View My Stats

Wednesday, 26 March 2014

Jalan-Jalan Ke Ho Chi Minh Backpacker Hari Ketiga

Hari Ketiga - 22.3.2014 (Sabtu - Hari Terakhir)

Kami bersarapan pagi di Warung 1Malaysia kerana senang dan berdekatan dengan hotel. Sebenarnya banyak lagi restoran makanan halal yang berada disekitar Ben Thanh Market tetapi saya tak sempat nak explore. Masuk saja dalam restoran tersebut sudah ramai rakyat Malaysia yang sedang bersarapan pagi. Baru kami ingat, sekarangkan cuti sekolah kat Malaysia baru bermula, so dari hari semalam (Jumaat) ramai rakyat negara kita datang bercuti di HCM. Kami bersarapan 3 keping roti canai dan 2 gelas teh tarik. Sedap juga roti canai dicicah dengan kuah kari ayam. Harga sarapan pagi kami ialah sebanyak 190,000VD (190,000 bahagi 6,100 = lebih kurang RM31.00). Huhu mahal juga yer harga sarapan pagi kami...

Kami kena check out dari hotel pada jam 12.00 tengahari kerana tempahan hotel sepanjang minggu tersebut telah penuh. Menurut pekerja hotel itu, tempahan yang penuh itu datangnya dari rakyat Malaysia yang datang bercuti sempena dengan cuti sekolah. Memandangkan flight kami jam 8.15 malam, pihak hotel telah menyediakan perkhidmatan untuk menyimpan barang kami sebelum kami pergi ke Airport. Untuk mengelakkan lebihan bagasi, pihak hotel ada menyedakan penimbang untuk kita timbang bagasi, takut terlebih berat nanti masa nak check in.... 

Selepas check out kami makan tengahari di restoran kampung melayu sekali lagi. Kali ini order nasi goreng 2 bersama dengan 1 teh tarik. Sedap juga nasi goreng dia. Ramai juga rakyat negara kita yang sedang menikmati makan tengahari di restoran ini. Harga bagi makan tengahari kami ialah sebanyak 292,000VD (292,000VD bahagi 6,100 = lebih kurang RM48.00)

Selepas makan tengahari kami pergi jalan-jalan ke Pasar Ben Thanh lagi. Huhuhu ramainya rakyat negara kita sedang membeli belah, terasa macam shopping kat Malaysia la pulak. 

Jam 5.00 petang, kami bergerak ke lapangan terbang antarabangsa Tan Son Nhat dengan menaiki teksi Vinasun di depan hotel kami. Tambang teksi dari hotel ke lapangan terbang itu adalah sebanyak 135,000VD dan menggunakan meter.(135,000VD bahagi 6,100 = lebih kurang RM22.00). Kami sampai di airport pada jam 5.40 petang.

Kaunter Airasia dibuka untuk check in pada jam 6.15 petang iaitu 2 jam dari masa penerbangan. Selepas check in kami pun melalui pemeriksaan imigresen dan keselamatan airport Vietnam untuk masuk ke balai berlepas. Flight kami  AK1455 akan berlepas pada jam 8.15 malam. Alhamdulilah, kami selamat tiba di LCCT, Sepang pada jam 11.00 malam waktu Malaysia.

Terasa satu kepuasan dapat datang lagi ke HCM walaupun dengan masa yang agak singkat, lebiih-lebih lagi datang sendiri. Nanti lain kali datang boleh la bawa kawan-kawan saya untuk bercuti dan shopping di HCM. Insyaallah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, saya pasti akan datang lagi ke HCM...Sekian...

Tuesday, 25 March 2014

Jalan-jalan Ke Ho Chi Minh Backpacker Hari Kedua

Hari Kedua - 22.3.2014 (Jumaat)


Kami bersarapan di restoran Kampung Melayu yang terletak betul-betul di hadapan hotel kami menginap. Kami makan mee goreng mamak, nasi lemak, teh O dan teh tarik. Masakannya agak sedap dan menepati citarasa kami. Harga untuk sarapan pagi ialah sebanyak 289,000VD (289,000VD bahagi 6,100 = lebih kurang RM47.00). Restoran ini mempunyai sijil halal dari kerajaan Vietnam. Tuan punya restoran ini ialah Datuk Helmi Bin Jaafar iaitu seorang rakyat Malaysia. Restoran ini dibuka bermula jam 5.30 pagi hingga jam 11.30 malam.

