View My Stats

Monday 29 July 2013

Program SMART AADK Hulu Langat ke Kem Lolo Gunung Nuang

Sumbangan : En. Khairul Hisham (AADK Daerah Hulu Langat, Selangor)

Perjalanan sejauh lebih kurang 6 km secara berjalan kaki untuk tiba ke Kem Lolo, Gunung Nuang telah berjaya diharungi oleh 41 orang peserta Program SMART anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Hulu Langat baru-baru ini. Program ini telah diadakan pada 8 Jun 2013 (Sabtu), dan dirancang dalam membantu belia untuk menjalani aktiviti yang sihat agar mereka tidak terjebak dengan gejala negatif.

Pergerakkan perjalanan peserta sedikit perlahan di pertengahan cabaran kerana terpaksa berhenti beberapa kali akibat terdapatnya peserta yang keletihan dan mengalami kekejangan otot. Hanya kegigihan untuk sampai ke Kem Lolo yang membakar semangat mereka untuk meneruskan perjalanan yang bermula seawal jam 7.00 pagi dari starting point kem berkenaan. Ini kerana rata-rata peserta yang ditemui menyatakan ia adalah pengalaman kali pertama mereka mengikuti aktiviti sebegini. 

Setibanya di Kem Lolo, peserta diberikan sedikit perkongsian untuk ikhtiar hidup ketika berada di kawasan hutan yang telah diberikan oleh kakitangan JPAM Hulu Langat yang turut sama menjayakan program kali ini. Sesungguhnya program ini telah memberi inspirasi kepada peserta untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah disamping menghargai keindahan alam semulajadi. Syabas semua.....

4 comments:

  1. best..fiza mmg suke aktiviti cm nie..

    ReplyDelete
  2. Ya ker..nanti lepas ni boleh la Fiza join group poknik daki gunung..fiza rujuk blog archive poknik bulan April 2013 untuk pengalaman pendakian group poknik...tq

    ReplyDelete
  3. terima kasih en nik kerana berkongsi program kami dalam blog ini

    -khairul hisham-

    ReplyDelete
  4. ok sham..good program tahniah kepada semua...

    ReplyDelete