEDAH
8.3.2014 (SABTU)
UNIT KEMBARA ALAM,  KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN AADK

Unit Kembara Alam, Kelab Kebajikan dan Sukan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), telah mengadakan program pendakian Gunung Raya, Pulau Langkawi, Kedah. Program ini telah diadakan pada 8.3.2014 (Sabtu) secara daypack (Mendaki naik dan turun pada hari yang sama)

Gunung Raya mempunyai ketinggian 2,339 kaki atau 713 meter dari paras laut. Trek pendakian gunung Raya bermula di Hutan Lipur Lubuk Semilang dan merupakan tempat tumpuan orang ramai untuk beriadah bersama keluarga pada hujung minggu. Terdapat kemudahan bilik air, surau dan resort yang telah dibina di hutan lipur ini. Terdapat aliran air terjun di kawasan tersebut. 
 Gunung Raya juga dikenali dengan nama Tangga Helang Seribu Kenangan. Trek pendakian gunung ini ialah melalui anak tangga yang telah dibina oleh pejabat hutan Daerah Langkawi dan akan melalui dikawasan tengah gunung. Pendaki akan dapat menikmati panorama alam semulajadi yang masih terpelihara dengan baik. Bermula dari tangga pertama, pendaki akan mendaki sebanyak 4,287 anak tangga untuk sampai ke puncak Gunung Raya dengan jangkaan masa selama 2 jam 15 minit, sejauh 3.1 km.

Bersama dengan pegawai dan kakitangan AADK Daerah Langkawi, kami mula mendaki anak tangga bermula dari Hutan Lipur Lubuk Semilang pada jam 9.45 pagi. Keadaan trek yang telah dibina melalui anak tangga, sedikit memudahkan pendaki kerana hanya perlu mengikuti anak tangga tersebut sahaja untuk sampai ke puncak. Walaupun mendaki anak tangga, trek pendakian agak mencanak dan tinggi juga. Terdapat banyak juga pokok yang tumbang dan menimpa anak tangga tersebut sehingga menghalang laluan. Walaubagaimanapun terdapat trek lain yang dibuat bagi mengatasi halangan tersebut. Tidak terdapat sebarang check point sepanjang trek pendakian ini.
Akhirnya kami sampai di puncak pada jam 11.00 pagi setelah mendaki selama 1 jam 15 minit. Kami sampai di puncak gunung Raya awal 1 jam mungkin disebabkan semua pendaki yang mendaki gunung ini adalah pendaki yang telah berpengalaman. Terdapat papan tanda di puncak gunung tetapi agak mengecewakan kami kerana papan tanda itu telah rosak diconteng. Di puncak gunung ini terdapat resort, menara tinjau dan jika cuaca yang elok kita akan dapat melihat keseluruhan pulau Langkawi dari sini. Kenderaan datang ambil kami coz puncak gunung Raya boleh dilalui dengan kenderaan. Sesungguhnya satu kepuasan dapat mendaki gunung ini dan yang pasti Pulau Langkawi ini mempunyai pelbagai tempat yang menarik untuk diterokai….
 UNIT KEMBARA ALAM AADK
“NIKMATI ANUGERAH ALAM”

No comments:

Post a Comment