Selepas bersarapan kami pergi ke Pasar Ben Thanh dengan berjalan kaki kerana jaraknya yang dekat, tempat tumpuan rakyat Malaysia untuk membeli belah di HCM. Macam-macam barang yang terdapat di pasar ini seperti kain, tudung, beg, kasut, t-shirt, jam, cenderahati dan lain-lain dengan harga yang amat berpatutan. Yang penting kena pandai tawar menawar untuk mendapatkan harga yang murah. Jangan terkejut jika ada peniaga di pasar Ben Thanh ini pandai serba sedikit cakap bahasa melayu. Kami membeli beberapa pasang kain dan tempah baju kurung dan baju melayu untuk di pakai pada Hari Raya nanti....

Selepas membeli-belah di Pasar Ben Thanh, kami singgah makan pho Vietnam iaitu seperti mee atau meehoon sup yang terletak berdekatan dengan hotel kami menginap. Harga bagi semangkuk pho ialah sebanyak 50,000VD (50,000VD bahagi 6100 = lebih kurang RM8.00). Yang pasti pho dia memang sedap. Selepas makan pho kami balik berehat di hotel.

Jam 6.00 petang, kami makan malam di Warung 1Malaysia juga terletak dihadapan hotel kami. Kami pesan ikan masam manis, kangkung goreng belacan, popia gulung Vietnam, nasi putih 2 pinggan dan 2 gelas teh tarik. Makanan dia kira sederhana sahaja, tapi yang paling sedap ialah popia gulung Vietnam. Harga makanan tersebut ialah sebanyak 420,000VD (420,000VD bahagi 6,100 = lebih kurang RM69.00)

Selepas makan malam, kami serbu lagi pasar malam yang terletak bersebelahan dengan pasar Ben Thanh untuk membeli barang yang masih belum dibeli. Kami membeli telekung, kain sutera Vietnam, Beg Dueter, t-shirt dan lain-lain. Harganya cukup murah dan yang penting kena la tawar menawar. Sebelum membeli kami akan servey harga 4 atau 5 kedai dahulu, so mana kedai yang menjual dengan harga murah, kami akan beli di kedai tersebut. Kami banyak menggunakan duit RM untuk membeli belah di pasar malam tersebut. Selepas membeli belah kami beli kopi ais Vietnam dengan harga RM3.00. Selepas itu kami balik ke hotel untuk tidur dan berehat.
Tamat program pada hari kedua

Wednesday, 19 March 2014

Jalan-Jalan ke Ho Chi Minh Backpacker Hari Pertama


Hari Pertama - 20.3.2014 (Khamis)

Saya datang lagi ke Ho Chi Minh, Vietnam untuk kali kedua setelah datang dengan syarikat perlancongan pada bulan Jun tahun 2013 yang lalu. Kali ini datang sendiri bersama isteri secara backpacker pula. Datang untuk sedikit shopping dan tempah baju untuk digunakan pada hari raya nanti...

Saya telah tukar duit sebanyak RM1,000.00 dan dapat dalam 6,100,000.00 Vietnam Dong (VD). Duit tu saya tukar untuk tambang teksi dan makan. Duit RM dan Dollar Amerika diterima untuk membeli belah di HCM. Sifir saya untuk kira dalam VD ialah 6,100,000.00VD bahagi RM1,000.00 = 6,100. So angka 6,100 ini saya akan guna untuk convert ke RM atau ke VD.
Image result for vietnam dong

Saya telah beli tiket Airasia semasa promosi murah tahun 2013, so dapat la harga yang agak murah untuk 2 orang ke Ho Chi Minh iaitu kira-kira RM500.00 untuk 2 orang termasuk luaggage 20 kg pergi, 40 kg masa balik, makan, dan tempahan tempat duduk.

