View My Stats

Tuesday, 2 July 2013

Jalan-jalan ke Ho Chi Minh Vietnam - Hari Pertama

Perkongsian pengalaman jalan-jalan ke Ho Chi Minh City Vietnam 

- Agensi Perlancongan : Kembara Sufi Travel & Tour (Muslim and Halal Tour)
- Harga : RM1,399.00 (4 hari 3 malam)
- Harga ternasuk tiket flight (Airasia, Bagasi 15 Kg pergi dan balik), makanan Halal, Penginapan di Hotel, Pengangkutan dan Lawatan yang telah diatur

Hari Pertama (27.6.2013 - Khamis)

Dah banyak cerita yang dibaca dalam blog dan juga cerita dari kawan-kawan tentang lawatan ke Ho Chi Minh (HCM) City Vietnam. So dah buat plan beli pakej perlancongan dengan Kembara Sufi Travel & Tour Sdn. Bhd. Sebelum ke luar negara, kita perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dari ketua jabatan dengan mengisi borang untuk ke luar negara.

Flight Airasia dari LCCT bertolak jam 2.55 petang dan sampai di HCM City dalam jam 4.30 petang (masa penerbangan - 1 jam 30 minit sahaja). 4.30 petang waktu Malaysia = jam 3.30 petang waktu Vietnam (1 jam lewat dari Malaysia). 

Pertama sekali dalam fikiran terasa bahawa betapa mundurnya negara Vietnam, tetapi ternyata tanggapan itu amat meleset sekali bila mendarat di lapangan terbang Tan Son Nhat International Airport. Ternyata negara Vietnam membangun dengan begitu pesat dan perasaan kagum melihat kemajuan di negara tersebut.


Sampai di Airport Vietnam kami telah disambut oleh ejen Kembara Sufi di Vietnam iaitu En. Alan(Fasih berbahasa Malaysia) dan En. Salim (Muslim Champa). Amat betuah kerana tour guide kami iaitu En. Alan amat fasih berbahasa melayu dan begitu ramah dan mesra. Rata-rata penduiduk Vietnam tidak fasih berbahasa Inggeris dan mereka hanya bercakap dalam bahasa Vietnam sahaja.
Bersama Alan - berbaju biru orang Vietnam (tour guide yang fasih berbahasa melayu)

Seterusnya kami dibawa melawat Hard Rock Cafe, Pejabat Pos Lama dan gereja terbesar di Vietnam, peninggalan penjajah Perancis.

Selepas lawatan ringkas di sekitar bandar HCM, kami pun check in hotel. Nama hotel ialah Mai Gia Huy Hotel dan terletak berdekatan dengan Ben Than Market. Keadaan hotelnya amat bersih dan selesa. Yang penting WIFI dia laju gila dan boleh acess WIFI dalam bilik, kalau setakat layan youtube mesti tak buffering punya, dia org akan bagi password utk WIFI tu pada kita. Pasport saya dah isteri, pihak pengurusan hotel yang simpan dan akan dikembalikan apabila kita check out nanti. Mengikut Alan (pemandu pelancong saya) pihak berkuasa Vietnam tidak akan menahan mana-mana pelancong kerana bagi mereka kedatangan pelancong amat dialu-alukan bagi menjana pendapatan negara. 

Selepas check in hotel kami telah dibawa oleh Alan ke restoran makanan halal untuk makan malam. Restoran yang kami pergi ialah Saigon Banana Leaf. Kami disajikan dengan makanan tradisional Vietnam dan masakan melayu

Sedang asyik makan, kami disapa oleh En. Rama (orang Batang Kali, Selangor), yang telah bekerja selama 4 tahun di Vietnam. Dia bekerja di restoran berkenaan dan membuat roti canai. Menurut En. Rama, orang vietnam mula meminati roti canai dan dalam 1 malam beliau dapat menjual sehingga 400 keping roti canai. Harga roti agak tinggi di sana di mana roti canai biasa ialah RM2.00 sekeping manakala harga roti canai telur RM4.00 sekeping. Disamping itu ada juga roti sardin, roti planta dan lain-lain yang dibuat oleh Rn. Rama.

Balik ke hotel, kami pun bersiap untuk ke pasar malam di hadapan Ben Thanh Market. Pasar malam dibuka bermula jam 7.00 malam hingga ke 1.00 pagi. Begitu meriah suasana di pasar malam tersebut dan terasa seolah-olah berada di pasar malam Malaysia kerana begitu ramai rakyat Malaysia yang melancong dan membeli belah di HCM. Mana-mana pun mesti akan jumpa rakyat Malaysia. Di pasar malam tersebut pelbagai barangan dijual. Ada kain ela, baju kurung siap, pelbagai jenis beg, cenderahati dan macam-macam ada dan harganya amat murah jika kita pandai tawar menawar. Kami hanya jalan-jalan dan survey harga dulu..

Selesai berjalan-jalan ke pasar malam kami balik ke hotel dengan berjalan kaki kerana jaraknya yang dekat. Sempat juga kami minum kopi ais vietnam yang terkenal tu. Harga RM3.00 sahaja dan memang best kopi dia dan dijual oleh orang islam vietnam keturunan melayu campa yang bernama salleh. Kalau datang ke Ho Chi Minh mesti kena minum kopi vietnam ni kay...yang pasti segar rasanya (Kopi Vietnam - macam kopi ais kat Malaysia, tapi kopi dia betul-betul sedap) - Ramai rakyat Malaysia yang beratur nak beli kopi tu..

Dipasar malam tersebut terdapat ramai peniaga yang menjual buah-buahan tempatan. Ada buah durian, nangka, jambu madu dan lain-lain. Kami beli sedikit untuk makan di hotel

Semasa berjalan-jalan di pasar malam itu, ramai juga penjaja kecil-kecilan yang menjual barang dengan membawa dalam bakul. Selalunya barangan tersebut seperti key chain, kipas, barangan cenderahati dan ada juga yang menjual makanan. Kesian juga melihat mereka membawa anak-anak kecil bersama semasa menjual barang itu. Mereka akan datang kepada kita dan menawarkan barang yang dijual itu. Kadang-kadang rasa kagum melihat ketabahan mereka mencari rezeki walaupun dengan pendapatan yang tidak seberapa...
Balik ke hotel untuk rehat dan tidur. Tamat program untuk hari pertama...

5 comments:

  1. Salam Cik... Ada no en alan/ kembara travel yg boleh kmi hubungi? Sya akn ke vietnam hujg thn ni n tgh cr ground handling. Tk;)

    ReplyDelete
  2. Salam Cik... Ada no en alan/ kembara travel yg boleh kmi hubungi? Sya akn ke vietnam hujg thn ni n tgh cr ground handling. Tk;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. No En Alan saya tak ada tapi tuan boleh berhubung dengan ustaz Fadzil dari KembaraSufi Travel (013-2988303)...tq...selamat bercuti ke Vietnam...

      Delete
  3. Ada email Kembara Travelnya tak? Thanks before

    ReplyDelete
    Replies
    1. To Qqie...
      website : kembarasufi.com
      Detail all in that website...tq

      Delete