View My Stats

Tuesday, 2 July 2013

Jalan-jalan ke Ho Chi Minh Vietnam - Hari Kedua

Hari kedua (28.6.2013 - Jumaat)

Setelah kemas diri pada pagi tersebut, kami bersarapan (Halal Food)  bungkus iaitu nasi goreng ayam dan kopi ais vietnam yang dihantar ke bilik hotel.  Makanan tersebut telah ditempah oleh Alan dari restoran Saigon Banana Leaf, tempat kami makan malam hari pertama. Kami telah dijemput oleh Tour Guide iaitu En. Ah Mad (Islam Melayu Champa) untuk lawatan ke Chu Chi Tunnel. 
En. Ah Mad berkopiah putih (Tour Guide, Islam melayu Champa, fasih berbahasa melayu)

Kami berdua akan bersama dengan 8 orang peserta lain iaitu rombongan dari Melaka. Perjalanan dari hotel ke Chu Chi Tunnel memakan masa selama 2 jam. 

Dalam perjalanan dapat diperhatikan bahawa kenderaan utama mereka ialah motorsikal, dan seolah-olah bandar HCM ditakluk oleh mereka. Agak takut juga tengok mereka menunggang kerana mereka boleh membelok dalam perbagai simpang di jalan raya dengan sekelip mata sahaja. Hon adalah perkara biasa di sana dan hon dibunyikan untuk memberitahu tentang kenderaan anda ada dibelakang agar keselamatan terjamin. 


Dalam perjalanan tersebut, mata terpukau melihat tiang elektrik dimana wayar elektrik dan telefon berselirat di antara mereka. Takut juga melihat pencawang elektrik yang berjajaran di sekitar bandar HCM.

Mata juga terpaku melihat penduduk Saigon makan ditepi-tepi jalan. Mereka biasanya duduk di atas bangku kecil sambil makan dan berkumpul, nampak rileks dan santai.

Sebelum sampai di Chu Chi Tunnel kami singgah di kilang kraftangan. Uniknya di kilang ini hasil kraftangan dihasilkan oleh orang kurang upaya (OKU). Menurut tour guide kami, OKU tersebut adalah mangsa perang semasa perang antara Vietnam dan Amerika dulu. Mereka menghasilkan barang kraf dari kulit telur dalam bentuk lukisan dan amat bermutu tinggi. Galeri jualan juga turut disediakan.

Selepas lawatan ke kraftangan tersebut, perjalanan diteruskan ke Chu Chi Tunnel. Chu Chi Tunnel adalah merupakan terowong yang digali oleh tentera Vietkong semasa peperangan dengan Amerika pada tahun 1948. Diberitahu oleh En. Ah Mad, Chu Chi Tunnel ini adalah sepanjang 200 Km dan ianya menjadi tempat operasi tentera Vietnam pada masa berperang dengan Amerika.

Saya berkesempatan untuk mencuba masuk ke dalam terowong itu. Lubangnya agak sempit dan jika orang itu mempunyai badan yang besar, memang tak boleh masuk ke dalam terowong tersebut. Masuk sahaja dalam lubang terowong, keadaan amat gelap gelita dan sukar untuk bernafas. Saya menyusuri terowong bersama dengan En Ah Mad dalam jarak 10 meter sahaja dan pengalaman begitu menakutkan kerana gelap dan oksigennya yang amat kurang. Tak dapat dibayangkan macammana hebatnya tentera vietnam mencipta terowong ini.

Di Chu Chi Tunnel juga dipamerkan perlbagai segmen tentang perang vietnam seperti perangkap perang, bilik mesyuarat, dapur, kem operasi dan lain-lain dan semuanya dibawah tanah. Pengunjung juga diberi peluang untuk menembak di lapang sasar dengan menggunakan senjata AK7 atau M16 dan perlu membayar harga peluru. Begitu ramai pengunjung dari eropah yang turut berkunjung di tempat ini. Diakhir lawatan pengunjung disajikan dengan makan ubi kayu dicicah dengan gula.

Selepas lawatan ke Chu Chi Tunnel kami makan tengahari di restoran Shamsuddin (Makanan Halal) kepunyaan melayu champa. Masakannya sedap dan banyak juga dipengaruhi oleh masakan melayu. Apa pagi kami makan dengan banyak sekali. Direstoran ini disediakan bilik air dan surau untuk kemudahan orang islam.

Selesai sahaja makan dan sembahyang, kami bertolak balik ke HCM city dengan anggaran perjalanan sejauh  80 Km dan memgambil masa 2 jam. Acara yang ditunggu-tunggu oleh kaum wanita, apa lagi shopping la. Kami dibawa ke kedai Salim Hakimah (Muslim melayu champa) untuk aktiviti membeli belah.
Barangan yang dijual adalah termasuk kain ela, baju kurung siap, telekung dan lain-lain dengan harga yang berpatutan. Sambil membeli kita juga menolong umat islam di sana dengan menjana pendapatan mereka.

Selesai membeli belah kami balik ke hotel. Alan datang jemput kami untuk pergi makan malam pada jam 7.00 petang. Malam ini Alan membawa kami ke restoran Halal iaitu Hasana Restoran. Kami disajikan dengan makanan tradisional vietnam dan juga makanan malaysia. Tukang masak adalah dari kalangan orang islam melayu champa.
Selesai makan kami balik ke hotel dan jalan-jalan lagi ke pasar malam untuk survey harga. Tamat aktiviti hari ke dua.

No comments:

Post a Comment