Flight saya AK1452 berlepas pada jam 2.45 dari LCCT, Sepang. Selepas menempuh perjalanan selama 1 jam 45 minit, flight saya selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, Vietnam pada jam 4.30 petang waktu Malaysia (jam 3.30 petang waktu Vietnam). Sampai saja di airport terus sahaja beratur di kaunter Imigresen Vietnam untuk pemeriksaan pasport dan selepas itu scan beg yang dibawa pula untuk pemeriksaan kastam Vietnam.

Selepas keluar dari Airport, lihat di sebelah kiri dan akan nampak kaunter teksi VINASUN. Saya mencadangkan kepada anda untuk menaiki teksi ini kerana ianya menggunakan meter. Saya pergi ke kaunter teksi Vinasun dan memaklumkan kepada petugas untuk menaiki teksi. Petugas kaunter menyuruh saya menunggu di hadapan kaunter dan tidak sampai 2 minit teksi tersebut datang.

Saya telah print siap-siap gambar hotel, nama hotel dan alamat hotel yang saya telah tempah dan saya telah tunjuk gambar tersebut kepada pemandu teksi itu, dan ianya amat memudahkan kerana pemandu teksi yang saya naik itu tidak berapa fasih berbahasa inggeris. Lihat saja gambar hotel serta alamat hotel tersebut dia telah angguk faham tempat yang saya nak pergi. 

Saya menginap di Hotel Hoang Hai Long 2, dekat area pasar Ben Thanh. Tambang teksi Vinasun dari airport ke hotel tersebut ialah 160,000VD (160,000VD bahagi 6,100 = lebih kurang RM26.00) dengan jarak lebih kurang 18 km dan yang penting teksi tu menggunakan meter dan kita akan tahu harga tambang yang sebenarnya kerana harga tambang itu terpampang pada meter teksi didalam teksi tersebut. Teksi tersebut juga akan meminta bayaran sebanyak 10,000VD (10,000VD bahagi 6,100 = lebih kurang RM1.60) sebagai bayaran airport gate fee. 

Hotel Hoang Hai Long 2, saya telah tempat melalui Agoda.com. Harga untuk 2 malam ialah sebanyak RM316.00. Hotelnya agak selesa, WIFI laju dan boleh acess dari bilik. Yang penting hotel ini dekat dengan restoran makanan halal dan dekat dengan tempat untuk shopping. Untuk check in, saya telah print pengesahan tempahan dari Agoda.Com dan menyerahkan tempahan itu kepada petugas di kaunter.

Plug elektrik yang terdapat di dalam bilik hotel di HCM tidak sama dengan di Malaysia dan kita hendaklah membawa travel adapter untuk charge telefon, charge kamera, mengosok pakaian dan lain-lain. Travel adapter boleh dibeli di kedai hardware atau di pasaraya di Malaysia.

Selepas check in, jam 6.00 petang waktu Vietnam, saya makan malam di restoran Hajjah Basiroh yang terletak betul-betul di hadapan hotel saya menginap. Saya makan nasi lauk ayam goreng, isteri saya pula makan nasi lauk ikan, bersama teh O dan kopi susu. Harga makanan tersebut ialah sebanyak 125,000VD (125,000VD bahagi 6100 = atau lebih kurang RM20.50).


Selepas makan malam, kami jalan-jalan ke Pasar Malam di hadapan Pasar Ben Thanh dengan berjalan kaki kerana jaraknya yang agak dekat. Pasar malam ini bermula pada jam 7.00 petang hingga jam 1.00 pagi. Pelbagai barangan yang dijual, ada baju kurung, telekung, t-shirt, cenderahati, kain, tudung, beg, kasut dan macam-macam ada. Kalau nak murah kena pandai tawar menawar. Kami just jalan dan survey harga sahaja. Selepas jalan-jalan ke pasar malam, kami balik ke hotel untuk berehat dan tidur.
Tamat program untuk hari pertama